Tetapkan Niat dan Matlamatmu Para Pengkaji Ilmu

Posted on Updated on

Alhamdulillah dikesempatan nyawa masih dikandung badan, saya mengandaikan saya juga ingin turut serta didalam menghasilkan pembaharuan ilmu yang berasaskan akademik didalam bidang yang telah saya ceburi selama 9tahun ini iaitu didalam bidang Kejuruteraan Perhubungan. (Communication Engineering) Keterlibatan saya ialah bagi meneruskan lagi pengajian saya diperingkat Doctor Falsafah (Ph.D), demi memperolehi ilmu yang terbaik buat saya agar dapat disumbangkan didlam bidang yang berkaitan kepada sesiapa yang inginkan perubahan. Doktor Falsafah bermatlamat menghasilkan kajian (research) secara mendalam bagi menghasilkan sesuatu pembaharuan didalam sesuatu bidang. Walaupun ianya adakala dinilai berdasarkan sumber akademik, dinilai secara kritis, ianya menunjukkan kematangan didalam dunia pengkajian serta pembaharuan ilmu.

Dunia Eropah
Hari ini dunia makin lebih celik jika dahulunya Eropah menyaksikan golongan pembaharuan dibunuh dan dibakar hidup-hidup seperti Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16. Mereka telah mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible. Ini hal pembaharuan didalam bidang agama!!!…
Saya mengemukakan contoh diatas bukanlah kerana saya pakar agama mahupun pengkaji sejarah, kerana saya mengkaji didalam bidang Communication Engineering. Saya tertarik dengan “talk” yang dibuat oleh seorang Associate Prof. Dr Naufal Mohammad Ph.D (OCDMA-France) beliau menyatakan “kamu ialah pengkaji dan melakukan pembaharuan didalam bidang kajian yang dibuat dan kamu tidak akan dibakar hidup-hidup”. Ini amat menarik dan memberikan lebih semangat untuk kami membuat pengkajian ilmiah ini dengan lebih mendalam didlam setiap bidang yang diceburi. Ini ialah pembaharuan, Ini ialah tajdid!!!…
Memang tidak dinafikan saya agak lewat untuk meneruskan bidang pengajian ini, namun atas dasar mencari ilmu, dengan dalil yang khusus oleh Allah SWT sebagaimana yang direkodkan dalam surah Az-zumar:9
“Katakanlah: apakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?”

Matlamat Ilmu

Alhamdulillah, selain kesihatan yang masih diberikan Allah SWT saya akan terus dan terus untuk merobek ilmu disetiap penjuru kehidupan yang ada, agar ilmu itu terus memberi harapan dan sinaran kepada saya dan warga masyarakat diluar sana. InshaAllah.

Sebagai muslim, ilmu akhirat juga jangan dilupakan kerana Islam menuntut kita supaya menjadi Mukmin Super yang mampu untuk menjadi insan yang hebat didunia mahupun akhirat. Ilmu yang selaras dengan nas dan dalil Al Quran serta hadis harus dipelajari dan dipraktikkan didalm kehidupan. Saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh PM Dr.Asri Zainul Abidin dalam bukunya, kata beliau,

“Ketika mereka yang digelar ustaz menggambarkan Islam sebagai agama yang dipenuhi dengan israilliyat, hadis palsu, jampi itu dan ini, cerita-cerita lucu kewalian, upah pahala sebagai bisnes dan pencemaran yang lain, golongan profesional muslim yang mempelajari ilmu perubatan, kejuruteraan, pembinaan dan pelbagai lagi tampil menjelaskan Islam yang sebenar. Islam yang mereka fahami daripada sumber yang betul tanpa sebarang keraguan kepentingan kebendaan.” (Travelog Minda Tajdid-Halaman 65)
Oleh yang demikian, pengkaji-pengkaji muslim harus mengseimbangi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat agar kita tergolong dalam golongan yang berilmu, beriman serta bertakwa sebelum kita pulang meninggalkan alam dunia menuju ke kampong akhirat dengan ilmu yang barakah yang dibawa bersama untuk diadili dimahkamah Allah SWT kelak.
Akhirnya, teruskan matlamat, perbetulkan niat, penuhi segala harapan serta aspirasi meletakkan ilmu setinggi yang mungkin dengan dalil, hujah serta fakta yang benar demi melakukan sesuatu perubahan yang besar didalam bidang akademik dan juga penyelidikkan didunia dan juga perolehan ganjaran pahala dihari akhirat kelak. InshaAllah.

-MrCB-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s