Hidupkan Istilah Ini: Taxpayers Money!!

Posted on Updated on

Seringkali kita mendengar bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan seolah-olah  pemberian itu ialah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Oleh yang demikian bantuan yang disalurkan kepada rakyat amnya seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti yang pernah kedengaran ‘kerajaan prihatin’, ‘kerajaan berkebajikan’ dan sebaginya.

Rakyat seolah seperti pengemis. Apabila berlakunya penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan rakyat lupa wang tersebut adalah wang rakyat.

 

Kita rakyat harus sedar bahawa setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan secara langusng dan tidak langsung. Harga barangan kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan oleh cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Oleh yg demikian, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money seharusnya kedengaran dan digunapakai dalam setiap ungkapan pemberian sesuatu bantuan dan sebagainya.

Sesuatu projek yang disalurkan dana kepadanya hendaklah dilapor oleh  “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Ini menjadikan lagi pihak yang menyalurkan dana tersebut akan lebih telus dan lebih beramanah dalam mengurustadbir harta rakyat mahupun wang rakyat ini.

Ini penting supaya orang-orang politik sedar bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh menggunakannya sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka. Istilah ‘taxpayers money’, haruslah hidup dikalangan kita disebuah Negara yang sedang menuju ke status Negara maju. Ianya kerana istilah ini telahpun diguna pakai oleh Negara-negara maju yang lain seperti Amerika, Sweden dan sebagainya. Maka, jika ini jelas maka tidak timbul lagi dikalangan kita yang selalu beranggapan dengan kata-kata yang sinis iaitu “Engkau jangan nk lawan kerajaan, kerajaan yang bagi dana untuk engkau belajar dan sebagainya” perkataan semacam ini sudah lapuk lagi jumud!!!…

Sesebuah kerajaan itu dinilai dan dilihat diatas sikap amanah serta kebolehan urus tadbir dengan baik yang menjadikan harta kekayaan Negara serta cukai yang diperolehi dikongsi bersama dengan rakyat marhaen bawahan. Bukanlah pemimpin disana hidup mewah dan bermewah lagi, Papan2 iklan mereka hebat-hebat, kereta-kereta mereka juga hebat, berjawatan juga hebat, namun rakyat ibarat pengemis yang melukut ditepian gantang yang datang mennyinggah apabila musim pilihanraya. Jika reality tv bersamamu saban minggu dapat menemui rakyat marhaen yang miskin serta sempit kehidupannya masakan pula badan-badan kerajaan seperti kebajikan masyarakat, pusat urus zakat, NGO2  dan lain-lainnya tidak menemui mereka-mereka ini? Pelik lagi bingung!!!.. renung kedalam hati, muhasabah sehingga terserlah zahirnya, akhirnya pasti pencapaian itu terpancul jua!!.

Tinta, MrCB

“Menjana mukmin cyber”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s