Isu Non Muslim dan Masjid kedengaran lagi!!!

Posted on Updated on

Sumber: MalaysiaKini.com

Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

“Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

“Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid…kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid,” katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan “ceramah” di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

Penulis:

Bila timbulnya isu berkaitan non-muslim masuk kekawasan masjid mcmni penulis amat risau kerana yang mengulas itu (TGNA) akan ada segolongan org akan menganggap ulasan tersebut  bermotifkan politik dan bukannya hukum yang berteraskan syariat agama. Bahkan bagi mereka-mereka yang hanya berada ditahap “mentaklik buta” akan menganggap ini semua hanyalah propaganda sempit politik kepartian. Oleh yang demikian, penulis mencadangkan garis panduan berikut:

1.Setiap ulasan yang diberikan haruslah dengan hujah krn hujah haruslah bertembung dengan hujah.

2.Golongan agama yg mengulas haruslah berada pada pertengahan yang tidak tunduk kepada kuasa politik kepartian dalam mengulas isu sensitif umat islam agar tidak timbul kekeliruan.

3. Ikhlaslah dalam menegakkan hukum serta syariat islam serta berlapang dadalah bagi seseorang dengan hujah dan ilmu yang dimilikinya.

4.Rujuklah serta kembalilah kepada Al-Quran dan hadis jika timbulnya kekusutan serta kecelaruan.

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s