Hedonisme: Pelengkap sebuah syarat kemusnahan!!

Posted on Updated on

Benar agama islam itu telah sempurna, namun kesempurnaan agama didalam diri umat islam sendiri masih belum sempurna.

Perkembangan mutakhir ini, keruntuhan moral, akhlak dan budaya umat Islam atau bangsa melayu kian rapuh seumpama daun-daun yang gugur menyembah bumi. Mengapa penulis kaitkan umat Islam dan bangsa melayu? Sinonimnya umat islam ialah bangsa melayu dan bangsa melayu mesti islam. Sedangkan istilah ini tidaklah terlalu tepat namun kebanyakkannya begitulah. Jika umat islam ialah bangsa melayu dan bangsa melayu ialah umat islam, ianya juga akan membawa satu tanggapan yang bersifat negative terhadap Islam.

Sebagaimana kata-kata Mariam Jamilah pernah berkata: T’idak akan aku memeluk islam jika dilihat pada diri orang islam itu sendiri, tetapi aku melihat Islam sebagai agama yang suci, hebat serta lengkap dengan hujah dan dalil serta fakta yang kukuh”. Subhanallah..

Begitu jugalah kata-kata tersohor khalifah islam iaitu Umar Al-Khattab pernah menyatakan bahawa: ‘Kita mulia hanyalah kerana Islam sekiranya sesiap mencari kemuliaan selain daripada islam maka kehinaanlah yang pasti akan ditemuinya”.

Berbalik kepada soal keruntuhan akhlak, moral tadi, penulis berpendapat umat Islam@bangsa melayu harus kembali kepada ajaran islam yang sebenar, mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya, berpegang kpd akidah AlQuran dan hadis serta melakonkan kehidupan ini dengan berpandukan skrip yang telah diberikan kepada kita iaitu AlQuran oleh Allah SWT 1400 tahun yang lalu. Apabila ini ditinggalkan, benteng Aqidah yang lemah, maka ramai anak muda lelaki dan wanita Islam diluar sana telah jauh dari Islam dari segi pakaian, peribadi,akhlak dan sebagainya.

Mengapa penulis berpendirian sedemikian kerana penulis melihat dengan mata sendiri kelibat mereka-mereka ini. Mungkin penulis ketinggalan dalam trend berpakain pada zaman hari ini, namun tidak mungkin AlQuran itu ketinggalan bahkan isi kandungannya relevan sepanjang zaman.

Sedarlah Parti Politik & NGO Islam

Mutakhir ini terlalu banyak program-program untuk anak muda mahupun belia, seperti himpunan 1 juta belia, hari belia sedunia dan sebagainya demi untuk mendekatkan diri dengan golongan berpotensi ini samada ikhlas mahupun tuntas.

Namun adakah disentuh hal2 berkaitan kerohanian ini? Jangan hanya diharap undi2 daripada belia ini sedangkan jiwa kerohanian mereka tenggelam dibuai oleh cabaran yg hebat pada hari ini. Belia dan pemuda ini dijadikan alat senjata demi memenuhi kehendak serta tujuan mahupun matlamat kepentingan peribadi, mahupun parti. Ini harus dipandang serius!!!..

Penulis bertegas dengan mana-mana pertubuhan belia, NGO yang menjadikan moto agama, dalam pertubuhan masing-masing namun ianya hanya indah khabar dari rupa!!!…diam membisu seribu bahasa dalam hal2 yang berkaitan. Cukuplah denga segala hiburan yang ada, jangan dijadikan lagi Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang menggalakkannya menjadi HUB hiburan malam bertaraf antarabangsa, rujuk:

Petikan PEMANDU.GOV.MY di bawah NATIONAL KEY ECONOMIC AREAS: TOURISM:

“4—Events, entertainment, spa and sports: Malaysia lags our neighbours in the magnitude and variety of events as well as in our nightlife offerings. Hosting more international events and promoting a vibrant nightlife is necessary to attract tourists and provide a boost to the tourism industry.”

sebagaimana negara-negara jiran iaitu Singapore, Indonesia dan juga Thailand. Jika kita cuba untuk memadamkan api, halakan picu pemadam kepuncanya dan bukan kearah hujung api yang sedang menjulang marak keatas!!!..

Maka yang demikian,skrip asal yang diturunkan oleh Allah SWT iaitu AlQuran yang mengubah peradaban zaman gelap kepada zaman yang penuh dengan gilang gemilang kehidupan didunia mahupun akhirat. Berpeganglah kepadanya serta yakinlah InshaAllah keselamatan dunia dan akhirat menanti kita.

Fikirkanlah jika kita membiarkan saudara-saudara kita semuslim ini, apakah yang akan bisa dijawab oleh kita dihadapan Allah SWT nanti dimahkamah keadilan yang sebenar? Kehidupan kita hanya berlegar untuk sementara waktu apabila tiba masanya kita pasti akan dijemput pulang  kealam yang sebenar iaitu alam akhirat bersama bebanan ini. Firman Allah SWT:

“Orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang daripada perbuatan yang baik. Dan mereka pula menggenggam tangannya (bersifat bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang Munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” [Al-Taubah 9: 67]

Kata Nabi SAW: Ada apa aku dengan dunia ini? Tiada dunia dan aku melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas dibawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannnya (Tirmidzi).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s