Nasihat itu adakalanya memedihkan.

Posted on

Kehidupan ini penuh dengan  pelbagai onak dan ranjau serta laluannya itu amat berliku. Amat malanglah bagi mereka yang merasakan mereka telah “besar” dan tidak memerlukan nasihat mahupun teguran. Ya aku akui adakalanya mendengar nasihat itu lalu berbeza pendapat dan tidak sehaluan adakalanya amat memedihkan hati bahkan mampu mengundang “kemarau” yang berpanjangan. Sedangkan nasihat itu sesuatu yang dituntut oleh agama dengan kata-kata addin nunasihah (agama itu menasihat). Nasihat itu tidak hanya berada pada ruang likup yang amat kecil bahkan ianya terbuka luas dalam apa juga perkara dan bidang seperti pelajaran, akademik, ilmu agama mahupun yang lain-lain.

Nasihat yang baik harus diterima pakai dan dilihat dari kaca mata yang positif. Jika ianya nasihat yang tidak baik, harus diteliti dan dianalisa kebaikan serta implikasi nasihat itu keatas individu. Kita diberi akal sebelum bertindak, akal juga berperanan untuk menganalisa, menilai serta melihat keberkesanan nasihat keatas individu. Nasihat yang baik itu lahir dari hati yang baik, dengan niat yang baik bukan untuk dijadikan penghalang untuk sesuatu agenda itu terhalang mahupun terencat. Jika ianya hanyalah satu nasihat yang boleh menjadi penghalang tercapainya sesuatu impian, berpandanglah nasihat itu sebagai satu kata-kata perangsang untuk mengorak kepada permulaan langkah. Tidak ada yang bisa menghalang kemahuan diri dengan hanya nasihat yang bermodalkan air liur semata-mata.

Nasihat itu mengajar kita untuk berfikiran lebih jauh, lebih matang serta lebih dewasa, jangan hanya kerana berbeza pendapat dalam menerima nasihat ketajaman akal kita menjadi pendek lagi jumud. Nasihat beerti ada orang yang menyayangi kita, sebagaimana Allah juga memberi kita pelbagai nasihat seperti diberinya kita sakit sebagai kifarah untuk kita berfikir dan diampunkan dosa kita, lebih jelas ialah nasihat yang besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita iaitu AlQuran sebagai pedoman hidup serta penyuluh jalan kepada jalan yang terang didunia ini sebelum menuju ke akhirat.

Aku tidak pernah menyuruh untuk mendengar nasihatku, aku juga tidak pernah setiap nasihat ku itu harus dipatuhi, engkau mempunyai kehebatan, engkau mempunyai akal dan fikiran serta semangat yang kental untuk meneruskan perjuangan hidupmu, anggap sahajalah nasihat ku itu hanyalah sebagai pembual bicara, pembakar semangat dan juga diibaratkan sebagai turning point (titik pusingan) yang terbaik. Fikiran mu harus matang, jangan sombong dan ego kelak rebah jatuh tersandung, muka tersembam menyembah bumi!!!

Berbeza pendapat itu meluaskan fikrah ilmu.

Berbeza pendapat itu meluaskan fikrah ilmu, berbeza dalam setiap pandangan itu juga mentajdidkan minda. Pandanglah setiap nasihat yang diberi itu dengan pandangan yang sangat positif, simpan sifat membuak panas jika ada tersemat mahupun tidak sebulu dengan nasihat yang diberikan. Itu bukanlah kematangan dalam berfikiran kerana Islam itu sentiasa terletak diatas hujah dan dalil, jika tidak mempunyai persamaan, itu menunjukkan keluasan kita dalam menzahirkan fikrah ilmu itu sendiri.

Tidak aku nafikan, nasihat itu adakalanya tidak boleh diterima pakai oleh mereka-mereka yang “ketegaq” , sombong, “A ah” dan sebagainya. Ini bukanlah kerana mereka ini kurang cerdik, namun masih mentah, paksi  garisan itu ialah garisan learning curve (lengkuk pembelajaran), oleh yang demikian bertanyalah, tidak salah bertanya dan mendengar nasihat, tidaklah lemah iman seseorang itu jika dia banyak bertanya dan banyak mendengar. Berbicara itu ibarat perak, diam dan mendengar  itu seumpama emas. Ayuh, perkemaskan diri kamu, jadikan hari ini lebih baik dari yang semalam, kamu ialah orang biasa, akan belajar perkara-perkara yang hanya biasa, diajar oleh mereka-mereka yang hanya biasa-biasa, namun usaha kamu kearah merealisasikan impian dan cita-cita serta minat kamu itu haruslah dengan cara yang amat luar biasa. Permulaanya ialah dengan hanya mendengar nasihat yang hanya bermodalkan sedikit pengalaman serta air liur, namun isinya tidak dapat ditukar ganti mahupun dengan sebungkus wang emas.

Tinta,

Abu Husna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s