Beberapa persoalan berkaitan isu ranting.

Posted on Updated on

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya kami memohon pertolongan dan ampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah berikan petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepadanya. Aku bersaksi  bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Maha Esa, Dia dan tidak ada sekutu bagi-Nya  dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

Pertama dan utama sekali dalam merongkai serta mendapatkan pandangan drpd Abu Husna yang kerdil ini ialah semata kerana Allah SWT dalam menjawab setiap persoalan yang timbul, sebagaimana kata-kata mahsyur al imam as-syafie tidak aku berhujah atas lidah melainkan untuk mencari kebenaran. Secara ringkas setiap persoalan itu Abu Husna  cuba memberi jawapan dengan pandangan ilmu yang sangat luas. InshaAllah

1) Menolak mazhab yang 4(hanafi,syafie,maliki,hanbali)

Pertama kita perlu memahami apakah ertinya mazhab itu? Mazhab berasal dr kalimah arab ‘zahaba’=pergi manakala mazhab=jalan, dlm bidang fikah bermaksud “jalan pemikiran ulama tertentu”.Kalimah ini mula menjadi ikutan dan ianya tidak pernah terdapat pada era zaman nabi SAW mahupun khulafa ar rasyidin ianya bermula pada era Bani umaiyah. Jika disebutkan mazhab2 ini bukan hanya 4 shj bahkan mazhab ini terdiri drpd awzaaee (al awzaaee), zaidi (zaid bin ali), Laithee (Al Laith bin Saad), Thawri (sufian al thawri) dan juga Zahiri (daud b. Ali  Az-Zahiri). Akhirnya hanya 4 sj yg popular. Apakah tujuan mazhab ini, dalam kitab hasan al bana usul20 katanya setiap muslim yg x mampu utk meneliti dalil2 hukum boleh mengikut mn2 mazhab. Sekiranya dia dpt berusaha lg bg mengetahui dalil2nya, ia adalah lebih elok. Wallahualam.

2) Selalu bertanya ‘di mana allah’

Persoalan ini dijawab beberapa pandangan drpd AlQuran dan hadis antaranya ialah “Sebaik-baik manusia yang di kurunku, kemudian yang sesudahnya (Tabi’in),

kemudian yang sesudah mereka (tabi’ut at-tabi’in)”.( H/R Bukhari.) ayat alquran Al-Mujadalah, 58:7

3) Mendakwa allah di atas langit

Jika mentafsirkan ayat2 mutasyabihat ini secara umumnya islam menganjurkan 2 kaedah iaitu yg pertama ialah salaf yg mengambil pendekatan tidak mentakwilkan ayat utk mentanzilkan Allah. Makna dalam setiap ayat2 itu diserahkan keseleluruhanya pada Allah SWT. Jika Allah mempunyai wajah, maka yg selayaknya wajah Allah, jika Allah mempunyai tangan maka selayaknya tangan utk Allah, disini tidak akan sama bahu jalan dan juga bahu manusia, xkan sama muka tembok dan muka manusia…keduanya apabila dunia islam hari ini menterjemah falsafah yunan, golongan mujasimah mentakzimkan dengan mentanzilkan Allah utk membersihkan Allah. Antara cthnya ialah tangan sebagai qudrah iaitu kuasa, dimana dalam tanganku ada kuasa.. Ada pula golongan spt syairah yg disifatkan oleh ibnu taimiyah dan al imam az zahibi sbg golongan yg dekat pd sunnah yg mentakwilkan ayat2 ini disebabkan krisis falsafah pd waktu itu. Namun tidak kurang juga imam2 yang besar dan muktabar spt al imam ibnu hajar as qalani, al imam an nawawi dan juga al imam baihaqi yg mentakwilkan ayat2 ini dengan tujuan bila ada keperluan utk ditakwilkan.wallahualam.

4) Menolak 2 mazhab akidah asyari dan maturidi

Ini bukan beerti menolak hanya perlukan keluasan ilmu dan pendekatan hati yg menerima perbezaan iaitu sekiranya Abu hasan al asyaari dan abu Mansur al maturidi adalah pengasas iktikad ahli sunnah wal jamaah bgmana pula kedudkan iktikad umat islam sblm kedatangan kedua-dua imam ini terutamanya sahabat2 nabi SAW hal ini disebabkan oleh imam ini hanya muncul dan dilahirkan pada abad ke-hijrah. Kedua-dua imam ini juga mengetengahkan perkara yg bersangkutan dgn sunnah2 yang keluar dr kelompok muktazilah sehingga abu Hassan al asyaari berumur 40thn mengisytiharkan keluar dr muktazilah. Beliau ialah murid kpd Abu Ali al Jubai seorg tokoh muktazilah pd waktu itu. Slps yg demikian beliau berperanan membetulkan iktikad masyarakat dr pengaruh yg sesat spt muktazilah sendiri yg mengatakan tuhan tidak mpunyai sifat, dn alquran ialah makhluk. Qadariah pula mnegatkan pbuatan manusia dicipta oleh manusia sendiri tidak ada sangkut paut dgn tuhan sehinggakan tuhan tidak tahu apa yg akan dilakukan oleh manusia. Jabariayah semuanya terjd kehendak tuhan, manusia tidak ada iktiar, usaha dan juga tidak mempunyai kuasa. Mujasimah menyerupakan tuhan dgn makhluk.

Sama juga dengan AbuMansur al Maturidi sm pegangannya dengan Abu Hasan al asyaari. Al Imam al Ghazali pernah berkata apabila disebut golongan ahli sunnah wal jamaah maksudnya ialah org2 yg mengikut landasan kefahaman yg dibw al asyaari dan Abu Mansur al matured. Hal ini dinyatakan oleh az zabidi dlm ittihaf as-sadah al muttaqin bi syarhi ihya ulumuddin.

5) Mengharamkan tasawuf

Wallahualam, Sifat seorang tasawuf bukanlah orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang menjadi seperti “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai dipengaruhi oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang tasawuf juga ialah seperti Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak serta wasatiyah dalam beribadah serta memberikan yang hak keatas empunya hak.

Seorang tasawuf  juga bukanlah orang yang mematikan nafsunya lagaknya seperti seorang sami Buddha tetapi mampu untuk mengawal nafsu itu seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan nafsu serakah Zulaikha. Sebagaimana rasa sakit juga sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkiti penyakit. Namun, apabila ditanya mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk panjatkan doa kepada  Allah kerana aku diuji dengan kesakitan ini selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.” Subahnallah.

Inilah antara contoh bagi kita jika mahu mengikuti jalan-jalan sifat tasawuf. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup tasawuf sebagai hidup yang hina.  Sesetengah orang, menjadikan tasawuf jauh bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut ilmu tasawuf orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih. Adakah ini juga dikatakan zuhud?

Dunia Globalisasi lagi moden hari ini, kita memerlukan jiwa tasawuf yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk kemajuan orang Islam dengan menggunakan segala jentera-jentera moden seperti komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan serta membangunkan dunia dan syiar Islam. Bukan lagi, berfikiran tidak mahu kemajlis kenduri, tidak mkan daging dan sebagainya. Islam menggalakkan penganutnya supaya berkembang selaras perkembangan teknologi sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dlm surah al anfal ayat ke 60.

6) Haramkan tareqat yang sahih

Wallahualam, adakaha tareqat yg berzikir sehingga menjadikan tok2 guru mereka lebih hebat drpd Nabi SAW? Sehingga berzikir yg xketahuan punca (ada bukti dn video).

7) Solat mereka sama bagi lelaki dan perempuan.

Tiada perbezaan antara solat seorang lelaki dan seorang wanita. Kerana keumuman hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam“Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku solat”. [H/R Bukhari dan Muslim, dan Ahmad.]

8) Ketika qiam solat,letak tangan tinggi di atas dada(dekat dengan leher)

“Beliau meletakkan tangan kanannya pada punggung telapak

kirinya, pergelangan atau lengan kirinya”. [H/R Abu Daud. Nasa’i. Ibnu Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.]

“Kadang kala beliau mengenggamkan jari-jari tangan

kanannya pada lengan kirinya”. [H/R Nasa’i dan Daruqutni dengan sanad sahih]

“Beliau meletakkan kedua tangannya di dada”. [H/R Bukhari, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah. Ahmad dan Abu Syeikh. Tirmizi menghasankan satu hadis ini.]

9) Suka campur adukkan mazhab.

Bagaimana pula kita yg pergi haji (bersentuhan antara lelaki dan wanita yg bukan muhrim), yang membayar zakat(kaedah wang ialah kaedah hanafi, syafie kaedah tolak beras)

10) Menuduh qunut dalam solat subuh sebagai bidaah.

Abu Malik al as jaei (saad b. tariq) Abdullah b. Abi auta (bapa) Pernah bersolat dib elakang Nabi SAW, abu bakar, Umar, Uthman dan Ali dikufah) drpd said b.Jubair :Qunut pada solat fajar (subuh) adalah bid’ah jika dikhususkan. Wallahualam.

11) Haramkan talqin mayat

Huraiannya panjang; Ringkasnya talqin ialah pada waktu jenazah sedang dikebumikan.wallahualam.
12) Haramkan tahlil dan kenduri arwah

Bhwasanya mnyediakan mkn kpd org ramai oleh k’lrga simati merupakan p;kara yg dibenci dn bid’ah malah ianya amalan jahiliyah yg keji dn bcanggah dgn sunnah Nabi SAW – al imam as syafie (al umm jilid 1 ms 317-318), al imam an nawawi ( al majmu Jilid 5 319-320), al imam al ghazali (al wafiz fifiqhi al imam as syafie jilid 1 ms 79). Wallahualam.

13) Menuduh sesat baca yasin malam jumaat

Bukan sesat boleh buat, juga boleh bc surah kahfi. Ini disebut oleh baginda Nabi s.a.w: :

“Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa” (Riwayat Muslim). wallahualam.

13) Haramkan sambutan maulid nabi

Nabi SAW sendiri juga xpernah sambut kelahiran nabi SAW, juga bandingkan sambutan kita dgn sambutan abu jahal yg menyembelih 100 ekor unta sewaktu Nabi SAW lahir..kita?

14) Sapu air di atas stokin kain ketika wudhu'(bagi mereka kalau pakai stokin,tak perlu buka dan basuh kaki,tapi cukup dengan sapu air atas stokin)

Wallahualam, sm spt khuf.
15) Mendakwa allah ada tangan,kaki,betis,muka bahkan wajibkan umat percaya allah ada semua itu.

Yg selayaknya untuk Allah, telah dinyatakan diatas pd soalan ke 3.

16) Mengharamkan/membidaahkan ziarah kubur

Boleh ziarah kubur dgn niat tidak mengundang kesedihan spt sambutan pada hari raya edilfitri dn eidul adha, krn pd hari raya semua umat islam seronok atas kemenangan bkn dgn kesedihan. Lihat bgmana warga Indonesia menyambut sambutan hari raya eidulfitri baru-baru ini 19/8/2012, dgn takbir yg bersemnagat dn b’gembira,  Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha: bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pernah ada larangan oleh Nabi SAW drpd menziarahi kubur krn berlakunya peristiwa khurafat dn sbgnya setelah umat islam dibentuk aqidahnya, maka Nabi SAW mengizinkan semula untuk menziarahi kubur.wallahualam.
16) Bertaqlid buta kepada tokoh mereka seperti ibn taimiyyah,albani,muhammad abd wahab,bin baz dan ramai lagi.

Telah dijawab pd soalan nombor 1
17) Haramkan ikut satu mazhab.

Islam mengajar umatnya supaya fleksibel, iaitu tidak hanya pd satu mazhab yg perlu diikuti, bahakan perbezaan mazhab itu ialah menunjukkan keluasan dlm berfikir serta tidak menjadikan fikiran kita terlalu primitive. Perbezaan pendapat dikalangan umat islam hanya berkisar pd persoalan berkaitan furuq (ranting), ianya tidak melibatkan soal2 dasar yang berlaku pada agama-agama lain spt kristian contohnya Krisitan roman katolik berpegang pd bible yg mpnyai 66 bab dgn 7 bab tambahan sdgkan bible kritian protestan mpnyai 66 bab shj. Bukti rujuk www.christian-history.org. Dalam bab ketuhanan gereja tbahagi kpd 2 iaitu Unitarianism yg menegaskan Nabi Isa bukan anak tuhan dan Triniarianism yg mempercayai konsep tritunggal. Bukti rujuk en.wikipedia.org/wiki/Unitarianism.
18) Menuduh bidaah orang yang zikir lepas solat

Bhwasanya hendaklah imam dan makmum memperlahankan zikir slps solat kecuali bg imam yg mahu mengajar kalimah-kalimah zikir. Tetapi setelah org ramai mempelajarinya, hendaklah dia(imam) memeprlahankan zikirnya dan doanya. Adapun zikir dgn  berjemaah dgn suara yg kuat tanpa sebarang tujuan adalah dan dibenci (makruh). Sumber: al imam as-syafie (al umm bab kalam al imam wa julusihi ba’d al salam), al hafiz ibnu kathir (surah al araf :55), al imam an nawawi ( majmu jilid 3 ms 469), imam al haitami (tuhfatul muhtaj jijlid 1 ms 216), imam al ramly ( nihayatul muhtaj jilid 1 ms 551). Wallahualam

Namun apa yg dijawab disini hanyalah cebisan drpd cebisan ilmu yang sangat cetek utk dikongsi bersama, apa yang perlu diketahui ialah tidak akan sama ahli sunnah dengan syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat nabi SAW, yang mengatakan aishah ummul mukminin sebagai perempuan zina, yang telah membunuh, yang telah memporak perandakan seluruh dunia islam , ianya tidak akan sama dengan ahli sunnah, ahli sunnah itu walaupun berbeza mereka sentiasa kasih dan sayang antara satu sama lain apatah kita yang sering bertelagah hari ini, akidah kita sama, Allah yang sama, Rasul yang sama, Al Quran yang sama, apakah perselisihan itu memecah belahkan kita tentunya tidak sesekali, ini ialah keluasan dalam berfikir, mengeluarkan kita dari tamadun yang lama kepada perubahan yang lebih luas membatasi setiap ruang dan masa. Tidak perlu untuk kita mencari kudis disebelah sana sedangkan kurap dihadapan mata masih belum diubati. Berbeza itu tidak berdosa, bahkan mengkafirkan dan menyesatkan itu, amatlah berbahaya mari kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:

Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).

Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s