Pandangan politik dari kaca mata bebas…

Posted on

Pemuda UMNO desak identiti pelaku seks didedah

SHAH ALAM 25 April – Pergerakan Pemuda UMNO negeri mendesak polis mendedahkan identiti pelaku dalam video aksi seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata, pendedahan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat yang masih samar sama ada pelaku di dalam video itu adalah Anwar atau bukan.
Ini kerana katanya, pada awal pendedahan yang dibuat oleh trio ‘Datuk T’, hanya beberapa wakil media sahaja yang dipertontonkan keseluruhan video tersebut dan mereka boleh menilai sendiri wajah pelakon lelaki terbabit.

“Namun bagaimana dengan masyarakat khususnya penyokong-penyokong parti pembangkang, mereka juga harus menilai sendiri ‘wajah sebenar’ pemimpin kesayangan mereka.

“Sebelum ini, mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh UMNO, Barisan Nasional (BN) dan polis sebagai dalang penyebaran video tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Safarizul, pendedahan ini juga penting kerana ia melibatkan soal moral pemimpin parti pembangkang yang diuar-uarkan mahu menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas pentadbiran negara.

Sehubungan itu, kata beliau, polis bertanggungjawab mendedahkan segera ‘pelaku lelaki’ dalam video tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat.

”Biar masyarakat menentukan sendiri hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pelakon ‘rosak akhlak’ tersebut,” katanya.

Inilah politik sempit, politik murahan yang mengaibkan lawan ataupun musuh. Sepatutnya politik yang segar ialah politik yang mencetuskan pembaharuan idea, kebolehan mengurus serta menilai faedah, ruang dan peluang demi kesejahteraan rakyat. Islam melarang sama sekali mendedahkan aib sebegini walaupun dengan cara mengendap untuk mencari maksiat seseorang itu melainkan dengan jelas kelihatan maksiat yang dilakukan serta jelas bahawa perbuatan maksiat itu berlaku.

Amat malanglah jika kita umat melayu mengaibkan sesama melayu.  Apakah faedah yg diperolehi jika sipelaku itu benar-benar ketua pembangkang yang dicanang sana sini? mahupun sipelaku ialah pemimpin tertinggi negara (establishment)? Ini melibatkan dosa dia hanya dengan Allah SWT. Cukup tak guna orang-orang politik ni, bile seseorang berada diatas dijunjung, dipuja, disanjung, bila dah jatuh, dihina, dicerca diaibkan …biarlah kawan yang dicari yang apabila kita bersama dia, kita akan mengingati Allah, bsama menuntut ilmu, menutup keaiban, mendoakan kebaikan tanpa pengetahuan…bukan dgn cara yang begitu keji ini.

“Jika sekalipun perkongsian pintar kita telah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk persaingan sihat juga turut tertutup?”

Renungkanlah umat melayu, dimanakah kedudukan kita sekarang? Ekonomi, Kebolehan persaingan di IPTA, pendidikan, pertanian, perniagaan, dimana kita?..bagaimana kita mengatakan kita ialah “tuan” jka kedudukan kita kini berada pada kelas yang terkebelakang!!!…

P/S: Pandangan saya ini bukan semestinya semua benar, dan saya yakin bahawa ianya akan ada perselisihan, terimalah jika ianya benar dan buanglah jika ianya ternyata tidak benar.

MrCB

One thought on “Pandangan politik dari kaca mata bebas…

    ulamjantungpisang said:
    April 28, 2011 at 02:52 am

    ulasan serta lontaran pandangan yg bernas untuk faedah serta kebaikan bersama…good ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s