Murabbi versus Mualim

Posted on

Ramai mungkin tertanya apakah itu murabbi dan juga mualim. Suka untuk saya menerangkan kedua-duanya. Ini adalah kerana keduanya berkaitan rapat dengan tugasan kita seharian di atas muka bumi Allah ini. Tugasan yang yg telah diberikan oleh Allah kepada setiap umat islam supaya amal makruf nahy mungkar. Murabbi beerti pendidik, manakala mualim ialah pengajar. Ramai juga yang menganggap bahawa keduanya ialah sama kerana tugas pengajar itu secara automatiknya sudah ada pendidiknya. Walhal yang demikian terlalu banyak bezanya diantara keduanya. Mualim ialah seorang susuk tubuh individu yang berperanan mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Ilmu itu melibatkan samada fardhu ain mahupun fardhu kifayah kepada muridnya. Matlamat utama mualim ialah ilmu yang diberikan itu smapai kepada anak muridnya untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini beerti berlakunya proses transfer ilmu tadi dari akal ke akal-yakni dari akal mualim kepada akal murid seterusnya murid menterjermahkan ilmun tersebut didalam kertas peperiksaan. Ini fakta!!!.

Tugas berat Murabbi.

Jika mualim kelihatan tugasnya berat maka lebih daripada itu bagi seorang murabbi. Murabbi berperanan mendidik jiwa anak muridnya suapaya ilmu tadi tidak hanya diterjermahkan didlam kerta  peperiksaan sahaja bahkan ianya dikesani (hati), yakin (iman) seterusnya diamalkan (anggota) oleh setiap anak muridnya. Ini lebih mencabar jika dilihat perbezaan tugasa antara keduanya. Jika tugas mualim itu berlegar hanya diakal manakala tugas murabbi itu berkisar didalam hati. Analogi mudah yang dapat disimpulkan disini ialah mualim ialah seorang dengan tgas utk membeli barang masakan untuk membuat sebuah kek. Ianya tepung, gula, perisa, telur dan sebagainya, sedangkan tugas murabbi seperti master chef yang handal untuk mengadun, serta membancuh, menguli dan membakarnya hingga menjadi sebuah kek yang lazat dinikmati. Bukankah tugas ini lebih mencabar????

Murabbi harus memastikan bahawa jiwa anak murid yang diajar itu haruslah timbul kemahuan sedangkan mualim berperanan untuk memastikan timbulnya pengetahuan dikalangan anak muridnya itu.Kekuatan kemahuan itu mengatasi kekuatan pengetahuan. Contoh kita telah belajar apa itu syukur, sabar dan sbgnya. Jika seseorang itu diuji dengan ujian yang sementara mampukah dia untuk terus bersabar dan jika dikeluarkan dia dari kesakitan itu mampukah dia untuk bersyukur?

Mendidik itu amanah daripada Allah.

Oleh yang demikian, seorang murabbi ialah mereka yang benar-benar merasakan tugas mendidik itu ialah satu tugas daripada Allah SWT. Mereka juga haruslah sedar bahawa ianya ialah tugasan berat iaitu memikul tugasan para nabi dan rasul khususnya Nabi Muhammad SAW. Jika doctor berhadapan dengan sakit-sakit fizikal, peniaga dengan barang yang diniagakan, wakil rakyat dengan rakyat sekitarnya, maka murabbi sedang berhadapan dengan jiwa, akal, nafsu dan juga perasaan manusia sekelilingnya.Inilah antara sebab utamanya mengapa para rasul diutuskan kedunia yakni untuk menyeru , mendidik dan memimpin manusia bukan hanya kesejahteraan didunia bahkan diakhirat.

Tinta,

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s