Erti Sebuah Perkahwinan.

Posted on Updated on

Sebaik aku dilahirkan kedunia, aku dibelai, dijaga dan ditatang bagaikan minyak yang penuh kerana itulah permata, itulah amanah, itulah zuriat, itulah warisan dan itulah segala-galanya bagi ibu dan ayahku. Setelah aku meningkat remaja, aku dipersembahkan dengan budaya dan cara kehidupan remaja yang masih belum kenal dunia sepenuhnya, ingin mengecapi keseronokkan yang entah bilakah keseronokkan itu mencapai tahap yg dikatakan tahap kepuasan dalam diri seorang remaja.Apabila aku telah meningkat dewasa maka kehidupan telah berubah, hasrat hati inginkan perubahan serta inginkan teman dalam menempuh hari –hari yang masih berbaki, namun tahukah aku akan nikmat erti sebuah perkahwinan itu?

Kini aku telah menjangkau usia 29 tahun, yang masih menuntut mencari sekadar ilmu yang mampu ditampung didada sebagai penyuluh melalui liku kehidupan demi mengenal erti pada yang hak dan mengembalikan kepada yang batil. Aku telah melalui kehidupan rumah tangga hampir 2 tahun, walaupun masih boleh dikatakan sebagai umur jagung yang masak namun tidak sedikit salah faham yang terjadi, tidak kurang pertengkaran yang berlaku,tidak kurangnya juga rajuk yang acap kalinya ditonjolkan oleh isteri tersayang. Semuanya banyak berpunca daripada tekanan hidup hingga perkara kecil menjadi besar. Namun, Alhamdulillah kesemuanya itu mampu kami atasi bersama dalam merencanakan kehidupan yang serba sempurna serta penuh dengan kebahagiaan didunia ini dan juga diakhirat kelak,InshaAllah.

Alhamdulillah, setelah 2 tahun berumahtangga kami dikurniakan cahaya mata perempuan yang pertama yang merupakan amanah Allah SWT utk kami berdua agar keteguhan serta keakraban dalam ikatan tali perkahwinan itu disulami dengan gelak tawa,riang, tangisan seorang anak untuk kami belai, didik, pelihara supaya menjadi insan yang hebat yang mampu bersama mereka-mereka yang hebat di syurga Allah SWT,InshaAllah. Walaupun dengan kehidupan yang serba sederhana kami meneruskan hidup dengan kadar rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Perkahwinan yang hanya disangkakan hanya sebagai mencari pasangan hidup itu rupanya jauh lebih mendalam erti sebuah perkahwinan itu setelah kami dikurniakan cahaya mata, kerana semuanya akan dipersoalkan oleh Allah SWT tanpa ada sebarang yang mampu terlepas pandang. Setiap tanggungjawab haruslah dipikul dan dibebani diatas bahu suami yang menjadi pemimpin ataupun ketua keluarga, akulah suami, akulah ayah, akulah ketua keluarga, akulah anak mampukah aku jika aku tidak mempunyai kekebalan serta benteng pertahanan serta kekuatan rohaniah untuk dipertanggungjawabkan semua ini? Kami diuji dengan pelbagai ujian apabila isteri yang dicintai terlantar dihospital kerana penyakit yang telah lama bersemadi didalam jasad yang hanya bantuan oksigen mampu mengembalikan pernafasan secara normal. Alhamdulillah setelah rawatan yang diberikan oleh pihak hospital isteri kini kembali menjalani kehidupan normal dengan bantuan neubuliser yang dibekalkan oleh pihak hospital demi mengawal tahap bahaya penyakit tersebut.

Alhamdulillah,komunikasi dengan Allah berupa doa, komunikasi antara kami melalui perbincangan.Setiap konflik yang timbul, kami memaksa diri untuk duduk berbincang serta bersabar kerana kesabaran itulah Islam, nilainya orang-orang yang bertakwa. Dan Allah menyuruh kita seluruh umat islam agar memohon pertolongan kepada Allah dengan mengerjakan solat dan sabar (Chapter 2: Verse 153) Allah SWT tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan kadar yang termampu dipikul oleh hamba-hambaNya (Chapter 2:Verse 286).

Sebagai suami, pembantu peribadi, dan sebagainya kepada sebuah keluarga kita yang bahagia ini, sekalung doa kupanjatkan ke hadrat Allah agar kita sentiasa dilimpahkan oleh Allah dengan rahmah, barakah, taufiq dan ‘inayah, agar kita sama-sama mengakhiri perjalanan hidup ini dengan sebuah permulaan kehidupan yang lebih aman dan damai disana.

Aku cinta padamu wahai isteriku.

MrCB a.k.a Abu Husna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s