Resolusi kebangkitan rakyat didunia ke-3

Posted on Updated on

Peristiwa yang berlaku ditimur tengah beberapa bulan yang lalu, seharusnya dikenang dan terus dikenang. Ianya juga boleh dijadikan sebagai iktibar, pengajaran kepada kuasa dunia bahawa kuasa rakyat mampu merubah segalanya. Rakyat ialah raja kepada pemerintah!!!…

Jika dilihat pada dunia ke tiga, belum pernah berlakunya pertukaran kerajaan melalui sistem pilihanraya. Tidak kira samada pilihanraya itu telus ataupun tidak, demokrasi mahupun tidak. Apakah yang dikatakan dengan dunia ke tiga ini? Mari kita lihat dulu dunia pertama, iaitu Negara –negara yang maju seperti Eropah, Jepun, Korea, New Zealand dan Negara yang paling hampir dengan kita iaitu Singapura. Didunia pertama ini juga pendapatan rakyatnya adalah tinggi dan dikatakan pendapatan rakyat di singapura ialah tiga kali ganda pendapatan rakyat Malaysia, selain simpanan rizab mereka juga adalah tinggi.

Didunia ketiga terdiri dari Negara-negara seperti Afrika, Malaysia, Thailand, Filipina, Iran dan sebagainya. Didunia ketiga pendapatan rakyatnya sederhana, simpanan rizab juga sederhana berbeza dengan Negara –negara maju tadi di dunia pertama. Yang lebih pentingnya ialah didunia ketiga, belum pernah lagi terjadinya pertukaran pemerintah melalui sistem pilihanraya. Berbeza di dunia pertama, iaitu Negara-negara maju pertukaran pemerintah, adalah biasa melaui sistem pilihanraya contohnya di Britian, Jepun, Korea dan sebagainya.  Baik itu cerita dunia pertama dan ketiga…

Mari kita imbas, rentetan resolusi pertukaran pemerintah didunia ke tiga:-

1970 – Ribuan pelajar keluar membantah pemerintahan dictator Thanom Kittikachorn berpuluh rakyat dibunuh dan meninggal dunia ketika berdemonstrasi memaksa pemerintah dictator Thanom Kittikachorn supaya beredar meninggal Negara dan meletakkan kesemua jawatannya.  Setelah demonstrasi yang berlanjutan, maka tumbanglah pemerintah dictator Thanom Kittikachorn menyaksikan eknomi dan segalanya diThailand menjadi lumpuh. Akhirnya pemerintahan rejim Thanom Kittikachorn tumbang dan berdasarkan resolusi rakyat tadi Thailand memperolehi pilihanraya serta media yang bebas selepas dictator Thanom Kittikachorn tumbang.

1978 – Ribuan rakyat keluar dijalanraya menentang pemerintahan Shaheran di Iran. Rakyat ini meluat dengan kezaliman shah ini yang dilindungi oleh Amerika Laknatullah serta tentera polis Sa’ba (iaitu Polis risikan yang zalim terutamanya kepada pembangkang). Ribuan yang merengkok didlm penjara dan ribuan pula yang dibunuh. Selain mereka dikejar keluar Negara unutk dibunuh seperti Dr.Ali Shariati). Pelajar- pelajar juga keluar menuntut supaya shah berundur, dan dianggarkan empat ribu pelajar ditembak dijalanraya. Ini menyebabkan jutaan rakyat pula keluar membela nasib para pelajar yang ditembak serta menunut shaheran berundur. Setelah pasukan tentera Iran udara, laut dan darat menyokong rakyat, maka Shaeran merasa tergugat terus lari meninggalkan Iran maka pilihanraya demokrasi mereka perolehi.

Note: kecuali polis yang tidak sokong kepada rakyat)

1986 – Begitu juga kebangkitan rakyat Filipina yang menentang pemerintah kuku besi rejim Ferdinand Marcos bersama isterinya iaitu Emilda Macros yang menghabiskan jutaan bahkan berbilion harta rakyat. Dikatakan First Lady of Filiphine itu memiliki jutaan pasang kasut. Ini mengakibatkan rakyat jelak dan bangun menentang pemerintahan dictator Macros. Selain itu, pembunuhan senator pembangkang di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada 21Ogos1983 semasa pulang daripada buangan. Ini telah mengakibatkan rakyat bangun dijalanraya menentang pemerintahan kejam lagi dictator oleh Ferdinand Marcos. Setelah polis dan tentera tidak dapat membunuh lagi rakyat, goyahnya pemerintahan Marcos, maka dia pun lari keluar dari Filipina seterusnya Filipina bebas dan perolehi pilihanraya bebas dan demokrasi.

1987 – Indonesia menyaksikan kebangkitan rakyat apabila parti pimpinan Suharto iaitu parti Golkar sentiasa memonopoli pilihanraya mengakibatkan parti lain tidak akan berpeluang untuk memerintah di Indonesia. Parti Golkar ini disokong oleh ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia) dan juga PORLI (Polis Republik Indonesia). Sebanyak 400 kerusi dipertandingkan, 100 kerusi telah dikhaskan oleh Suharto bagi ABRI maka rakyat perlu bertarung untuk merebut sebanyak 400 kerusi yang amat payah untuk dimenangi. Media di kawal begitu ketat, rasuah serta penyelewengan berleluasa. Dianggarkan harta keluarga Suharto berjumlah USD 40 bilion. Anaknya iaitu TUT TUT (Tanpa Usaha Tetap Untung) yang memonopoli pembelian senjata. Setelah kemarahan rakyat mebuak-buak dengan pembunuhan 6 orang pelajar dari Uni. TriSakti. Rakyat marah, berdemontrasi di jalanraya. Maka, tumbanglah rejim Suharto apabila polis dan tentera menyerahkan pada orang awam pemerintahan dan demokrasi mereka perolehi.

Maka, kebangkitan rakyat ini terus berlaku dan pasti akan berlaku jika pemimpin tidak memainkan peranan, memerintah secara dictator, tidak mementingkan rakyat dan sebagainya maka resolusi diatas pasti akan berlaku. Perlu dingat bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat!!!…

P/S: Disinilah tanah tumpah airku!!!..

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s