Kesepaduan dalam Kepelbagaian

Posted on Updated on

Tanggal 22 June 2012 yang lalu, UniMAP telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk kesepaduan dalam kepelbagaian yang disyarhakan oleh Prof.Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Dalam seminar ini apa yang disyarahkan oleh Prof Ulung itu ternyata ianya ikhlas lagi tuntas. Intipatinya tidak “bias” ataupun cenderong kearah kerajaan mahupun pembangkang. Inilah sebenarnya yang dikatakan “orang akademik” melihat ilmu itu dari perspektif yang sangat rasional berbanding emosional. Ya, aku suka untuk memperkatakan intipati syarahan tersebut dari interprestasi aku yang tersendiri. Istilah “unity in diversity” ataupun perpaduan dalam kepelbagaian telah lama diperdengarkan oleh setiap pemimpin yang lahir untuk mentadbir Negara ini. Ianya bermula sejak dari zaman tunku Abdul Rahman Al Haj lagi sehinggalah ke zaman sekarang iaitu zaman Ds Najib Razak. Antara ungkapan yang pernah digunakan ialah “Bersatu teguh bercerai kita roboh”, Wawasan 2020: Kearah pembinaan bangsa Malaysia” dan yang terkini ialah 1Malaysia.

– Profesor Ulung Dato’ Dr.Shamsul Amri Baharuddin –

Apakah tujuan dan matlamat utama setiap pemimpin yang datang dan pergi dengan setiap slogan masing-masing?. Boleh dikatakan kesemuanya menjurus kearah satu iaitu untuk mewujudkan perpaduan ataupun kearah bangsa Malaysia yang satu. Ini pernah diwawarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad yang mewujudkan ataupun merekacipta sebuah Negara bangsa Malaysia?. Diamanakah perpaduan itu? Jadi apakah yang kita kecapi disepanjang tempoh kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga sekarang? Sudah hamper 5 dekad lamanya. Inilah yang harus difikirkan kita.

Baik, jika sepanjang tempoh itu, apa yang kita perolehi hanyalah “kesepaduan sosial” ataupun dikenali sebagai (social cohesion) dari sudut imaginasi sosiologikal yang menjadikan tolak ansur dan persetujuan antara kelompok etnik yang bebas untuk menyuarakan setiap pendapat, kepentingan masing-masing. Ini dapat dinyatakan bahawa Malaysia hanya dibentuk oleh acuan kesepaduan dalam kepelbagaian dengan matlamat utama ialah perpaduan nasional. Mengikut  Global Peace Index 2012, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke 20 daripada 150 negara didunia. Ini menunjukkan kesepaduan itu wujud atas dasar tolak ansur pelbagai etnik di Malaysia ini. Contohnya, dari segi pemakanan, kita berkongsi pelbagai makanan, antara kaum seperti maruku (india), kuih bulan (cina) dan nasi lemak (melayu) dan pelbagai lagi. Dari segi budaya kita bertolak ansur sehinggalah wujudnya kongsi raya ataupun deparaya. Ini ialah fakta!!.

Sehubungan dengan ketolakansuran inilah maka Malaysia dijadikan contoh oleh seluruh Negara-negara yang mundur mahupun Negara membangun dunia. Presiden Barack Obama juga pernah memuji Malaysia dengan mengatakan “”Anda harus bangga terhadap Malaysia karena Malaysia adalah negara moden, negara Muslim yang progresif, dan mampu mengatur masyarakat yang memiliki latar belakang yang multietnik dan terdiri dari pelbagai agama.”

Oleh yang demikian, biarpun belum mencapai perpaduan tulen dengan nilai-nilai tolakansur yang telah dipamerkan oleh seluruh warga etnik diMalaysia, maka Negara mampu untuk mencapai status Negara maju dan juga mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran terhadap kesepaduan, keamanan dan kestabilan Negara. Maka pendekatan untuk menjadikan sebuah Negara Malaysia yang aman dengan pelbagai kaum melalui cirri-ciri bertolak ansur inilah tidak mustahil dan intrusif bagi kita membina mampan daya ketahan masyarakat kita. Akhir kata, sematlah kesepaduan dan juga perpaduan untuk semua.

Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s