Sekitar International Postgraduate Conference on Engineering (IPCE2010)

Posted on Updated on

Alhamdulillah, buat julung kalinya UniMAP telah berjaya menganjurkan seminar antarabangsa ataupun International Postgraduate Conference on Engineering (IPCE2010) pada 16-17/10/2010.  Seminar ini telah menarik menemukan ramai penyelidik-penyelidik dari universiti-universiti tempatan seperti university Malaysia sabah, UTM, UTHM,Politeknik2, USM dan lain2. Tidak ketinggalan juga bagi penyelidik-penyelidik dari UniMAP sendiri yang telah memperlihatkan hasil penyelidikkan masing-masing. Dengan seminar IPCE 2010 ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada penyeldik-penyelidik khususnya UniMAP sendiri untuk berkongsi idea berkaitan penyelidikan masing-masing walaupun ini adalah seminar mereka yang pertama.

Penulis tidak berkesempatan utk memperlihatkan ataupun berkongsi hasil penyelidikan penulis oleh kerana masa yang terhad serta membuat persedian bagi seminar pada bulan hadapan. Namun, penulis berkesempatan utk turut sama menjayakan seminar IPCE2010 ini dengan menjadi sub-committee bagi upacara penutup pada 17/10/2010 didewan capitol, UniMAP. IPCE2010 ini telah membawa 2 orang professor yang hebat lagi dikagumi iaitu Prof Dr.Ali Yeon Md Shakaff sebagai keynote speakers pada hari yang pertama dengan membawa tajuk Multidisciplinary Research-the key to future innovations dan juga Prof.Dr.Syed Idris  Syed Hassan dengan tajuk penyelidikan beliau hampir 20tahun lalu iaitu Satellite Link Impairment Due To Climatic Factors and Some Mitigation Technique.

Penulis akan cuba merakamkan semula disini isi-isi penting dalam kedua-dua keynote speakers diatas untuk tujuan perkongsian ilmu kita bersama iaitu didalam tajuk Multidisciplinary Research-the key to future innovations oleh Prof.Dr.Ali Yeon Md Shakaff, ia menjurus keadaan bagaimana disiplin kita dalam menghasilkan kajian pada masa hadapan dengan tujuan samada penambah baikkan ataupun keburukkan yang bakal kita temui dengan sebab penyelidikkan yang tidak berdisplin serta tidak mematuhi tatasusila yang terbaik. Ini dapat dilihat dengan beberpa contoh yang diberikan oleh Prof.Ali teknologi yang digunakan oleh Chile utk menyelamatkan mangsa –mangsa pelombong yang tertimbus selama 69 hari. Selain beliau menceritakan berkaitan nanoteknologi yang sedang hangat diperkatakan sekarang seperti “nanobot” yang mengawal fungsi-fungsi otak. Inilah sebahagian teknologi yg dikongsi bersama Prof.Ali. Berbeza dengan Prof.Syed Idris yang berpengalaman luas dalam bidang satellite yang membuat penyelidikkan berkaitan rain attenuation,mitigation process,water thickness etc. serta beberapa kajian yang telah beliau lakukan semasa berada di USM sebelum berhijrah ke UniMAP.

Pelbagai lagi kajian-kajian yang dapat dilihat serta dikongsi dalam IPCE 2010 ini dan setiap kajian tersebut telah dibukukan sebagai conferences proceedings. Alhamdulillah, semoga IPCE 2010 ini akan terus melahirkan idea-idea baru, serta melahirkan ramai penyelidik-penyelidik dari Malaysia ini yang akan melahirkan sesuatu hasil penyelidikan ke persada yang lebih tinggi serta dikomersilkan. InshAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s