Pasca Era Kemerdekaan Tanah Melayu

Posted on Updated on

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 kita merayakan hari kemerdekaan Tanah Melayu ini. Saban tahun jugalah nostalgia2 kemerdekaan dimainkan dikaca-kaca televisyen antaranya kisah2 seperti bukit kepong, sarjan hasan, leftenan adnan dan sebagainya. Namun, fahamkah kita erti kisah2 perjuangan ini yang kita sama-sama sahut dengan erti kemerdekaan? Atau hanya sahutan yg ikhlas mahupun tuntas.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran kemerdekaan ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada sejarah awal kelahiran hari  kemerdekaan ini. Moga kita semua memahami sejarah yang sebenar menerusi liputan sejarah yang pernah berlaku.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia (skrg disebut Jakarta) di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874, melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial Britsh telah memasukkan jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawah jagaan England dan bukan lagi East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijih. British juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British. Ingat ekonomi ialah politik..iaitu politik ialah menguasai punca ekonomi..

Kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari Cina dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh Cina dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu telah berubah sama sekali untuk terus melipat gandakan keuntungan british.

Dunia ini diibaratkan sebagai roda yang berputar bersamanya ialah hukum alam. Hukum ini menyatakan bahawa di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum ini mula tersemai di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh Cina di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British ini telah melahirkan ikatan persahabatan diantara KMM dengan PKM. Ikatan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan Cina. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama ikatan persahabatan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjuangan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun atau Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi ukhwah bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi pentadbiran ketenteraan British masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah melaungankan suara-suara kemerdekaan yang boleh didengar sana dan sini. Wujudnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS). Semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Ukhwah antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahirkan ukhwah yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama PUTERA.

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Maksudnya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan ukhwah anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British telah melaungkan slogan “Hidup Melayu”. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa british cuba untuk memikat hati orang Melayu ditanah melayu ini.
British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Sehingga ini, gambaran sejarah tanah melayu berkembang mungkin telah difahami semua, moga rentetan sejarah ini menjadikan kita lebih mendewasakn serta lebih bersifat patriotic dlm menjadikan diri kita benar2 merdeka dari jajahan kuasa2 kolonial barat. Slm merdeka!!!

Tinta,

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s