Ketamadunan Sejarah Tanah Melayu

Posted on Updated on

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.[QS49:6]

Tanggal 21 ogos yang lalu, orang nombor dua dalam parti PAS iaitu Mohammad Sabu telah mencetuskan spekulasi yang kini menjadi sebutan serta diskusi bukan hanya kepada golongan cendiakawan, sejarahwan, professor, serta ahli akademik bahkan juga diskusi hebat diantara rakyat.  Bahkan lelaki yang teramat terkenal sekarang ini sudah tentunya Mat Indera yang sebelum ini tidak pernah diketahui umum. Siapakah Mat Indera ini? Ini bukan persoalannya samada dia seorang pengganas komunis mahupun pejuang sebenar kemerdekaan. Persoalan yang timbul ialah benarkah Negara kita ini tidak dijajah hanya sekadar dinaungi? Ini satu isu yang sangat besar, bukan rakyat marhaen seperti penulis yang mengatakan demikian tetapi ianya ditegaskan oleh ahli majlis professor Negara iaitu Profesor Zainal Kling bahawa Malaysia dulunya Tanah Melayu tidak pernah dijajah bahkan hanya dinaungi serta dilindungi british. Ianya disokong oleh kenyataan Mantan perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

“Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.”Tun Dr.Mahathir Mohammad” baca lagi

Penulis beranggapan mungkin kenyataan tun ini ada benarnya kerana sultan-sultanlah yang menjemput british untuk masuk ketanah melayu sebagai  pemberi nasihat kepada sultan melayu. Namun berlaku sebaliknya kerana segala tindak tanduk serta keputusan ialah ditangan british, sehinggalah sultan hanya memainkan peranan sebagai penurun tanda tangan bagi sesuatu hukuman itu dijalankan. Ini jelas terbukti  apa yang berlaku kepada Tok Janggut yang dibunuh pada tahun 1915 serta mayatnya diarak serta diikat dengan kaki keatas kepala ke bawah serta dihina dengan sehina –hinanya.Baca Kisah ini

Sekali lagi penulis tegaskan disini penulisan ini bukan fahaman politik yang ditegaskan bahkan penulis sendiri tidak mahu tahu siapakah mat indera kerana tiada perawi yang meriwayatkannya dengan sanad yang sahih….

Sekali lagi isu yang berbangkit, adakah benar Negara kita tidak pernah dijajah?..JIka benar maka mengapa saban tahun kita meraikan hari kemerdekaan, saban tahun kita membuat pembaziran dengan bunga api, serta mengapa perlunya Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

Apa itu erti merdeka?

Merdeka membawa maksud,

 bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). “Kamus Dewan edisi Empat”

Sekiranya kita tidak pernah dijajah ianya tentu akan menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi dikalangan masyarakat. Pelbagai perkara berkaitan sejarah ketamadunan Tanah melayu ini. Diantaranya persepsi diangkat filem – filem seperti bukit kepong, leftenan adnan dan sebagainya walhal sejarah ini juga mengatakan leftenan adnan ialah polis untuk british dalam mempertahankan singapura.  Bagaimana pula denga tokoh –tokoh berhaluan kiri yang menentang penjajahan ataupun kemasukkan british ketanah melayu ini seperti Rashid Maidin, Dr.Burhanuddin Hilmi, Ahmad Boestaman dan ramai lagi? Mengapa apabila tiba hari kemerdekaan tiba, hanya susuk tubuh wajah Tunku, filem bukit kepong, Leftenan Adnan sahaja dimainkan atau ditonjolkan bagaimana pula dengan susuk tubuh pejuang-pejuang ini? JIka mereka ini juga disenaraikan sbg pejuang tentunya kemerdekaan itu lebih terpanggil untuk diraikan. Kini, Negara tidak pernah dijajah mengapa semua ini perlu ditonjolkan? Mengapa kita melaungkan kemerdekaan? Kita tidak dijajah!!!!…

Konklusi Ilmiah

Penulis merasakan bahawa dengan tercetusnya bahana sejarah ini sememangnya sangat baik kerana ianya dapat dijadikan sebagai perbincangan ilmiah kerana Islam juga menegaskan begitu, Sejarah harus di revolusi semula, sejarah harus dititik beratkan semula.

Firman Allah SWT:

Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. (Al-Isra’: 36)

Akhir kata, penulis mengharapkan kebenaran dari kesemua pihak samada kerajaan mahupun pembangkang dan lain2, agar rakyat tidak dikelirukan oleh pelbagai perkara yang mengelirukan serta kita rakyat marhaen perlulah lebih menambahkan ilmu pembacaan, agar kita tidak dikotak katikkan oleh pendokong penipuan fakta serta kebenaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s