Islam itu Syumul lagi Indah

Posted on Updated on

Kenyataan ataupun perkataan berkaitan dengan dunia seringkali kedengaran oleh mereka-mereka yang terlalu ekstrimis mahupun taksub dalam beragama. Antaranya ialah dunia ibarat penjara, dunia hanyalah tipu daya, dunia seperti racun dan sebagainya dilaung-laungkan oleh golongan-golongan yang menolak dunia. Lebih ketaksuban akan menjadikan dunia bagi dirinya terlalu sempit sehinggakan tidak mahu bergaul ataupun bersosial seperti tidak menghadiri upacara kenduri kahwin, tidak memakan daging, tidak memakan makanan yang dibeli oleh orang yang bekerja makan gaji walaupun ayahnya sendiri. Mungkin ada yang tersirat mahupun tersurat dalam cara mereka menilai dunia dari kaca mata agama yang mereka faham.

Ada yang menjadikan agama itu terlalu sempit lagi menyusahkan apabila agama diamalkan dengan cara yang amat kritikal seperti perlu juga diadakan upacara tahlil walaupun tidak berkemampuan, batal wudhuk apabila bersentuhan dengan isteri tetapi tidak batal wudhuk bila pergi umrah mahupun haji (lainkah isteri kita ketika ini?). Ini jika dibaca dan dilihat sahih aku dikatakan wahabi. Ini fakta!!!..Namun apabila ditanya apa itu wahabi?, mereka tidak tahu menjawab, atau jawapan mereka hanyalah wahabi ialah wahabilah!!! Apa dia wahabi? Jawapan wahabilah!!!…

– Islam itu indah –

Aku suka untuk menyentuh beberapa perkara berkaitan golongan-golongan ini yang menjadikan agama itu kelihatan seperti sangat primitif, Nabi SAW sendiri pernah bersabda: “cukuplah sekadar mengambil dunia ibarat seorang pengembara”.

Kata –kata mahsyur Ali b.Abi Talib r.a juga pernah berkata “Ambillah dunia namun jangan disimpan didalam hati”.

Sebuah Periwayatan.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika Salman Al Farisi pernah menziarahi Abu Darda’, yang dipersaudarakan oleh Nabi dengannya ketika sampai di Madinah. Beliau dapati isteri Abu Darda’ berada dalam keadaan tidak terurus lalu beliau pun bertanya:“Mengapa dengan engkau ini?” “Saudaramu tidak lagi menghiraukan dunia ini,” jawabnya. Bila Abu Darda’ datang, dia menyambut kedatangan Salman dan menjamunya makanan. Salman menyuruhnya makan tetapi Abu Darda’ berkata: “Aku sedang berpuasa.” Jawab Salman: “Aku bersumpah tidak akan makan kecuali engkau juga memakannya.”

Salman juga bermalam di rumah Abu Darda’. Pada waktu malam, Abu Darda’ bangun tetapi Salman memegangnya lalu berkata:“Hai Abu Darda’! Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu. Keluargamu mempunyai hak ke atasmu dan dirimu juga mempunyai hak ke atasmu. Maka berikanlah hak kepada masing-masingnya.” Pada waktu subuh, mereka solat berjamaah. Kemudian, mereka keluar menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kisah yang telah berlaku. Rasulullah SAW menyokong perbuatan Salman itu. Sebagai seorang yang terpelajar, Salman terkenal kerana ilmunya yang luas dan hikmah kebijaksanaannya. Ali berkata mengenainya bahawa beliau seperti Luqman Al-Hakim. Kaab Al-Akhbar berkata: “Salman dipenuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan – seperti lautan yang tidak pernah kering airnya.”

Sifat ingin menjadi Sufi.

Sifat seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang menjadi seperti “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai dipengaruhi oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga ialah seperti Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak serta wasatiyah dalam beribadah serta memberikan yang hak keatas empunya hak.

Seorang sufi juga bukanlah orang yang mematikan nafsunya lagaknya seperti seorang sami Buddha tetapi mampu untuk mengawal nafsu itu seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan nafsu serakah Zulaikha. Sebagaimana rasa sakit juga sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkiti penyakit. Namun, apabila ditanya mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk panjatkan doa kepada  Allah kerana aku diuji dengan kesakitan ini selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.” Subahnallah.

Inilah antara contoh bagi kita jika mahu mengikuti jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Sesetengah orang, menjadikan sufi jauh bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih. Adakah ini juga dikatakan zuhud?

– Gambar Hiasan –

Dunia Globalisasi lagi moden hari ini, kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk kemajuan orang Islam dengan menggunakan segala jentera-jentera moden seperti komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan serta membangunkan dunia dan syiar Islam. Bukan lagi, berfikiran tidak mahu kemajlis kenduri, tidak mkan daging dan sebagainya. Islam menggalakkan penganutnya supaya berkembang selaras perkembangan teknologi sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dlm surah al anfal ayat ke 60.

Maka yang demikian, ayuh!!, bersama membangun bersama islam yang syumul lagi tulen kerana Islam berpaksikan hujah dan fakta, bukannya dengan terjah dan auta, jika ini, kita hanya mungkin akan menjadi umat islam yang hanya tahu an en un, ban bin bun, kita mengaji tapi kita tidak mengkaji, kita qhatam tapi kita tidak faham. Tepuk dada muhasabah diri sendiri. Pepatah barat mengatakan “kita adalah apa yang kita fikirkan”, pepatah cina, “diri kamu ialah apa yang kamu baca” dan pepatah melayu “tanpa buku pun kita masih boleh untuk lulus peperiksaan”. Fikir sejenak lebih baik dari beribadah 1000 tahun.Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s