Apakah tujuan maksud hidup kita?

Posted on Updated on

Pernahkah terfikir oleh kita tujuan maksud hidup kita didunia ini? Ya mungkin ada ramai yang berfikir dan tidak kurang ramai juga yang tidak berfikir, lantas sehari- hari hidup ini berlalu pergi tanpa sebarang manfaat mahupun juga pahala yang kita perolehi.  Jika kita kembali berfikir dan merenung sejenak tujuan maksud hidup kita sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT didalam AlQuran surah al-Dhariyat: 56

“Tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk mengabdikan diri kepada-Ku”

Lantas hari ini, dimanakah tujuan maksud hidup kita?..Mungkin yang beranggapan kita hanya perlu beribadah sentiasa tanpa perlu melakukan aktiviti kedunia yang lain. Ada juga yang menganggap bahawa urusan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji hanya ini sahaja yang dikategorikan sebagai ibadah. Ada juga yang beranggapan bahawa urusan ibadah khusus tadi tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara berkaitan dunia..ini menjurus kearah sekularisme.

Mungkin ramai yang pernah terdengar berkaitan dunia ialah penjara bagi orang mukmin.Lantas mukmin yang berfikiran sedemikian akan menganggap ibadah khusus tadi merupakan priority berbanding ibadah-ibadah yang lain..memang benar dan tepat sekali teori tersebut, namun Islam ialah agama yang syumul, Islam is the way of life, islam mengajar umatnya supaya terus berkembang maju seiring dengan teknologi semasa . Ini boleh dilihat dengan firman Allah dalam surah kahfi 96-97. Islam juga menyuruh umatnya persiap siagakan diri dengan segala ilmu pengetahuan serta teknologi sebagaimana firman Allah dalam surah al Anfal ayat 60. Justeru dimana maksud hidup kita?…

Saya suka untuk mengulas perkaitan dunia ialah penjara bagi mukmin.  Maksud dunia ialah penjara bagi orang mukmin ialah setipa perlakuan serta kehidupan kita ini dibatasi oleh peraturan. Didalam karya ataupun huraian Prof Dr. K. H. Muhibbudin Waly ketika membahaskan kata-kata ulama  terkenal iaitu Ibnu Atailah Askandory dlm bukunya Hakikat Hikmat Tauhid dan Tasawuf beliau menjelaskan bahawa walaupun fitrah tabiinnya mendorong utk maju, mencari harta dan kelebihan duniawi namun disana Islam menyediakan peraturan yang jelas bagi mempastikan niat, pelaksanaan, pendekatan dan natijah pencarian harta dan kelebihan itu tidak menyeleweng.

Tujuan sebenar maksud hidup kita ialah supaya kita berteraskan al Quran serta sunnah yang menjadi pegangan serta pendorong hidup kita agar kita mencapai status takwa. Ini jelas firman Allah dalam surah al Hujrat ayat ke 13

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”

Apakah erti takwa? Secara ringkasnya, menurut sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Abas takwa ialah

1. Taat tidak maksiat 2. Ingat tidak lupa 3. Syukur tidak kufur.

Mukmin yang bertakwa ialah mukmin yang dapat menseimbangkan maksud hidup akhirat dan juga tidak meremehkan urusan dunia berteraskan maksud takwa diatas, mukmin yang taat tidak akan melakuakan sebarang perbuatan maksiat, sentiasa mengingati Allah kerana sedar setiap apa yang kita lakukan akan dilihat oleh Allah SWT (iman) serta kita syukur dengan segala nikmat dan rahmat Allah SWT kepada kita yang saban hari mengeluarkan kita dari pelbagai kekusutan serta permasalahan. Orang mukmin juga tidak terlepas dengan urusan duniawi kerana ianya adalah modal bagi bekalan untuk kita menuju hari kemudian. Firman Allah juga dalam surah Baqarah ayat 30

“Aku jadikan manusia sebagai khalifah diatas muka bumi”.

Ini bermakna tuntutan kita sebagai khalifah tidak akan terlepas dari tugasan kita seharian dengan urusan duniawi malah juga urusan akhirat. Jadi masakan kita boleh meninggalkan urusan dunia?

Jadi jelaslah maksud hidup kita perlu diseimbangkan untuk akhirat  juga perjuangan hidup di dunia ini harus diteruskan supaya mencapai status takwa yang dikehendaki oleh Allah SWT melalui peraturan –peraturan yang telah digariskan oleh Allah SWT melalui al Quran dan Rasulullah SAW daripada sunnahnya.

Memang tepat apa yang dikatakan oleh Prof Dr. Yusuf al Qardawi  dalam bukunya, Iman dan kehidupan : “Mempercayai akhirat bukan beerti meremehkan urusan dunia”

Akhirnya, pernah suatu ketika Imam Malik r.a ditegur oleh seorang yahudi yang melihatnya berpakain cantik lagi indah dengan kata-kata yang sinis “Beginikah rupanya orang yang Nabinya pernah berkata “Dunia ialah penjara bagi orang mukmin” Imam Malik menjawab “Inilah hebatnya orang mukmin dalam penjara pun berpakaian cantik sebegini..Mudah-mudahan disyurga kelak pakaian orang mukmin akan lebih cantik daripada yang dipakainya didunia!

-Kearah menghasilkan Mukmin Super-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s