Adab-adab dalam menyambut Eidul Fitri

Posted on

Salam, Taqaballahu minna wa min kum…

Entri ini ditulis hanya beberapa hari sahaja lagi seluruh umat islam akan menyambut kemenangan yang besar setelah sebulan berpuasa menahan segala lapar dan dahaga, bahkan bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga sahaja bahkan ianya ialah untuk menuju takwa. Sebagaimana yang direkodkan oleh Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 183. Dalam ayat ini Allah nyatakan supaya kita wajib berpuasa sebagaiman diwajidkan keatas kaum terdahulu supaya kita bertakwa. Maka berpuasa bukan untuk menguruskan badan, bukan untuk membuang kolesterol, bukan untuk cukupkan syarat semata-mata bahkan ianya perintah Allah, ianya ialah supaya kita menuju takwa. Menurut Ibnu Abas r.a, yang didefinisikan sebagai takwa ialah

1. Taat tidak maksiat

2. Ingat tidak lupa

3. Syukur tidak kufur..

Jika  sejumlah 1.6 bilion (2007) daripada 6, 437,239, 959 keseluruhan penduduk dunia bersamaan dengan 23%, dimana peratusan ini bermaksud setiap Muslim ialah 1 orang Muslim daripada 5 orang manusia. (Statistic dilaporkan oleh (Islam by Country, 16 June 2007) berdasarkan data dari US State Department International Religious Freedom Report 2004, CIA World Factbook, Adherents .com dan US Cencus Bureau, International Data Base (2007) keluar  ramadhan dgn 3 ciri ni bayangkan subhanAllah, …kita mampu menjadi umat yang dinyatakan Allah sebagai umat yang terbaik, umat hebat, umat berminda super dan sebagainya. InshaAllah

Adab-adab menyambut Eidul Fitri

Dikesempatan yang ada saya berharap menjelang ketibaan syawal ini dapatlah kita mengikuti serba sedikit sunnah Nabi SAW yang telah ditinggalkan kepada kita dalam beradab didalam menyambut Eidul Fitri yang tidak berapa hari sahaja lagi. InshaAllah

Antara adab-adab tersebut mengikut sunnah ialah:

1.Mandi Sunat Eidul Fitri

2. Sunat untuk kita memakai wangi-wangian serta bersiwak (bersugi)

–  Boleh juga memakai minyak wangi yang beralkohol (tidak najis dn tidak                    membatalkan wudhuk/solat)

3. Memakai pakaian yang paling cantik tidak semestinya baru. Dingatkan                     jangan memakai baju yang lain daripada yang lain (Imam Abu Daud).

4. Sebelum menuju ke musolla (tanah lapang untuk bersolat/skrg masjid dn           surau) hendaklah kita menjamah apa jua makanan sedikit. Jika tidak hukumnya makroh kerana melanggar sunnah Nabi SAW. (Imam Bukhari) / (Imam Tirmidzi)

5. Sunat untuk kita berjalan kaki (Ikut keadaan) (Umar Abd.Aziz, Sufian As Syauri, Mohd b.Idris menyatakan sunat untuk kita berjalan kaki).

6. Sunnah utk menyertai mana tempat yang bersolat di musolla dan bukan dimasjid (ikut keadaan) (Menurut imam bukhari baginda akan menuju ke musolla untuk bersolat dan bukannya ke masjid.)

7. Pergi dan balik ketempat solat menggunakan jalan yang berbeza. (Imam bukhari- bila hari raya Nabi SAW akan mengambil jalan yang berbeza).

8.Disunatkan kepada ma’mum untuk pergi awal, namun disunatkan bagi imam untuk pergi lewat (tidak wajar imam nk kena tunggu ma’mum)

9. Disunatkan untuk bertakbir, bertakbir hendaklah diwaktu kita berjalan menuju ketempat solat, kerana Nabi SAW akan bertakbir sehingga ke tempat solat. (Menurut Ibnu Shaibah: SELEPAS solat Nabi SAW akan putuskan takbir dan SELEPAS salam, khatib terus naik membaca khutbah).

10. Dingatkan juga tidak ada solat sebelum solat hari raya, (jika bersolat di musolla), Namun jika bersolat dimasjid maka hendaklah ditunaikan dahulu solat sunat tahiyatul masjid.(Imam Bukhari)

11. TIDAK ADA azan dan iqomah (menurut al imam ibnu qayyim al jauziyah wafat 751H dalam kitabnya Zad al-Ma’ad, perkataan “assolah tu jamaah” juga tidak ada. Ulama-ulama hadis juga berpendapat tidak ada khutbah yang dimulakan dengan takbir sepatutnya ianya dimulakan dengan khutbatul hajah.(khilaf)

12. Sunat untuk kita bergembira. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat.

 Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha: bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

13. Disunatkan untuk kita membawa anak-anak kecil yang faham, supaya apabila keberkatan itu turun maka dia juga akan mendapatnya .

14.  Ucapan hari raya dengan ucapan taqabbalalahu minna waminkum (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)

          – Perlu dingatkan tidak ada nas untuk kita minta maaf pada hari raya.

– Meminta maaf tidak dikhussuskan hanya pada hari raya juga menziarahi pusara.

15. Tertinggal solat hari raya.

– Boleh di qadho,

– Boleh bersolat secara sendiri-sendiri mahupun juga dengan keluarga (Rujuk Anas b.Malik menyuruh aulanya utk bersolat hari raya dengan adik beradiknya).

–  Boleh solat dirumah juga.

– Jika imam telah duduk tashahud akhir, slps salam bangun dan habiskan                   solat sepertimana yang imam  buat.

Saya nk ingatkan sekali lagi kpd diri saya mahupun semua pembaca, tanggapan kita bahawa solat sunat eidul fitri ini hanya semata-mata sunat, tidak buat tidak mengapa, harus dibuang, kerana sesetengah fuqaha/ulama hadis mentarjihkan bahawa sunat eidul fitri ini sebagai FARDHU AIN, jika tidak buat mendatangkan dosa kerana bersabitkan hadis berikut,

 Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Wallahualam.

MrCB

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s