Ucapan takziah jika benar Osama terbunuh.

Posted on Updated on

Aku tetap akan mendoakan keampunaan serta rahmat daripada Allah SWT yang Maha Pemurah dan lagi Maha mengasihani keatas Osama Bin Laden yang mana beliau ialah saudara sekalimah denganku. Berita berkaitan pengganas yang sentiasa dilontarkan keatas beliau mungkin hanya satu propaganda yang dipelopori oleh kuasa-kuasa besar dajal yang dikepalai oleh Amerika dan sekutunya Israel.

Jika dinilai dari kaca mata sebenar, apakah Amerika dan Israel serta sekutu2 yang lain tidak boleh dikategorikan sebagai pengganas? Siapakah yang menjadi dalang pencerobohan serta kemusnahan besar-besaran di Iraq dan Afghanistan? Dengan alasan untuk mencari senjata yang berbahaya sehingga kehari ini dimanakah senjata yang dikatakan berbahaya itu? Masih juga belum ketemu. Amankah dunia dengan adanya dajal-dajal ini sebelum tibanya dajal yang sebenarnya?

Kita mengutuk kuasa-kuasa dajal ini, dengan laungan slogan utk menjaga keamanan sejagat, walhal merekalah petualang yang mencerminkan topeng keamanan. Dinampakkan bahawa islam itu sebagai terrorist, kejam, tiada kasih sayang dan belas ihsan…Islam bukanlah sebegitu rupanya, islam telah membuka lembaran baru dalam sejarah ketamadunan manusia, Islam mengubah persepsi minda supaya bertauhidkan kepada Allah tuhan yang satu, Islam menjadikan sebuah bangsa yang dahulunya begitu kejam, rosak fahaman dalaman lalu menjadikan masyarakat arab jahiliyah dipuji oleh Allah sebagaimana sahabat2 nabi SAW.

Apa pula halnya dengan sokongan bersepadu Amerika terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Amankah dunia dengan dajal ini?

Barangkali nyawa orang2 Islam yang dibunuh oleh dajal2 ini, adalah darah yang halal bagi mereka,demi menyatupadukan serta menjadikan keamanan sebagai slogan pembentukkan sebuah kerajaan dajal yang besar!!!. Penulis berpendapat jika benar, kematian osama ini, kita tidak akan mengatakan bahawa dunia akan aman dengan terbunuhnya osama, malahan akan lahirnya lebih ramai osama dek kerana retorik osama sebagai pengganas yang syahid, sebaliknya punca segala keganasan terus hidup, dijulang dan disanjung oleh dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s