Hosni yang kian hilang Mubaraknya

Posted on Updated on

Kita rakyat Malaysia, selemah-lemah iman haruslah mendoakan supaya seluruh saudara sekalimah dgn kita sentiasa berada dibwh lindungan Allah SWT dengan pergolakan serta rusuhan yg kian hebat melanda bumi mesir oleh rakyat yang menolak pentadbiran rejim kuku besi. Kita mengharapkan agar rejim hosni yg tidak lagi mubarak utk turun, setelah hampir 30thn mendominasikan serta menyusahkan rakyat palestin amnya serta khususnya rakyat mesir sendiri…

Suka utk saya membawa fakta disebalik rusuhan yg berlaku dan juga sblm hosni mubarak menaiki takhta presiden. Ianya bermula apabila presiden Anwar Sadat yg dibunuh oleh Khalid islambouli ianya sebhgian drpd Jihad Islam Mesir. Pembunuhan Anwar Sadat ialah atas dasar ketidakpuashatian oleh golongan Islam di mesir yg mn Anwar telah menandatangani perjanjian yg diberi nama sbg Camp David pd thn 1978 diantara Anwar sadat dan Menachem Begin (PM israel ke 6). Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa. Hasil drpd pendamain ini mereka dianugerahkan nobel prize keamanan.

Oleh yg demikian juga, Mesir telah dipulau dan dilucutkan dr menjadi keahlian dalam Liga Arab bermula dr thn 1979-1989. Pusat pentadbiran Liga Arab di kaherah juga dipindah ke tunisia. Setelah anwar dibunuh maka Hosni telah mengambil alih pentadbiran dan Mesir diterima kembali menyertai liGa Arab.

Dibwh pentadbiran Hosni, antara tidakan yg pertama dilakukan ialah beliau telah menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera berjalan kaki Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait.
Kerajaan Kuwait membayar $500,000 bagi setiap tentera Mesir yang berjaya mengusir tentera Iraq dari Kuwait.Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.Atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion .

2. Pada 2003,Presiden Mubarak mahu dunia menyelesaikan konflik Israel-Palestin terlebih dahulu sebelum menyerang Iraq. Serangan terhadap Iraq akan menyebabkan munculnya “100 Bin Laden”. Presiden Mubarak tidak menyokong AS keluar segera dari Iraq.

Selain, beliau juga telah memberi keizinan utk tentera US bsama sekutunya menggunakan ruang udara Mesir demi utk menghancurkan seluruh umat islam dibumi Anbiya iaitu Iraq, Palestin dan lain2 lagi.

Oleh yang demikian, kita bersama-sama rakyat Mesir khususnya mengharapkan serta mendesak rejim hosni ini turun bersama sekutunya serta meninggalkan mesir dengan kadar yang segera demi kesejahteraan serta kembalinya keutuhan perpaduan mesir dibawah pemerintahan yang lebih baik. Allahukahbar!! Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!

Salam, doa dan tiupan semangat buat saudara seperjuangan di Bumi Kinanah!

One thought on “Hosni yang kian hilang Mubaraknya

    seadead said:
    February 3, 2011 at 01:07 pm

    kenapa orang-orang arab x nak bersatu erk???? pelik sangat sbb diorang saling nak menjatuhkan antara satu sama lain. Arab saudi pun sama. Nama je negara yang tak akan miskin sampai bila2 (doa Nabi Ibrahim) tp byk tindakan diorang tak membela langsung kaum2 sejagat. adakah ini kesannya bila negara tak pernah dijajah?? atau sebab semangat assabiah yang tinggi????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s