Ruang dan peluang mahasiswa/i kian terserlah

Posted on

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik.

Saifuddin berkata seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap remaja sebagai ‘rakan kongsi’ kerajaan dilihat sebagai amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa.
“Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa iaitu: mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata keperluan menghayati hakikat menjadi keperluan kedua iaitu selain sebagai pemimpin masa depan, mahasiswa yang juga pemimpin hari ini iaitu pemimpin bagi generasi yang lebih muda, juga adalah pemimpin bagi angkatannya dan rakan kepimpinan dengan universiti dan kerajaan.
“Justeru, sudah tiba masanya kita bersama dalam langkah untuk memenuhi kedua-dua keperluan tersebut. Satu daripada kaedahnya ialah dengan melakukan inovasi demokrasi iaitu dengan meningkatkan dan meluaskan penyertaan mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, isu membenarkan mahasiswa terlibat politik adalah relevan sebagaimana yang didukung pelbagai pihak termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi 2010 dan Makmal Pemuda Barisan Nasional.
“Di samping itu, kita perlu memulakan diskusi inisiatif-inisiatif inovasi demokrasi yang lain seperti pendaftaran automatik pemilih, menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun, melantik wakil belia sebagai Senator dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya,” katanya.
Saifuddin berkata langkah-langkah itu untuk mengisi perjuangan membentuk masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, tamadun tauhidik, keadilan sosial, kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar yang bersesuian dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Bernama

Penulis:

Dato’Saifuddin ialah seorang menteri yang sangat memahami kehendak serta aspirasi anak muda mahupun golongan siswa-siswi kerana beliau sangat menyelami hati serta berada pada tahap pemikiran ynag terbuka serta memberi ruang dan peluang kepada golongan siswa untuk terus bergerak mendokong aspirasi negara agar minda serta ketajaman fikiran lagi kritis golongan siswa-siswi tidak akan terbantut serta menjadikan golongan siswa-siswi yang bergraduan tidak akan jumud dalam setiap keputusan yang dilaksanakan kelak.InshaAllah

Tahniah Dato’ Saifuddin Abdullah

(http://www.saifuddinabdullah.com.my/)

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s