Sekitar SeiT 2010,Hatyai,Thailand

Posted on Updated on

Artikel ini ditulis sewaktu penulis sedang berada di Negara yang paling utara sekali iaitu Thailand. Thailand ketika ini masih lagi terdapat kesan2 takungan air disekita ladang2 kelapa sawit, getah dan disekitar jalan-jalan yang kawasan permukaannya rendah dari yang biasa.Penulis berada disini atas sebab menghadiri satu seminar yang bertajuk Social Economics and Information Technology, SeIT 2010 yang di anjurkan oleh Universiti Utara Malaysia. Tujuan seminar ini diadakan di sini ialah kerana kos yang lebih murah jika dibandingkan di Malaysia baik dari segi logistic, facilities, makanan dan sbgnya. Seminar ini juga memastikan setiap presenter akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa serta memudahkan presenter kerana seminar juga diadakan di hotel yang sama iaitu Hatyai Paradise Hotel & Resort.

PHD's holder presentations @ SeiT2010-Phd student presentations @SeiT2010-

-Penulis –

Apa yang menarik pada seminar kali ini ialah, tajuk yang dibentangkan oleh penulis menjadi satu tajuk yang mendapat perhatian ramai iaitu DEVELOPMENT OF CODES WITH ZERO IN- PHASE CROSS CORRELATION FOR OCDMA SYSTEMS. Tajuk ini mendapat perhatian oleh ramai pensyarah-pensyarah UUM termasuklah pemegang-pemegang berstatus PHD. Ini disebabkan oleh mereka mengenali seorang pensyarah graduan Oxford yang pakar dalam bidang yang penulis persembahkan , selain penulis akan menghadapi ujian viva bagi MSc penulis kelak. Mungkin ini adalah antara factor yang menjadikan tajuk ini diminati ataupun “hunter victims”kepada penulis.Alhamdulillah, rasanya penulis sahaja dari UniMAP yang membuat presentation pada seminar ini disebabkan terdapat wakil-wakil lain dari UniMAP yang “hilang” tanpa dapat dikesan walaupun berulang kali dicari dan dikesan oleh setiausaha-setiausaha yang bertugas. Atau mungkin penulis yang tidak menghadiri presentation mereka. Penulis juga tidak muncul pada hari pertama untuk mempersembahkan paper yang bertajuk PERFORMANCE ANALYSIS of OCDMA BASED on MDW CODE in FTTH ACCESS NETWORK USING PIN & APD PHOTODIODE ini adalah disebakan author asal paper tersebut tidak menyediakan slides presentation serta tidak memberi soft ataupun hardcopy paper tersebut kepada penulis. Maafkan penulis. wallahualam.

Penulis menulis entri pada kali ini menceritakan pengalaman selama 3 hari berada disini ialah satu pengalaman yang sangat tidak dapat dilupakan, iaitu pertama kalinya penulis keluar Negara bersama rombongan ataupun golongan-golongan elit dari university yang tidak pernah penulis mengenali sesiapa pun, namun Alhamdulillah dengan seminar ini penulis dapat mengenali beberapa orang PHD’s holder antaranya Dr.Shahrul Azmi (session chairperson), Dr.Nor Hasni Othman (review on Tech.Park), Dr. M.Kadhum (Internet performance), Dr.Fitri Abdul Rahman (BN: Demokrasi pemuafakatan) dan ramai lagi. Seminar kali ini menjadikan penulis lebih bersemangat untuk meneruskan pengajian didalam bidang doctor of philosophy (PHD) kerana dimata penulis PHD’s holder ini member impak yang besar pada university,agama,pelajar,masyarakat,Negara dan juga institusi kekeluargaan.

-Ole-ole seminar @SeiT2010-

Bukanlah penulis mengatakan bahawa dengan tidak memiliki phd ini tidak ada sumbangan kita kepada komuniti tersebut,namun ianya menjadikan kita lebih berilmu, lebih berkeyakinan, lebih teliti, lebih alert and particular dan seterusnya membuka minda, ruang serta peluang untuk kita menambahkan ilmu dalam bidang yang diminati. Seminar seperti ini memotivasikan kita untuk kearah menjadikan PHD sebagai matlamat hala tuju selepas MSc. Ini. Yang lebih menggembirakan penulis ialah penulis diajak untuk bersama Dr.Kadhum untuk menghadiri collaqium mereka yang sering dianjurkan sebulan sekali bagi memantapakan serta memeprlihatkan bagaimana sesuatu presentation itu dilakukan dengan penuh kekemasan selain, menepati criteria falsafah, tidak terlalu kearah teknikal, kerana misinya ialah untuk menjadikan presentation itu berkualiti selain tidak hanya membaca slide presentation semata-mata.

Hari ini ialah hari terakhir penulis akan berada di bumi Thailand, ilmu yang dimiliki, moga Allah memberi keberkatanNya bagi penulis dalam mencari ilmu serta mempermudahkan usaha penulis untuk menduduki MSc. Viva dalam masa yang terdekat serta mencampakkan keminatan untuk penulis segera menyambung doctor of philosophy dalam bidang yang diminati, selain menjadikan ilmu yang dimiliki menjadi penyuluh diri serta amanah untuk penulis menyampaikan kepada sesiapa yang memerlukannya kelak.InshaAllah.

Terakhir, terima kasih diucapkan kepada semua secretariat-secretariat UUM especially Pn.Nawari yang tidak jemu menjawab semua persoalan penulis sebelum dan selepas ke Seit 2010,Thailand, Cik Siti Asma yang penyabar orangnya, doctor-doktor, staff-staff, serta mereka-mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, serta yang mengenali ataupun hanya sekadar mengenali penulis melalui nama sahaja,p’bualan telefon dan sebagainya, jutaan terima kasih kepada anda semua kerana ruang dan peluang yang terbaik buat diri penulis dalam Seit2010 kali yang ke 5 ini. Yang baik itu ialah daripada Allah SWT dan setiap kelemahan itu adalah dari diri penulis sendiri, hakikatnya Allah jualah yang menetukan segalanya. Wallahualam.

-Bunga-bunga secretariat @SeiT2010-

MrCB (UniMAP)

One thought on “Sekitar SeiT 2010,Hatyai,Thailand

    Siti Asma Binti Md Rasdi said:
    November 29, 2010 at 02:59 pm

    Alhamdulillah.., setelah semuanya selesai dalam semianar SEiT, dan kita masih lg mempunyai tanggungjawab lain yang mesti diselesaikan. terima kasih kepada penulis kerana memberi kerjasama kepada secreteriat SEiT, syukur padaNYA, seminar kali ini berjalan dengan lancar, atas sokongan semua peserta-peserta SEiT.. tahniah kepada penulis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s