1Bumi 1 Melayu retorik sebuah pertubuhan melayu

Posted on Updated on

Semenjak penubuhan PERKASA terlalu banyk suara2 lantang yang menjerit sana sini berkaitan perlunya menjaga hak2 org melayu, ketuanan melayu dan sebagainya. Apakah yg terjadi kepada umat melayu pada masa kini? Suara ini jelas kedengaran setelah berlakunya tsunami politik pada Mac 2008 setelah kerajaan dinafikan 2/3 kerusi diparlimen. Semenjak itu kedengaran suara melayu menyatakan mereka adalah tuan diatas bumi Malaysia. Ini yang harus ditanya oleh pemimpin –pemimpin tertinggi pertubuhan yang mereka tubuhkan sendiri, adakah kita masih tuan? Tuankah kita jika hanya berbangsa melayu? Janakah ekonomi kita hanya kita berpangkat tuan? Dimanakah sumbangan kita bila hanya kita berpangkat tuan? Muliakah kita bila berpangkat tuan? Jika dimbau sejara pilihanraya pada tahun 1990, mengapa mandat KM, pulau pinang diberikan kepada Dr.Koh Tsu Koon setelah UMNO memperolehi majoriti kerusi dr MCA?…adakah kita tuan disini?..enough is enough!!!

Hari ini kedengaran lagi suara sumbang menuntut hak istimewa org melayu dijaga lagi, Apa yg hilangnya keistimewaan org melayu? Pulau Pinang menjadi conoth yg paling kuat bahawa hak2 org melayu akan hilang setelah DAP berjaya menjadi kerajaan negeri? Adakah sblmnya syarikat2 kroni mendapat projek, hak melayu terbela disini? Adakah krn seorg cina DAP berbeza dgn seorg cina BN? Adakah ekuiti bumiputra mencapai target 30% semenjak 1971? DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% menemui jalan yg sangat mendukacitakan apabila ianya tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.
Hari ini, PERKASA akan menganjurkan perhimpuan utk tujuan menjaga hak2 istimewa org melayu.

Sumber MalaysiaKini: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat dari sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.
“Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.
“PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.
Katanya PERKASA akan melancarkan kempen “1Bumi 1Melayu” pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.—Bernama

Hanya satu peringatan, kita bukanlah mulia krn kita adalah bangsa melayu, kita bukanlah mulia kerana hak2 kita dijaga ataupun dibela serta kita tidak berlaku adil kepada bangsa lain nantikanlah balasan Allah SWT. Ikhlaslah dalam perjuangan nescaya pertolongan Allah akan membantu kita wahai umat melayu!!!…

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s