Hari tibanya Armageddon

Posted on Updated on

Pernah terjadinya pertempuran diantara Raja Thalut bsama Jalut(Goliath) disebuah kawasan kota magiddo iaitu kota kuno diwilayah israel utara. Kota magiddo tletak dpergunungan samaria dimana gunung ini membentang dari magiddo utara ke selatan hebron. P’tembungan diantara Jalut dn Thalut ini Allah rakamkan didlm [QS2:249-251]

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang mencedok satu cedokan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar. (249) Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. (250) Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (251)

-Megiddo-

Didlm peperangan tersebut tentera Raja Thalut seramai 700 berkurangan menjadi hanya 70 org setelah kesemuanya gagal dalam ujian Allah supaya tidak meminum air sungai yang telah dilarang oleh Allah SWT.  Dlm keadaan yg sgt panas itu menyebabkan mereka terkandas dlm ujian tersebut lalu meminum dgn banyakknya air lalu mereka menjadi malas dan tidak berkeyakinan utk menghadapi tentera Jalut seramai 70 ribu org itu. Namun, kekentalan 70 orang tentera yg beriman kepada Allah SWT,meneruskan perjuangan mereka utk membinasakan tentera Jalut itu. Didalam 70 org tentera Raja Thalut ialah Nabi Daud a.s. Nabi Daud a.s ialah seorang pemuda yang berumur 15 tahun ketika itu, mempunyai tubuh yang tegap, perkasa, serta mempunyai kekutan yang tiada bandingannya. Antara kekutan Nabi Daud a.s ialah suaranya yang kuat, serta mukjizat yang dikurniakan Allah dpt membengkokkan besi dgn tgnnya.

Melihatkan tentera Raja Thalut yang sedikit itu telah timbul kesombongan dan keangkuhan Jalut serta bala tenteranya dengan menganggap mereka pasti beroleh kejayaan utk menghancurkan tentera Raja Thalut. Akhirnya, strategi perang yang digunakan oleh Nabi Daud a.s seperti permainan chess (catur) (baca sendiri cara permainan chess). Nabi Daud a.s mencari ketua tentera musuh iaitu Jalut, lalu Nabi Daud a.s menggunakan batu dilontarkan kearah Jalut lalu terkena tepat dikepalanya ..puffff….lalu pecah kepala Jalut, jatuhla ia Jalut dan mati disitu. Dengan kematian Jalut, ketua tentera mengakibatkan peperangan ataupun permainan catur sebagai game over dan peperangan tersebut dimenangi oleh Raja Thalut, dengan kehebatan lontaran batu oleh Nabi Daud a.s.

Namun, disebalik kehebatan peprangan yang telah berlaku diantara Raja Thalut dan Jalut ini, dikawasan yang saya nyatakan tadi (magiddo), Nabi SAW pernah sabdakan bahawa akan berlakunya peperangan diantara orang islam dengan yahudi dikawsan yang sama iaitu peperangan yang dianggap sebagai peperangan akhir zaman yang sangat hebat. Peperangan ini juga ada dikaitkan sebagai peperangan Armaggeddon akhir zaman.

ARMAGEDDON

Armageddon berasal dari bahasa Yunani. Istilah ini telah sinonim dengan orang barat iaitu  pembahasan akhir zaman. Kaum muslimin juga menggunakan istilah al-majidun iaitu kemulian sebagai juga “Perang Kemuliaan”. Armageddon ialah sebuah gunung di Palestin/Israel. Ar itu bererti gunung (Har dlm bahasa Ibrani/Hebrew) dan Mageddon = Magiddo adalah nama kota kuno diwilayah Israel sebelah utara.  Apakah yang ingin saya nyatakan sebagai Armageddon disini?. Ringkasannya ialah Armageddon ialah satu peristiwa besar yang bakal berlaku diakhir zaman iaitu perang dunia terbesar yang dimulai dari Magiddo sebuah kota diIsrael dipergunungan Samaria. Nabi SAW pernah menyebut peprangan akhir zaman ini sebagai al Malhamah al-Kubro iaitu satu huru hara yang sangat besar yang belum pernah ada tandingannya yang merupakan azab Allah Azza Wa Jal dalam menghancurkan kuasa-kuasa kesombongan orang-orang kafir.

Armageddon ini juga adalah penghancuran kesombongan orang-orang kafir Yahudi mahupun Nasrani. Mereka ini sombong dengan kecanggihan senjata, bangga dengan kekuatan tentera dan kesemuanya itu tidak lagi beerti dihari kedatangannya Armageddon tersebut dengan Qudratullah, iaitu kuasa Allah SWT.

Saya berpesan dengan diri saya, serta muslimin dan muslimat, persiapkan diri kita sebelum tibanya hari Armageddon tersebut, kerana golongan yahudi ini telah bersedia terutamanya mereka yakin akan sabdaan Nabi SAW dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: “Wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.

Golongan yahudi ini telah rancak menanam pokok –pokok ini, serta disebuah jalan menuju ke kota magiddo telah diletakkan dengan besarnya papan tanda iaitu dengan tulisan “harmageddon” sebagai persediaan utk mereka menghadapi hari tibanya Armageddon. Kita …??????…

Tidak dinafikan lagi mengapa seluruh kaum yahudi inginkan tanah palestin, kerana disitulah kesemuanya mereka akan berkubur!!!!!….

-MrCb-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s