Pemerintah Nyatakan PendirianMu!!

Posted on

Penulisan aku pada kali ini, aku lebih perlu rasional, ya walaupun aku benar-benar beremosi tatkala Islam disentuh. Ya, aku bukanlah seorang yang berlatarbelakangkan pengajian agama yang hebat, namun menjadi kewajipan setiap muslim untuk menuntut ilmu agama (revealed knowledge) dan ilmu duniawi (acquired knowledge) semasa hayatnya kerana cabang ilmu ini akhirnya akan bertemu dan diakhirnya akan tersingkaplah juga tadbir-tadbir Allah SWT.

Aku tidak akan berbicara soal ilmu itu, kerana ilmu tuan2 lebih hebat dari saya, apa yang saya hendak peringatkan disini ialah, hati luluh, mengenangkan kita umat islam, yang menjadi xubah seperti buih-buih dilautan, ini tidaklah menjadi kehairanan kerana ianya telah pun disabdakan oleh baginda besar Nabi SAW berkaitan hadis penyakit wahan. Namun, sehingga kita menjadi selemah-lemahnya, selain sehina-hinanya kita. Aku tidak bertanya kepada yang lain, tapi apakah sumbangan aku? Memang aku insane kerdil, siapalah aku dan kemana nasib aku pada masa hadapan hanyalah dalam pengetahuan Allah SWT. Namun, dengan iman yang secebis ini, aku bingkas membenci dalam hati yang teramat sangat, oleh saudagar porno yang tidak entang sikit pun mempertikaikan serta menghina hukum2 Islam.

Aku bawakan rentetan ucapan2 saudagar porno tersebut:

 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar BN. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini Umno terpaksa menikus demi kepentingan survival politik mereka.

4 Disember 2011, selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Saudagar Porno menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan. Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.

Saudagar porno itu menulis dalam Twitter pada 1 Julai 2012 (sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor) bahawa:
“ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam.”

18 Oktober 2012 sekali lagi kenyataan saudagar porno mengatakan 1.2 juta rakyat akan kehilangan pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Aku betul-betul pelik dengan pemimpin yang ada, sanggup lagi pertahankan saudagar porno dengan bermacam alasan semata-mata survival politik yang sempit. Kita jangan jadi bodoh, alasan seperti kritikan terhadap dasar Negara, alasan seperti menakutkan golongan cina untuk tidak menghampiri orang cina dalam parti lawan ini semua menampakkan tingginya education kita tapi tinggi lagi kebodohan kita.

Aku harap kesemua kita mengembeling tenaga, memelihara agama suci Allah walaupun hingga ke nyawa yang terakhir. Parti politik pemerintah, jangan jadi bacul, jangan menikus, nyatakan pandangan anda secara tegas, mengikut risalah Allah SWT iaitu Al quran dan bicara Nabi SAW iaitu hadis, jika anda ingin terus memimpin seterusnya memperoleh ganjaran pahala serta redha Allah SWT kerana memilihara agamanya.

Kata-kataku ini tidak beerti aku menyebelahi pembangkang, kerana kita semua beraqidah yang satu, kiblat yang satu, serta hanya Allah tuhan yang kita sembah.

Hadis Nabi SAW:

Dari Abdullah bin Abbas r.a telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah di tetapkan takdir-takdir.

[HR Al-Tirmizi]

MrCB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s