Warkah Luka: Dimanakan ku Cari Ganti Serupa DgnMu!!!

Posted on Updated on

Bismillah..

Terlebih dahulu, coretan ini ditulis dalam keadaan diri yg sangat “down”, kecewa, tekanan dan juga terkilan yang amat sangat tapi tidak pernah ada rasa putus asa dengan rahmat Allah SWT. InshaAllah aku berpegang dengan firman Allah seperti yang dinyatakan didalam surah Yusuf:87 .Alhamdulillah.

Fikiran berkecamuk, mungkin ini dimata orang lain ianya hanyalah sebuah kehilangan yang kecil tapi dimata aku ianya sebuah kehilangan yang sangat besar. Kerana apa? Kerana ianya membawa seribu macam kenangan bersama”nya” pergi menghilang meninggalkan tuan oleh kerakusan nafsu manusia ini!!!!

Mungkin ramai yang tertanya apakah bendanya yang hilang?..ianya ialah sebuah kereta kancilku yang sangat bermakna buat aku, sekarang hilang dicuri oleh manusia yang bernafsu, tidak ada perasaan dalam diri untuk memikirkan perasaan orang lain.


Tragedi Bermula.

 Ianya berlaku sewaktu sehari selepas aku pulang dari ekspo rekacipta UniMAP pada jam 1am pada tanggal 12/01/2012di kediaman aku bayan lepas. Aku parkir bersebelahan dengan flat kediaman aku namun dilindungi oleh bukit yang bersebelahan. Sehari sebelum kejadian aku masih lagi melihat kereta tersergam indah masih diparkir yang berkenaan pada sebelah petangnya. Pada 13/01/2012 jam 730am baru aku sedar bahawa kereta tu sudah tidak berada diparkir dengan keadaan cermin yang bertaburan mungkin retak pecah seribu ianya dipecahkan…ini bermakna proses “laknat” ini berlaku pada sebelah malam 12/01/2012 sehingga pagi 13/01/2012 sebelum jam 6am. Report telah dibuat dibalai polis bayan lepas serta seluruh warga “NGO” berhampiran kawasan sekitar dikerah untuk mencari…InshaAllah moga kereta tu ditemui.

Harap Bantuan Polis

Aku sebenarnya dengan polis ni dah terlalu fobia dek kerana “kerja gila” yang mereka pernah jadikan satu pengalaman untuk aku dahulu pada tahun 2001. Pengalaman tersebut ialah aku “digari buta” sewaktu tengah tidur dengan tuduhan yang semberono..ahhh!!! tidak mahu lagi dikenang!!!! , namun kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, anggotanya mahupun logo polis. Tugas seorang anggota polis juga-sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah:78-79).

 Nabi s.a.w pula bersabda:

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita membuat aniaya kepada manusia yang lain walaupun kita tidak mengenali si mangsa namun harus diingat Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang mencuri harta orang lain tanpa perasaan bersalah terhadap mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Mungkin hari ini kamu sedang berseronok dengan kereta aku yang dicuri  engkau perlakukanlah apa sahaja, tapi ingat ketika kau  pulang ke rumah aku sentiasa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

 Allah Tidak Lupa

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau aku juga mungkin terlupa, atau aku pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doa itu akan tetap terus hidup. Sehingga waktunya, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Kehidupan dunia

Kehidupan dunia ini hanyalah sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembela yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Sekali lagi pada hari itu si penzalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dizalimi, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, setiap yang baik dibalas dengan baik setiap yang batil pasti menemui kegagalan!!!

Kata Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Inilah aku seorang rakyat marhaen awam yang dianiaya serta aku klasifikasikan dizalimi oleh manusia rakus yang tidak berperasaan. Itulah kenderaan yang aku gunakan untuk tujuan asal kereta (2003-2012) itu dibeli iaitu untuk aku gunakan sebagai kemudahan untuk aku pergi mencari serta menuntut ilmu . Hari ini ia tiada lagi, Ia juga makhluk serta aku memahami perasaan makhluk yang dijaga, ditatang ibarat ianya seperti takkan terpisah terus selamanya..namun apakan daya dek kerana hilangnya imam dalam diri manusia rakus akan terus menggangu gugat keimanan manusia yang lain. Kepada Allah aku berdoa dengan penuh harapan agar keretaku ini akan kembali kepangkuan ku, inshaAllah

Dengan nama Allah, wahai yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah kembalikanlah barang-barangku yang hilang kerana barang itu ialah pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.(Ruqyah asas ke2, Darussyifa).

Nukilan & Tinta,

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s