Aduhai anakku! mereka lupa hormat padamu

Posted on

Alhamdulillah itulah ucapan yang paling terbaik nikmat yang telah Allah berikan kepada kita sehari-hari sehinggalah kehari ini. Alhamdulillah, kita masih bertemu dengan 10 malam penghujung ramadhan untuk sama-sama lagi merebut peluang yang telah Allah janjikan iaitu mencapai status takwa. Artikel ini sepatutnya aku tulis lebih awal dahulu namun kerana kekangan masa serta waktu kerja yang tidak menentu maka artikel ini kutangguhkan dahulu. Antara intipati yang ingin aku coretkan disini ialah dalam kita beribadah mencari status takwa yang dijanjikan oleh Allah didalam bulan ramadhan ini, haruslah juga kita berhati –hati serta menghormati orang lain yang ingin turut sama beribadah didalm bulan mulia ini. Allah SWT itu amat Pemurah lagi Maha Mengetahui hati serta amalan yang kita lakukan tanpa perlu secara ekstrimis, serta menonjol dikhalayak ramai. Bukan hanya orang dewasa, bahkan kanak-kanak juga perlu difahamkan akan ibadah yang sedang kita jalani itu, iaitu berpuasa. Selain mereka perlu lebih faham untuk bersolat. Bahkan ada ibu bapa yang memberi ganjaran jika anak-anak mereka berpuasa separuh hari, sepenuh hari mahupun cukup sebulan, namun kita juga harus memberi ganjaran jika anak kita mula bersolat, secara sekali, dua kali mahupun lima kali sehari semalam. Inilah juga yang dilakukan oleh Allah SWT kepada hambaNya. Jika ini berlaku maka anak-anak kita akan faham berpuasa dapat ganjaran, solat tidak dapat ganjaran, jadi mengapa perlu bersolat?…

Aku tidak mahu perincikan lagi hal demikian, apa yang ingin kusampaikan disini ialah, hal solat kanak-kanak kecil dimasjid yang mana orang-orang lama ini lebih gemar menyuruh kanak-kanak ini bersolat dibahagian belakang dengan saf khas untuk sesama mereka bersolat, mungkinkah mereka tidak bermain dan membuat bising? Mustahil..perlu kita fikir apa tujuan kanak-kanak kecil ini kemasjid? Jika bersama bapa mungkin tujuannya untuk mengikut, bersama kawan-kawan tujuannya untuk bermain dan mereka hadir hanya untuk bermain. Ini normal. Logic akal. Orang-orang lama inilah yang perlu memikirkan jalan penyelesaiannya.

Jika kita bersolat disebelah kanak-kanak ini dikhuatiri pula solat kita batal, dek kerana mereka belum berkhatan. Isi dibawah kulit, yang kita jadikan alasan untuk membatalkan solat kita?..masyaAllah.

Fikir berapa banyak najis dalam perut kita dibawah kulit? Batalkah solat itu? Fikrlah dengan waras oleh akalmu itu…

Cuba kita lihat apa yang berlaku didalam kebanyakkan rancangan hiburan tv yang melibatkan kanak-kanak kecil seperti macam-macam aznil, tomtom bak dan sebagainya, kesemua rancangan ini menghargai dan meletakkan kanak-kanak dihadapan ini tentu sekalinya akan lebih menyebabkan mereka berasa dihargai, dihormati dan juga disayangi.

 

Tidak ada salahnya jika kita bersolat disebelah mereka, jika tujuannya untuk memberikan mereka didikan supaya mereka lebih menyintai solat daripada mereka dipaksa ataupun setiap waktu mereka dilayan tanpa ada rasa hormat kepada mereka. Tegurlah mereka dengan cara yang paling hikmah jika ada kesilapan dalam mengganggu orang lain untuk beribadah.

Fikirlah kita sudah diajar untuk mendidik anak dengan solat sewaktu mereka berusia tujuh tahun lagi, maka teguran dan didikan yang baik pada hari ini akan mengakibatkan ramai anak muda mengimarahkan masjid dan surau pada masa hadapan. InshaAllah. Fikirlah kita harus kembali kepada Islam yang authentic (asli) daripada mengikut telunjuk serta pemikiran yang primitif serta menzahirkan tindakan kita yang semberono.

Akhir kata, harapan yang menggunung diletakkan kepada pengurusan masjid suapaya melihat hal ini secara tuntas dan mengambil langkah yang terbaik. Janganlah dibeza-bezakan antara saf orang tua mahupun kanak-kanak kecil ini,  jika ini berlaku jurang perbezaan itu ketara dan mula menjauhkan kanak-kanak ini dari masjid. Kita riuh berbicara, berpolitik mengharapkan saf kepimpinan muda dimasjid, tetapi tindakan kita dianalogikan sebagai akar sudah dincantas masakan pokok mahu terus hidup!!!..

Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:

“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).

Kata Anas bin Malik :

“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).

Buang yang keroh ambil Al-Quran dan sunnah dalam kehidupan agar syiar Islam akan terus terpancar. Wallahualam

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s