Kisah Khalid al Walid.-Pemimpin ikhlas, meninggalkan jawatan yang digalas

Posted on Updated on

Siapakah yang tidak pernah mendengar kisah berkaitan Khalid al Walid r.a seorang panglima islam yang digeruni oleh musuh-musuh Islam. Khalid al Walid r.a ialah seorang yang tangkas, kuat, hebat dan berketrampilan tinggi yang selalu dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mengetuai tentera Islam. Pernah Nabi SAW melarang dari membunuh tawanan perang, tetapi Khalid al Walid r.a melanggarnya namun masih tetap Nabi SAW memilih Khalid al Walid r.a sebagai panglima perang disebabkan ketangkasan beliau. Juga ketangkasan Khalid ini pernah direkodkan iaitu ketika persiapan untuk melawan musuh, Khalid al Walid r.a, beliau dengan kudanya menuju dr Iraq ke Mekah unutk menunaikan haji tanpa seorang pun dikalangan tentera Islam sedar akan ketiadaan Khalid al Walid r.a itu. Namun berita ini telah disampaikan kepada Abu Bakar As Sidiq (berita yg disampaikan oleh jemaah haji yang nampak Khalid al Walid r.a) lalu Abu Bakar As Sidiq menghantar surat amaran kepada Khalid al Walid r.a supaya tidak diulangi perkara yang sedemikian, begitulah ketangkasan Khalid al Walid r.a …manusia yang digelar pedang Allah ini.

 Melepaskan Jawatan.

Selepas pemerintahan khulafa ar Rasyidin berpindah daripada Abu Bakar As Sidiq, kepada Umar Al Khattab, Umar al Khattab telah menghantar surat supaya mengarahkan tugas jeneral/komander tentera Islam berpindah daripada Khalid al Walid r.a kepada orang muda yang hebat iaitu Abu Ubaidah al Jarrah. Hal ini mengakibatkan ramai yang tertanya-tanya, namun bagi Khalid al Walid r.a ianya satu perintah yang harus ditaati dan dipatuhi oleh beliau tanpa berasa ragu-ragu dengan kepimpinan khalifah Umar al Khattab. Lalu, Khalid al Walid r.a dengan senang hati meninggalkan jawatan tersebut dengan kata-katanya yang hebat “aku tidak berperang kerana umar tetapi kerana tuhan umar”…

Apakah yang tersirat disebalik perlucutan jawatan ini? Ianya adalah untuk menunjukkan bahawa setiap perjuangan tentera islam tidak bergantung harap kepada Khalid al Walid r.a semata-mata, bahkan ianya hanyalah semata-mata ketentuan Allah, maka dengan sebab yang sedemikian mengakibatkan Umar al Khattab melakukan perkara yang sedemikian rupa. Ini juga untuk mengelakkan ketaksuban serta fanatic kepada seseorang pemimpin tersebut sehingga mampu gugat akidah umat Islam itu sendiri.

Hal yang demikian tidak sedikitpun “diambil pusing” oleh Khalid al Walid r.a kerana beliau berjuang atas dasar Islam iaitu hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata tanpa mengharapkan sebarang “habuan” didunia yang sementara. Khalid al Walid r.a merasakan berhak keatasnya untuk mentaati pemerintah selagi pemerintah itu tidak lari dari syariat islam yang sebenar.

Dunia hari ini.

Apa yang berlaku kepada dunia hari ini fenomena yang berlaku oleh Negara timur tengah, menyaksikan berapa ramai nyawa yang terkorban oleh kerana pemimpin yang tidak mahu melepaskan jawatan, secara zalim menindas rakyat dengan kejam, sepatutnya Bashar al Asad sudah pun meletakkan jawatannya kerana beribu nyawa yang melayang hanya mengharapkan sesuatu harapan yang tidak pasti oleh pemimpin mereka. Begitulah juga yang telah berlaku di Mesir, Libya, Bahrain dan sebagainya. Maka dunia islam hari bergolak denga hebat dan dahsyatnya. Jadi mampukah negara2 Islam ini menjadi tunjang perkembangan ilmu?

Lantaran dari kisah Khalid al Walid r.a ini penting untuk kita meneliti, menelaah, mengkaji, menilai pemimpin yang ikhlas (bukan hanya winnable candidates) memperjuangkan hak-hak bagi mereka yang berhak, “turun” apabila sudah tidak mampu memikul beban amanah (berbeza dengan Khalid al Walid r.a) serta takutkanlah Allah kerana pemimpin in lebih ramai yang akan menjadi penunjuk diatas bebanan amanah yang dipikulnya. Lantaran itu, persiap siagalah diri kita bagi menghadapi pemilihan pemimpin yang terbaik dikalangan mereka-meraka yang terbaik.wallahualam

Antara ucapan dasar PM diperhimpunan Agung UMNO ke 62 ialah: Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang. Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

Nota: Sebenarnya bukan Usamah b.Zaid tetapi Abu Ubaidah al Jarrah.

InshaAllah, MrCB.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s