Fenomena 2012: Natijah dan Pengajaran Disebaliknya

Posted on Updated on

Fenomena atau Armageddon 2012 makin hebat diperkatakan ketika ini. Adakah dakwaan ini benar-benar pasti akan berlaku?, bila dan bagaimanakah keadaannya?  Ada banyak pihak mengatakan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ini. Amat malanglah jika kita orang yang beriman mempercayai  perkara yang karut itu. Bahkan pula kita didokmakan dengan filem 2012 (Roland Emmerich) yang menyaksikan kehancuran bumi. Firman Allah dalam surah al Araf ayat 187, jelas kiamat itu hanyalah pada pengetahuan Allah SWT. Banyak kajian ilmiah mendapati  fenomena  kehancuran bumi menyebut pada bulan yang akan berlaku namun tidak sesekali menyebut tahun akan berlaku, ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

“Rasulullah SAW berkata apabila bunyi muncul dibulan Ramadhan, akan terjadi huru-hara pada bulan syawal” Kami bertanya: Bunyi apa, wahai Rasulullah? Beliau menjawab ‘Bunyi yang kuat dipertengahan bulan ramadhan. Pada malam jumaat, akan muncul bunyi yang kuat akan membangunkan orang tidur, yang membuatkan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya. Ia berlaku pada malam jumaat dalam tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu melaksanakan solat subuh pada hari jumaat, masuklah kedalam rumah, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya dan selimutlah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kamu berasa adanya bunyi yang kuat, maka sujudlah kepada Allah dan ucapkanlah “Subhaanal Qudduus (Maha Suci al Qudduus), Robbunal Qudduus (Tuhan kami Al Qudduus) kerana orang yang melakukan perkara itu akan selamat. Sebaliknya orang yang tidak melakukan perkara itu akan binasa.(hadis direkodkan Nu’aim bin Hammad)

Ini jelas fenomena ini akan berlaku pada ketika umat Islam sedang berpuasa didalam bulan ramadhan, namun tidak dinyatakan bilakah tahunnya. Fenomena yang akan berlaku itu ialah pelanggaran asteroid (jarak antara asteroid 1×106 km) diangkasa bertebaran lalu jatuh keatmosfera bumi, terbakar ini yang dipaggil sebagai meteor lalu menghentam bumi dan mengakibatkan terjadinya asap hitam yang menutupi setiap ruang atmosfera bumi. Hal yang demikian dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Ad Dukhan pada ayat 10-12.

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (11) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. (12)

Keadaannya amat jelas jika berlakunya asap hitam yang menutupi ruang likup atmosfera bumi menyebabkan keadaan bumi terjejas iaitu tanaman akan musnah, penyebaran virus dan bakteria yang subur, serta mengakibatkan kebuluran yang amat dahsyat. “Nabi SAW telah menganjurkan kita agar menyediakan bekalan makanan selama setahun.”  Ini adalah kerana kerosakkan yang bakal dihadapi oleh penduduk bumi amatlah dahsyat. Namun fenomena ini memberi kelebihan kepada umat islam yang beriman iaitu kesan yang bakal dihadapi oleh beriman hanyalah seperti selsema sedangkan ianya berbeza kesan yang bakal dihadapi oleh kafir iaitu akan mengalami keradangan paru-paru, telinga, mulut serta kulit mereka, lagi keluarnya asap-asap hitam panas tadi dari celah mulut, telinga, hidung serta dubur mereka. Ini bertepatan dengan hadis berikut:

Hadis daripada Abu Malik al Asy’ari, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Tuhan kamu semua mengingatkan kamu dengan tiga perkara, Pertama , asap yang menerpa orang beriman, dimana mereka seperti terkena gejala selesema . Ia juga melanda orang kafir, dimana sekujur tubuh mereka akan membengkak, lalu mereka tidak dapat mendengar, kedua keluarnya binatang dan ketiga keluarnya Dajal”.

Mari kita imbas kembali sejarah dimana pupusnya dinasour, mengikut teori seorang ahli fizik iaitu Luis Alvarez, beliau menyatakan bahawa sebuah komet raksasa yang menghentam bumi pada 65juta tahun yang lampau menerbangkan begitu banyak debu lantas mengakibatkan langit menjadi gelap selama berbulan-bulan, suhu menjunam kemudian menghancurkan pelbagai makhluk termasuklah dinosaur.

– Kawah Barringer, Arizona, Amerika –

Teori yang sama dinyatakan oleh Dr.Neil Tyson, Pengarah Hayden Planetarium iaitu 65juta tahun yang lalu bumi dihentam oleh asteroid yang besar lalu memusnahkan dinosaur dan 70% spesis bumi. Catatan fosil menunjukkan bencana yang sama akan berulang.

– Kara-Kul, Tajikistan –

Selain itu dalam Discovery Channel: Catrastropic Past, Prof Michael Rampino menyatakan kepupusan dinosaur disebabkan oleh meteor. Unsur iridium dalam meteor tersebut banyak dijumpai dikawah meteor. Kepadatan iridium ini adalah 10 ribu kali ganda lebih tinggi apabila dibandingkan oleh lain-lain tempat dibumi. Ini ialah bukti kaitan antara henteman meteor dan juga kepupusan dinosaur.

Buletin utama 01-Feb-2012 melaporkan asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi sejak 37 tahun yang lalu, bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Ketika ia berada paling dekat dengan Bumi iaitu kira-kira 26.7 juta kilometer.   

– Asteroid 433 EROS –

Hasil kajian ilmiah mendpti setiap 100 ribu thn orbit bumi akan berubah, maka jika ini berlaku pengkaji akan mendpti bumi akan dihentam oleh meteor akan berulang.Teori tersebut juga menyatakan setiap 30 juta thn akan berlaku kemusnahan pd skala yg besar.Namun ianya masih belum lg kiamat, kemusnahan ini juga boleh memberi impak yg besar pd penduduk bumi krn jatuhan meteor itu akan mengakibatkan berlakunya dukhan (asap) yg akan menutupi seluruh langit dn mengakibatkan org beriman terkena kesan seolah spt selsema mnkala org2 kafir akn menghadapi penyakit kronik spt radang hidung, telinga serta kulit. Ini jelas pd surah al Mulk 16-18. Ini tidak mustahil kerana bumi pernah memasuki atau ditenggelamkan kedalam kawasan yang padat dengan meteor. Akibatnya bumi akan dihentam oleh hujan meteor dan bumi dikatakan sekali lagi akan ditenggelamkan semula kedalam kawasan yang sama sebagaiamna yang direkodkan oleh Allah SWT dalam surah al Mulk:16-18.

Oleh yang demikian, Allah telah nyatakan kepada kita dalam surah Saba:9

(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti). (9)

Ayat al-Quran diatas mengandungi perintah Allah supaya menyuruh manusia mengkaji sejarah langit dan bumi (al-Quran menyebut dibelakang mereka) dan juga keadaan langit dan bumi pada masa sekarang (al-Quran menyebut dihadapan mereka). Tujuannya amatlah jelas supaya manusia dapat meramalkan keadaan langit dan bumi pada masa hadapan. Dalam konteks kepupusan dinosaur, ianya ialah keadaan lampau dan mungkin ianya boleh berlaku pada masa hadapan yang akan memusnahkan seluruh penduduk bumi ini.wallahualam

Tinta;

MrCB“menjana mukmin cyber”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s