Nilai Sebuah Keadaban Politik Semasa

Posted on Updated on

Penulis bukanlah orang politik yang fanatik dalam ketaksuban untuk menakluk putrajaya mahupun untuk menjadi ahli parlimen dan sebagainya. Namun artikel ini ditulis atas dasar nilai politik semasa yang menyebabkan penulis tampil dengan sedikit pandangan yg kritis berkaitan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Dengan penuh rasa sombong, hingga menepis peringatan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau berhenti daripada memainkan isu berkenaan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat kenyataan berikut:

‘What’s so great?’

Despite the storm, Chua stood his ground, saying there was nothing great about knowing the Islamic religious values.

“So what is so great about that? That is your religious value which I don’t know. How am I to know about the religious values when I’m not practising that religion?”

“I have the right to say that it’s basic manners to shake hands with people. That’s my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,” he went on, as quoted by Malaysiakini. [Harakahdaily 25 Januari 2011]

Adakalanya yang pergi lebih baik dari kembali, serta adakalanya yang kembali tidaklah dialu-alukan. Inilah yang dapat digambarkan oleh saya dengan setiap pernyataan seorang mantan menteri kesihatan serta seorang presiden parti komponen dibawah sebuah parti besar orang melayu Islam yang pernah satu ketika terjebak dengan nilai murni serta adab yang perlu diteladani oleh seorang yang bergelar Menteri Kesihatan.

Beliau tidak pernah menyesali perbuatan kejinya.

Tidak daripada sisi dirinya sebagai seorang yang beragama, bertanggungjawab terhadap perkahwinan dan rumahtangganya, malah tidak juga sebagai Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab mempromosikan cara hidup sihat yang bertentangan dengan perbuatannya.

Beliau dengan mudah meletakkan kesemua jawatan yang disandangnya samada dalam kerajaan mahupun parti. Hari ini beliau dipilih dan diangkat oleh gerombolan ahli parti MCA itu sendiri sebagai presiden mereka, Apakah orang sebegini layak untuk menjadi pemimpin?  Namun, kefahamannya erti nilai murni dalam adab pergaulan antara wanita dan lelaki Islam mahupun bukan Islam, parti besar melayu Islam itu gagal memahaminya erti norma dan etika pergaulan tersebut.

Penulis bawakan sebuah pernyataan oleh Sheikh Abdel Majeed ElZinadi dimana beliau menyatakan dengan berikut:

“There are more than five million cells which cover the surface of human body. Their function is to transfer senses & feeling to the brain. When a man shakes hands with a woman their feelings get activated. Even the sense of smelling has a role in activating the feeling if sexual desire. The sense of hearing also is connected with the centers of human desires. If a woman hears words which reflect desire from man then what she has heard may move her desires”

[QS 24:30-31] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31)

Semasa kempen pilihanraya kecil DUN TENANG, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memainkan isu calon PAS, Puan Normala Sudirman menyarung sarung tangan semasa bersalam. Kenyataan beliau menimbulkan reaksi tidak senang semua pihak, bukan sahaja kerana sentimen agama, malah apa kaitannya cara bersalam seseorang dengan kompetensi dirinya menjalankan tugas sebagai seorang ADUN?

Jadi apakah norma serta nilai ketelusan serta ciri keadaban yang dibawa oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek????….

Ahhh…. tidak bisa saya ingin mengetahuinya!!!!!

-MrCB-

One thought on “Nilai Sebuah Keadaban Politik Semasa

    Michel Leonhard said:
    February 2, 2011 at 08:14 pm

    Thanks for you gain expertise, would you mind the time to talk about this, I feel strongly around it and love education many on this subject.My website about this five card draw poker

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s