Getir isteri yang diuji.

Posted on Updated on

Perihal ini ku coretkan sebagai warkah tinta buat seorang isteri yang getir hidupnya dalam menempuh kehidupan bersama suami yang sering berada nun jauh dimata. Seorang suami yang menongkah arus kehidupan, berkorbankan wang, harta dan masa hanya kerana ilmu yang natijahnya ialah kejayaan hidup didunia dan akhirat inshaAllah. Kisah isteri yang sentiasa sabar bukan hanya sehari dua malahan telah menempuh kehidupan sukar selama hampir 5tahun. Apa tidaknya kehidupan itu ialah mengatur perjalanan kehidupannya sendirian, mendidik anak, membelai, dan mengasuh walaupun keringat tenaganya sentiasa dikerah oleh tugasnya saban hari.

Adakalanya persepsi masyarakat kita yang primitif menzahirkan tanggapan bahawa apa yang berlaku ianya sebagai satu malapetaka kerana kehidupan sekarang hanya lebih kearah mementingkan biologi dan fisiologi semata-mata, iaitu kehidupan yang mewah, rumah, kereta, bersosial, kerja, keperluan asas yang secukupnya maka itulah kayu pengukur bagi sebuah keluarga bahagia. Benarkah begitu? Jika inilah kayu pengukurnya kemanakah hala tuju kita, dek kerana tujuan serta matlamat kita didunia ini belum jelas.

Inilah yang sering kuajarkan kepada isteri tercinta, agar kehidupan kita bukan hanya dibatasan kemewahan serta kesenangan biologi mahupun fisiologi semata-mata bahkan tujuan hidup dn matlamat akhirnya lebih luas daripada itu. Misi dan visi kita lebih jelas sayangku dengan  apa yang telah difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191 “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)

Disinilah Allah menyeru untuk kita berjauhan dalam mencari ilmu supaya kita fikir (jasmani) pada ayat “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”

Dan seterusnya ayat supaya kita berada didalam ujianNya untuk kita berzikir (rohani) “) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata)”. Wallahualam.

“Inilah hikmah besar buat kita sayangku. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk kita akrab dengan Allah. Kadangkala berjauhan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!” sesungguhnya aku seorang ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”

Itulah kunci kebahagian kita untuk segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Tabah itu tidak akan dicapai oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita dan pengorbanan. Terima kasih wahai isteriku ujian Allah keatasmu ialah ujian untuk mencintai Allah, dengan  mencintai Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suamimu turut mencintai Allah.”

Moga kasih dan sayang antara kita akan terus mekar subur, bersama ujian-ujian Allah terhadap kita, kerana disana pasti akan ada sinar yg pasti menyuluh kehidupan kita ibarat cahaya lilin yang menerangi seluruh kehidupan malam. Terakhir untukmu isteriku yang tercinta, Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji. Jangan dipinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”. Wallahualam.

Mohd Rashidi Che Beson

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s