Bicara kotaraya bandung.

Posted on Updated on

Kembara ilmu pada kali ini aku telah jauh terbang menjejakkan kaki dibumi masyarakatnya yang serumpun, berbudi bahasa, bertolak ansur lagi indah susunan setiap ayatnya berbicara, masakan tidak hati terus menjadi lunak. Itulah pertama kalinya kaki memijak bumi Bandung, Indonesia.

Aku tidak mungkin berbicara lebih terperinci kerana masa yang sangat terhad kerana tujuan yang terutamanya ialah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pada persidangan yang perlu aku hadiri di Hyatt Regency Hotel yang menjadi tempat persidangan serta tempat untukku menginap bersama keluarga. Ayah, Emak, Isteri dan anak juga turut bersama pada kali ini. Alhamdulillah.

 

Apa yang menarik dibandung?

Ramai orang tentu melihat dan beranggapan ianya ialah syurga membeli belah bagi yang mempunyai pengaruh wang, materialistic fisiologi dan juga biologi yang besar. Namun aku melihat kota bandung penuh dengan kesedihan, kekaguman, kehadapan melebihi kita serta inshaAllah ianya mungkin akan berlaku revolusi pada suatu hari nanti.

Apakah yang menyebabkan aku sedih?

Ianya adalah kerana kotaraya bandung tidak seperti kita diMalaysia, yang rakyat Malaysia masih bisa untuk menikmati peluang dan ruang untuk belajar dengan selesa, masih bisa untuk meneruskan pengajian walaupun “kantong” agak tidak keberatan dek kerana subsidi oleh pembayar cukai, yang diuruskan oleh wakil2 rakyat yang membentuk cabinet kerajaan mengurustadbir amanah tersebut. Pemuda-pemuda berpelisiran, bermain piano, guitar (ngemeng) menjadikan binatang seperti beruk untuk mendapatkan hanya kepingan-kepingan wang yang hanya bernilai beberapa ribuan rupiah.

Anak –anak kecil yang mengembeling bahunya dengan mengangkat batu lesung untuk dijual tanpa sepatu ataupun selipar hanya mencari sesuap nasi untuk mengalas perut. Suami isteri yang tidak mempunyai rumah, dengan anak kecil yang hanya dibaringkan bertilamkan batu bata merah yg digunakan sebagai pembuat bahu jalan dan kaki lima. Sehingga pemandu-pemandu pelancong yang membawa kami berjalan seakan-akan menyembah dengan merapatkan kedua tangannya sebagai tanda kesyukuran apabila “tips” yang diberikan melebihi hari kebiasaan.

Makannya juga berjauh-jauhan dari pelancong yang dibawa, aduh hatiku terus terguris wahai warga kota bandung. Ya, mungkin yang bertanya dimanakah bantuan kerajaan mereka? Itu hal dalaman jangan dilihat dari sudut itu jika dilihat Indonesia sedang dan lebih maju dari kita samada dari segi pemerintahan mahupun politik.

Apa pula yang dikagumi olehku?

Ianya kotaraya yang sangat sibuk, padat dan sesak diwaktu siangnya, tanpa signboard, serta garisan putih yang menandakan boleh memotong dan tidak sewaktu memandu, bunyi hon yang sangat bingit setiap kenderaan dan sebagainya.Namun, tidak ada satu pun kata-kata ayat maki hamun yang aku dengar, tidak ada satu isyarat ataupun “sign” lucah yang dibuat menggunakan tangan, tidak ada satu pun kemalangan yang berlaku walaupun pada ketika aku naik van dengan lajunya ada seorang cewek yang terus melintas tanpa pandang kiri dan kanan, namun tidak ada makian oleh pemandu van tersebut, bayangkan diMalaysia? Kah kah kah…manusia hilang pertimbangan, manusia hilang moral, manusia alim berubah menjadi syaitan, manusia sabar menjadi pemarah…wallahualam

(ini persepsi anda fikirlah sendiri!!!…)

Apa pula yang ingin aku katakan mereka kehadapan dari kita?

Ianya satu kemestian apabila berbicara soal real politk dalam kehidupan. Apa yang dikatakan real politik ini? Real politik ini selain dari penguasaan ekonomi dan kuasa ianya juga ialah ilmu. Berbicara soal ilmu kita menilai politik hari ini di Malaysia, sebagai politik yang kotor, jijik, jumud dan juga tidak berkembangnya idea. Walhal politk juga ialah mentarjihkan idea2 yang baharu untuk setiap rakyat. Bukan didombakan dengan nilai politik yang tidak amanah pemegang dan pengurus tadbir hasil pembayar cukai, isu mengaibkan samada kawan dan lawan, isu seks dan lain-lain. Ini politk yang tidak ketamadunan. Berbicara hal ini, aku suka untuk tampilkan seorang warga cina Indonesia yang tidak racist seperti dimalaysia yang rata-ratanya walaupun berbicara soal kebajikan semua kaum, tp kaum dia yang akan didahulukan. Kah kah kah..(ini persepsi anda fikirlah sendiri).

Jika tidak masakan setiap pemimpin yang datang dan pergi sering bertukar motto dan ungkapan seperti “Bersatu teguh bercerai kita roboh”, Wawasan 2020: Kearah pembinaan bangsa Malaysia” dan yang terkini ialah 1Malaysia.  Ini berlaku sejak dari zaman tunku Abdul Rahman Al Haj lagi sehinggalah ke zaman sekarang iaitu zaman Ds Najib Razak. Berbalik kepada warga cina Indonesia tadi namanya ialah Rudy Tan saudagar kaya kain sulam. Jikalau nk tahu dia juga supplier untuk pasar besar bandung, juga ke Malaysia. Bicaranya sopan, lagaknya sederhana, hormatnya pada kita, masyaallah tidak seperti malaun2 dimalaysia, yang tidak kenang budi.

Apa intipati yang dapat dibicara denganya ialah, dia mengatakan kepada saya bahawa politik di Malaysia sudah ketinggalan 10tahun dibelakang jika dibandingkan dengan Indonesia, bicaranya lagi kami serumpun (cina berbahasa sudan) tidak berbicara kantonis, hokkien, bla bla…hanya satu iaitu bahasa sudan, Indonesia, bicaranya lagi tidak pernah diindonesia walaupun satu simpang jalan dinamakan sempena nama Suharto katanya itulah dictator, muridnya ialah Lee Kuan Yew (Singapore), dimalaysia juga ada anak muridnya iaitu…kah kah kah…Bicaranya ikhlas tidak tuntas, katanya berbicara bersama aku pemikiranya lebih terbuka jika berbicara bersama orang-orang didalam parti….kah kah kah…

Hanya inilah bicaraku tentangmu bandung, walaupun entah kapan akan ku kujungi bumimu lagi. Maaf aku tidak berbicara soal persidangan, aku tidak berbicara keenakkan makannya, aku tidak berbicara aktiviti membeli belah, aku juga tidak berbicara soal tempat pelancongannya dan aku juga tidak berbicara waktu tiba, menaiki apa dan sebagainya.

Bicaraku hanya cetusan hatiku yang sering termenung memikirkan umat manusia dikota bandung ini rata-ratanya ialah muslim seperti kita dan aku. Moga kota bandung akan bertransformasi global, sebagaimana transformasinya pemimpin berjiwa rakyat, seperti Jokowi yang hanya insan biasa kerana usaha yang luar biasa, maka hari ini gabenor Jakarta yang baharu ialah beliau. Tahniah!!!..

Wassalam.

Tinta,

Mohd Rashidi Che Beson

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s