Tahnik adalah sunnah dan kehebatannya terbukti melalui sains.

Posted on Updated on

Antara perkara sunnah yang diajarkan oleh Nabi SAW apabila kita menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga pasangan suami isteri ialah tahnik. Apakah maksud tahnik ini?.Biarpun tahnik ini lebih dikenali sebagai membelah mulut bayi yang baru dilahirkan. Acara membelah mulut ini lebih dikenali didlm masyarakat melayu kerana ianya melambangkan kepercayaan akan membawa pelbagai rezeki, rencah kehidupan yang manis, masam, masin dan sebagainya ini adalah kerana tahnik yang dibuat oleh masyarakat melayu termasuklah menggunakan gula, garam, cincin dan sebagainya. Tahnik mulut ini adalah salah satu upacara yang di lakukan oleh masyarakat melayu selain, akikah, menyedekahkan emas seberat timbangan rambut bayi dan lain-lain lagi.

Pengenalan Tahnik mengikut pandangan sunnah.

Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idris al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi dimasukkan kedalam mulut anak itu dan diputar-putarkannya. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharah sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan, afdal melakukan tahnik dengan buah tamar

Waktu yang terbaik untuk mentahnikkan bayi ialah, menurut Al-Imam al-Bukhari dalam satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mengtahniknya petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah”. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390). Bermakna sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya. Ini yang dapat difahami melalui bab yang dibuat oleh Al Imam al-Bukhari. Disebutkan dalam al-Majmuk, bahawa sunnah melakukan tanhik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Ini bererti,pada hari kelahiran bayi tersebut (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443). Bahkan tujuan atau hikmah tahnik sebagaimana disebut ulama ialah bertujuan untuk melatih bayi makan atau minum. Oleh itu, ia perlu disegerakan pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguhkan sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu di sini, bukan mengtahnik kerana tujuan yang lain selain hanya mengharapkan sesuatu itu hanyalah kepada Allah SWT.

Dalam masalah tahnik, seeloknya bapa atau ibu atau ahli keluarganya yang lain seperti datuk atau nenek kepada bayi itu sendiri yang melakukan tahnik. Adapun jika seseorang ingin juga meminta para ustaz atau ulama melakukan tahnik kepada bayinya, nasihat penulis janganlah sampai menganggap kerana zat air liur atau tangan ustaz tersebut boleh membawa berkat kepada anaknya. Sekalipun ada ulama yang mengatakan sunat diminta kepada orang alim atau soleh melakukan tahnik untuk anak kita (Lihat al-Nawawi, Sharah sahih Muslim 1/462), namun perkara tersebut ditolak oleh ulama lain. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas bin Malik di atas menyebut beberapa pengajaran hadis tersebut. Antaranya beliau menggariskan sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita dan boleh tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269).

Tetapi jika kita melihat hadis-hadis atau athar para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada satu riwayat pun mengisahkan orang ramai berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakr, Umar, Uhtman, Ali dan lain-lain untuk meminta mereka melakukan tahnik kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Ini jelas membuktikan bahawa perbuatan meminta orang-orang soleh atau alim ulama melakukan tahnik tidak dilakukan oleh para al-salaf al-soleh. Justeru, bapa atau ibu kepada bayi tersebut boleh melakukan sunnah tahnik sendiri tanpa perlu pergi mencari ustaz-ustaz untuk melakukannya.

Adakah kewajaran menggunakan air zam-zam sebagai air untuk berubat dengan keberkatan air zam-zam tersebut? Kesemua hadis menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik. Ialah didalam kitab Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198). Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Maka bagi penulis, tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.

Sains membuktikan sunnah tahnik.

Sains telah membuktikan sunnah ini adalah saintifik. Satu bentuk kajian yang dinamakan sebagai The Analgesic (Pain Killing) Effect of Sucrose In Full Term Infants: A randomised Controlled Trial yang mana kajian ini dilakukan oleh Nora Haouari, Christopher Wood, Gillian Griffiths and Malcolm Levene di Leeds General Infirmary di England. Kajian yang dilakukan ialah dengan mengambil sejumlah 60 orang bayi yang berumur antara 1-6 hari diberikan 2ml larutan yang mengandungi gula sukrosa. Setiap seorang daripada mereka diberikan samada larutan yang mengandungi 12.5% sukrosa ataupun yang mengandungi 25% sukrosa ataupun yang mengandungi 50% sukrosa ataupun air kosong (sterile water) sebagai control. Selepas larutan ini diberikan melalui mulut, bayi- bayi ini dicucuk dibahagian kaki bagi mengeluarkan darah supaya ujian makmal dapat dilakukan ke atasnya. Kajian ini mendapati selepas bayi dicucuk, masa tangisan yang diambil oleh bayi-bayi ini berbeza mengikut larutan sukrosa yang diambil oleh mereka. Masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil air kosong tanpa sukrosa adalah yang paling lama. Sebaliknya masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil sukrosa adalah pendek terutamanya bagi mereka yang diberikan larutan sukrosa yang paling tinggi. Justeru, pakar-pakar merumuskan gula dapat dimanfaatkan sebagai bahan pencegah kesakitan bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan.

Tambahan pula ia dalah selamat digunakan. Penemuan ini dilaporkan didalam British Medical Journal bertarikh 10 Jun 1995. Justeru tahnik yang digunakan keatasa bayi yang baru dilahirkan dengan menggunakan buah tamar bukanlah sesuatu yang baru ataupun suatu perkara yang tidak masuk akal yang pernah dikatakan sesetengah pihak. Sebaliknya sains membuktikan bahawa tahnik mampu menghilangkan perasaan kesakitan bayi selepas dilahirkan kerana buah tamar kaya dengan gula terutamanya daripada jenis sukrosa. (Quran Saintifik: Chapter 79)

P/s:Penulisan ini khas buat saudara shamsul khairi dalam penantian kehadiran orang baru.

MrCb a.k.a Abu Husna

2 thoughts on “Tahnik adalah sunnah dan kehebatannya terbukti melalui sains.

    bintu said:
    June 22, 2014 at 04:23 pm

    assalamualaikum. thx for the knowledge. may i have your full name as reference for the info i got here from this blogpost?? pls and thank you!!

      WebBlog MrCB responded:
      July 8, 2014 at 07:58 am

      Salam,

      Dr. Mohd Rashidi Che Beson…Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s