Sejarah tidak pernah berbohong.

Posted on

Dikesempatan masih didlm bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana keberkatannya itu, ialah keberkatan yang berbalik daripada Allah Azza Wa Jal,  sejarah dunia Islam tidak pernah lari dari kehebatan Islam memonopoli lebih 2/3 dunia dimana kehebatan-kehebatan umat islam menakluki dunia samada dalam peperangan, penaklukan ataupun perluasan tanah jajahan. Kesemuanya ada yang berlaku dibulan yang mempunyai barakah ini. Sebagai contoh kehebatan Zaid b.Tariq yang meluaskan jajahan Islam ke Andalus berlaku didlm bulan Ramadhan, peperangan badar yang juga berlaku didalam bulan ramadhan yang menyaksikan kemenangan berpihak kpd kaum muslimin. Kehebatan Salahuddin Al Ayubi yang membebaskan Al Aqsa juga didlm bulan ramadhan.

Namun kita jangan lupa, perkara yang menyedihkan umat Islam dalam dunia moden kontemporari selepas beberapa tahun selepas itu menyaksikan pemimpin Islam berubah menjadi petualang serta keparat dalam menghancurkan agama Islam itu sendiri. Peristiwa yang bakal saya bawakan ini juga berlaku didlm bulan ramadhan, iaitu kisah bagaimana presiden Tunisia iaitu Habib Bourguiba menjadi duri dalam daging bagi umat islam dalam mencari barakah bulan yang mulia ini, ikuti kisah ini, wallhualam.

Siapakah Habib Bourguiba?

Pada bulan Mac 1974, dunia Islam digemparkan oleh arahan Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, apabila  mengeluarkan perintah melarang rakyat Tunisia, terutama dalam kalangan kakitangan awam daripada berpuasa dalam bulan Ramadan.

Malah untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan arahan tersebut, Habib Bourguiba telah muncul bersama-sama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadan dan mereka makan beramai-ramai demi membuktikan apa yang mereka kata. Alasan Habib Bourguiba kerana puasa mengurangkan produktiviti negara malah syariat berpuasa dianggap sebagai batu penghalang kepada pertumbuhan ekonomi. Siapa Habib Burguiba ini?

Bourguiba diangkat sebagai presiden pada 1957 setelah berakhirnya pemerintahan beraja Bey Muhammad al-Amin, Raja Tunisia. Akibat terpengaruh pemikiran Barat, Habib Bourguiba selalu menghina Islam. Secara eksplisit beliau menentang pemahaman dan ketentuan syariat. Ketentuan syariat yang sudah jelas dilarang dan dihina. Saat berpidato di depan mahasiswa mengenai sejarah perjuangan Rasulullah SAW, beliau menyatakan bahawa al-Quranmengandungi sekian banyak kekeliruan. Nabi Muhammad SAW dianggapnya sebagai manusia yang kebanyakan mengembara dan mendengar hikayat, dongeng, dan legenda murahan.

Sejak berkuasa beliau menyusun strategi menghancurkan Islam. Beliau menutup Universiti al-Zaytunah, universiti tertua di Afrika, pusat pendidikan Islam di Afrika dan Eropah. Salah satu tujuan  Habib Bourquiba ialah membaratkan Tunisia, sehingga bahasa Arab diganti bahasa Perancis sebagai bahasa kebangsaan. Mahkamah Syariah diganti dengan mahkamah sivil yang berkiblatkan undang-undang Barat.

Dalam usahanya melemahkan institusi Islam, Bourguiba merampas harta wakaf di seluruh Tunisia, padahal harta wakaf merupakan 33% kekayaan Tunisia. Sekolah dan madrasah yang mengajarkan al-Quran ditutup. Ribuan wanita Islam disingkirkan dari pegawai pemerintahan dan pusat pendidikan serta dilarang berhijab.

Wal iyyazubillah!

P/S: Ya Allah ampunkanlah diriku sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun. Jangan dilupa juga kebangkitan rakyat Tunisia pada Disember 2010!!!  Baca disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s