Wudhuk!!! Kehebatan yang tersirat terungkai dari teropong sains.

Kita sering kali terdengar tidak ada solat tanpa wudhuk dan kenyataan ini amat jelas bahawa sahnya sesuatu solat adalah kerana wudhuknya yang menurut rukun wudhuk, sempurna serta mengikut sebagaimana cara yang telah diajar oleh baginda Nabi SAW. Ada juga yang berwudhuk hanya sekadar menurut rukun wajib dan ada juga yang menambah anggota wudhuk seperti yang melebihkan membasuh tangan hingga keparas lengan serta membasuh kaki hingga diantara kawasan lutut dan buku lali. Didlm riwayat muslim ada dinyatakan Nabi SAW bersabda sesiapa yang mampu diantara kamu maka hendaklah memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya.

Apakah ghurrah dan tahjeelnya itu? Ghurrah membasuh muka melebihi kwsan muka yang spt biasanya dan tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kwsan siku dan memasuh kaki melebihi kwsan buku lali dan lutut iaitu antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut didalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan etc.al (Pustaka Bina Ilmu, Surabaya). Apakah hikmahnya kita berwudhuk dengan rukun wajib, melebihkan juga kawasan-kawasan yang dinyatakan tadi? Ini adalah kerana wudhuk mempunyai rahsia kesihatan yang sangat hebat dan diluar jangkauan pengetahuan manusia dahulunya, namun dengan ilmu yang telah berkembang sedikit yang dikurniakan Allah maka rahsia wudhuk telah terjawab. Mari kita lihat satu persatu kehebatan wudhuk dan seterusnya kita semua dapat beramal.InshaAllah.

Ransangan wudhuk pada kawasan aktif biologi

Dalam artikel Muslims Rituals and Their Effect on the Person’s Health oleh Dr.Magomed Magomedov dari Departments of Man’s General Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State,dilaporkan bahawa berwudhuk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai kawasan aktif biologi atapun biologi active spots. Kawasan biologi ini menurut beliau bangsa cina banyak mengkaji kawasan ini dengan kaedah refleksiologi mereka yang mereka yakin bahawa akan member kesan positif terhadap kesihatan. Antara lain juga badan manusia mempunyai 700 kawasan aktif biologi dan 66 daripadanya member kesan rangsangan yang segera jika dirangsang. Drpd 66 ini, 61 ialah pada kawasan wudhuk utama umat islam. Lima yang lain,ialah dikawsan sunat berwudhuk iaitu diantara buku lali dan lutut sebagaimana tadi yang dijelaskan oleh riwayat muslim diatas.Subhanallah.

Seterusnya lagi Dr.Magomed Magomedov mengatakan apabila seseorang menyentuh mukanya dengan semasa berwudhuk, ia merangsang saraf bagi member kekuatan baru kepada organ-organ sepeti usus, perut,pundi kencing dan system peranakan serta saraf. Kawasan kaki kanan bila digosok dan dibasuh akan mengelokkan system tulang, usus, pancreas, hempedu, tiroid(thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Bila kaki kiri pula dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan saraf pituitari dan kawasan otak yang mengawal system endokrin.

Wudhuk mencegah penyakit kanser

Selain itu, mengikut Mukhtar Salem, dlm bukunya bertajuk Prayers: a sport For The Soul And Body (The Arab Modern Center, Cairo, 1990, p 52), berwudhuk mencegah seseorg drpd mendpt kanser. Hal ini disebabkan kajian semasa mengatakan kanser adalah berpunca drpd bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorg kesan dr pencemaran yg berlaku pada hari ini. Pembasuhan badan melalui wudhuk membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.

Kebaikan memasukkan air kedalam hidung

Kaitan antara memasukkan air kedlm hidung semasa berwudhuk? Kajian dilakukan oleh doctor dari Universiti Alexandria, perbuatan ini mencuci rongga hidung daripada kuman yang dan kotoran yang melekat pada bulu hidung. Hal ini dilaporkan oleh Lamya Taufik dalam The Preventive and Healing Wonders of Ablution di IslamOnline.net bertarikh 30 Apr 2003.

“Jika tidak menyusahkan umatku akan aku suruh mereka berwudhuk setiap kali hendak solatdan akan ku suruh mereka bersiwak ketika wudhuk” sabda Nabi SAW ini diriwayatkan oleh imam Ahmad dgn sanad yg sahih. Tambahan dari itu jika kita berkumur semasa berwudhuk ianya membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi tambahan pula dengan galakan drpd Nabi SAW supaya kita bersiwak. Apakah kebaikan semua ini?,Tidak dijadikan Allah sesuatu itu tanpa tersembunyi hikmahnya dan petunjuk Nabi SAW itu adalah petunjuk yang terbaik. Mengikut Malaysia Healthcare Guide terbitan tahun 1997, cara terbaik untuk mencegah kerosakkan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan ataupun paling kurang dengan berkumur mulut. Wallahualam

Alhamdulillah, dengan penelitian dan pembacaan saya semoga info berkaitan wudhuk dapatlah sama-sama kita berkongsi demi meluaskan serta berkembangnya ilmu serta mantapnya keimanan kita kepada yang Maha pencipta serta tunduk dan patuh kita kepada yang telah menciptakan segala-galanya. Namun, perlu diingat sains tidaklah membenarkan Al-Quran kerana sains hanyalah teori kearah perkembangan teknologi. Sebagai contoh ilmu sains meceritakn teori atom,apabila dikaji maka teknologi nuclear telah wujud. Maka, jika tanpa sains pun Al-Quran adalah kitab yg hebat dn mukjizatnya sangat hebat, maka dengan ilmu sains kecemerlangan AlQuran itu lebih saintifik dan lebih hebat!!!

AbuHusna a.k.a MrCB

2 thoughts on “Wudhuk!!! Kehebatan yang tersirat terungkai dari teropong sains.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s