Apakah kita masih ada pilihan..

Posted on Updated on

Jika diberi pilihan, masakan manusia itu mahu memilih jalan yang sukar baginya untuk mencapai sebuah kehidupan yang bahagia, mudah, bak kata hanya kesenangan yang melimpah ruah masuk kedalam kehidupan, keperitan, kesusahan bahkan bagi diri manusia itu,  diibaratkan sebagai musuh serta mahu dibuang terus jauh dari kehidupannya. Itulah manusia yang hanya tahu menilai dari kaca mata kehidupan yang bermewah-mewah.  Firman Allah SWT dalam surah asy-syarh:6  “Maka bersama kesulitan itu ada kemudahan”.  Ayat ini diulangi sekali lagi oleh Allah SWT bahawa  setiap kesulitan itu pasti bersamanya ialah kemudahan. Mengapa? Ianya ialah supaya kita terus berusaha agar setiap kesusahan itu pasti terungkai jika kita sabar, tekun, focus, tidak tersasar dari matlamat, InshaAllah kejayaan bakal menanti kita dihadapan, jika tidak didunia ini mungkin dialam kekal iaitu kampung akhirat.

Terlintas difikiran sebuah peristiwa yang pernah diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang bertemu sahabat Nabi s.a.w yang masyhur iaitu Abu Darda’ ketika itu dia sedang menanam pohon. Kemudian lelaki itu bertanya kepada Abu Darda’: Hai Abu Darda’! Mengapa engkau tanam pohon ini, padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan berbuah kecuali sekian tahun lamanya. Maka Abu Darda’ menjawab: Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?

Inilah gambaran seorang yang sanggup jerih perih bagi dirinya walaupun kemanisan atas sikap kepayahan hidupnya itu dinikmati oleh orang lain, sedangkan ganjaran pahala lebih besar yang akan menanti beliau kelak.

Dimanakah aku?

Aku juga inginkan hidup seperti manusia lain diluar sana yang kehidupannya senang, tidak perlu berjauhan bersama isteri dan anak, memerah otak demi segulung ijazah kedoktoran, aku mampu untuk biar kehidupan aku terus berjalan begitu saja tanpa aku fikirkan pentingnya ilmu ini. Namun apakah natijah dipengakhiran perjalanan hidup aku sebagai hamba Allah dibumi yang luas ini? Puaskah hidup ini dengan hanya bermewah-mewah, atau cukuplah dengan apa yang ada, kata-kata seperti, bukan boleh dibawa ke kubur…dunia ni sementara bahkan penjara bagi orang yang islam!!!..agak sinis lagi jumud ayat2 ini, dunia diibaratkan sebagai penjara bagi orang yang beriman ialah dunia harus ditadbir dengan peraturan (rule of life), tanpa peraturan, hilanglah disiplin, hilanglah keindahan alam, hilanglah peluang hidup yang diberikan olehNya. Ya, tidak ada yang akan dibawa ke kubur, melainkan apa sahaja yang diusahakan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Najm:39. Jadi haruskah dengan hidup bermewah, tanpa jerit perih dan susah dlm kehidupan, termasuk kesusahan ibadah, muamalah dan sebagainya kita membawa bekalan yang sedemikian pulang kekampung abadi?

Arah Tuju

Kemana pun kita, sehebat mana pun kita, setinggi mana pun jawatan kita, kita pasti menuju kearah hala yang satu iaitu kampung akhirat. Disinilah kita untuk selamanya, disana tidak ada lagi kampung, bandar, setinggan, bahkan kita tidak mempunyai opsyen lain melainkan syurga ataupun neraka sebagai tempat yang bakal dihuni. Inilah kesempatan ruang dan peluang untuk kita terus menerus bersusah payah, mempertingkatkan setiap amalan, menjadi seorang yang hebat jika anda berasa diri ialah orang yang hebat, ayah yang hebat, anak yang hebat, pemimpin yang hebat, suami yang hebat,  hamba Allah yang hebat teruskanlah perjuangan hidup dengan menjadi seorang yang hebat kerana umat islam itu sangat hebat dari luar dan dalamnya. Ini telah terbukti separuh dunia dibawah pemerintahan islam pada 1400tahun yang lalu. Jadi,  mampukah kegemilangan 1400tahun yang lalu itu kembali?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s