Murtad isu politik atau agama?

Posted on

Beberapa hari yang lalu, kita telah dikejutkan dengan berita mengenai seorang murid lelaki yang dikatakan membawa bekalan makanan ke sekolahnya iaitu nasi goreng berlaukkan sosej babi. Hal ini dilaporkan oleh Malaysiakini.com Baca berita disini. Penulis tampil dengan entri ini bukanlah untuk menyatakan sokongan ataupun membantah mana-mana parti politik yang memperdebatkan isu ini walaupun sebelumnya telah didebatkan dan telah menimbulkan ketegangan didewan rakyat. Hal sebegini haruslah dipandang dengan serius kerana isunya ialah bukan isu politik kepartian yang sempit yang tuduh menuduh serta membabi buat serta semberono dalam menjatuhkan hukuman mengatakan orang ini dan orang itu yang bersalah sebaliknya ialah isu yang besar iaitu isu berkaitan murtadnya bapa budak tersebut dan yang penting disini ialah jika benar bapa kepada budak tersebut murtad maka ianya bukanlah lagi menjadi isu politk,isu kerajaan,isu pembangkang ataupun isu mana-mana pihak bahkan ianya ialah isu yang patut digalas oleh kita semua yang mempunyai satu kalimah. Bapa budak tersebut ataupun dikenali sebagai NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BAGINDA AK MINDA telah menyatakan dengan jelas bahawa dia telah menukar agama pada tahun 1999 kepada agama kristian.baca berita disini.Penulis tidak berharap isu ini dipandang dengan pandangan yang ada unsur politik tetapi ianya haruslah dipandang dengan sensitiviti kita sebagai umat islam,Jika benarlah NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BAGINDA AK MINDA ini telah murtad sebagai mana yang didakwanya, maka pihak jabatan agama islam yang bertanggungjawab haruslah segera tampil kehadapan demi untuk menyelesaikan kemelut umat islam ini yang saban hari ini berbondong –bondong umat Islam telah keluar dari agama Islam.

Penulis tertanya adakah seseorang itu disytiharkan murtad kerana mahkamah yang memberi pegiktirafan kemurtadan seseorang itu ataupun adakah kerana aqidahnya telah rosak?. Jika seseorang itu nama dan statusnya islam didalam kad pengenalannya tetapi dia menolak dan tidak beramal dengan cara islam,serta mengikut ajaran agama lain adakah masih dikira islam jika aqidahnya telah rosak? Hal yang berkaitan NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BAGINDA AK MINDA bukanlah lagi isu dimahkamah tetapi isunya yang lebih penting ialah bagaiman cara kita berdakwah dn dimanakah kita sewaktu NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BAGINDA AK MINDA ini masih islam? Adakah sesiapa yang hadir bertanyakan khabar dia?,bukan hanya khabar fizikal bahkan khabar imannya,tauhidnya,amalannya sewaktu dia masih islam. Sebagai contoh kes yang pernah berlaku di pulau pinang, kes yang melibatkan Siti Fatimah Tan yang telah diisytiharkan murtad oleh mahkamah syariah pada 08 Mei 2008. Persoalannya ialah dimanakah kita sewaktu dia masih islam,ketika dia telah ditinggalkan oleh suaminya, hidupnya susah sebagai “saudara baru” mengapa kita tidak membantu? Dimanakah peruntukkan zakat yang sepatutnya disalurkan kepada golongan-golongan saudara baru ini? Prof Dr.Yusof Qardhawi pernah menyatakan bahawa asnaf –asnaf bagi muallaf tersangatlah luas sehingga bukan hanya kepada yang baru memeluk Islam bahkan kepada mereka yang berminat, yang boleh dijinakkan juga menerima wang kutipan zakat ini maka gembira hatinya untuk memeluk islam.

Penulis berharap agar kes-kes murtad sebegini tidaklah hanya dijadikan sebagai isu,bahan sandiwara politk kepartian yang jumud, yang hanya ingin melihat kelemahan orang lain,sehingga agama sanggup diperkotak –katikkan. Penulis berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti jabatan-jabatan agama islam, NGO islam dan lain-lain agar tampil membantu menyelsaikan masalah ini dan seterusnya memandang serius akan perkara murtad ini. Kita juga janganlah melupakan mereka-mereka “saudara baru” ,bantulah mereka, selamilah hati mereka, janganlah memandang mereka ini dengan pandangan yang sinis, pandang hanya sebelah mata kerana ada kes bilamana mereka ini ingin berkahwin dengan wanita-wanita islam baka, ditolak dan diperkatakan bermacam-macam walhal jika kita melihat seperti Dr.An Wang Seng, Bro Shah Kirit, Tuan Haji Kamaruddin (kapitan keling), Haji Muhammad Abdullah mereka-mereka ini lebih hebat dari kita islam baka ini. Penulis nyatkan ini kerana telah bersama-sama mereka sewaktu menhadiri forum “saudara baru saudara kita” yang dianjurkan oleh Hidayah Centre,di dewan millennium kepala batas.

Oleh yang demikian, jadikanlah perkara –perkara yang lepas menjadi iktibar buat kita serta bersamalah kita merenung, berfikir sejenak dimanakah kita ketika mana aqidah umah islam saban hari makin rosak, dan juga harus diingat masih berbaki 4.5 bilion manusia yang masih belum islam diluar sana. Sesungguhnya yang baik itu drpd Allah SWT, yang lemah itu adalah dari saya insan yang kerdil.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (perdamaian) seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata.” (QS2:208)

-MrCB a.k.a Abu Husna-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s