Protokol Apakah Ini?

Posted on

Kehidupan ini penuh dengan tipu daya, bukan hanya penipuan itu berlegar dalam keadaan kita sedang melakukan kejahatan bahkan tipu daya itu turut berlegar bilamana kita berbuat kebaikan. Seringkali kebaikan itu juga disalah tafsirkan, bukan kerana apa tapi kerana takutkan manusia lebih takutkan Allah. Ya, takutkan manusia pula pelbagai, ada yang kaki ampu, kaki bodek, kaki gila nk buat kerja elok-elok dan pelbagai rupa dan cara, sehinggakan orang yang tidak berkaitan terjerumus dalam kancah dosa mereka-mereka ini. Benar, kita bukan maksum, kita banyak buat dosa, namun dosa yang disengajakan itu amat merbahaya untuk orang lain.

Takutkan manusia bukan kepalang, sebelum tiba waktu yang dijanjikan nah, 30 minit atau 1jam boleh punctual, terpacak menanti dengan rasa bangga dan megah. Di tunggu bagai kekasih yang lama ditunggu tidak mengapa, diapit bagaikan pengawal keselamatan yang dibayar upahnya, diiring bagaikan jalan itu berliku dan berduri walhal berkarpet merah lagi. Inilah manusia yang bertopeng, inilah manusia kaki ampu, kaki bodek, kaki domba dan sebagainya.

Itu belum lagi yang lebh tinggi, disembah bukan kepalang, ditegur orang yg tidak sembah ibarat dosanya setinggi alang bahkan meraka yang tinggi ini tidak pernah pula minta diperlakukan sedemikian hanyalah protocol yang menyusahkan dan merimaskan. Adakalanya protocol ini hanya lebih meraikan kroni dan sahabat taulan yang terkenal sahaja, yang sepatut dirai bersama hanya madu sepah dibuang. Ada pula kaki ampu ini bukannya ikhlas, dh kerjanya mengampu dari pagi petang sampai malam pun tidak mengapa asalkan apa yang diampu akan kembali menjadi modal untuk teruskan kehidupan. Inilah manusia yang lupa daratan. Manusia seperti ini wujud dimana-mana sahaja, tak kira dalam dunia kerjaya mahupun dalam urusan sosial di sekeliling kita…jenis ni jenis tak makan saman, tak tahu malu walaupun semua orang tahu…

Kaki ampu ini beraksi tidak akan memberi kesan langsung kepada orang lain sehinggalah jika mereka ini mula menjatuhkan orang lain untuk mencapai matlamat sendiri…maka akan mulalah retak, pecah belah dan berpuak-puak dalam sesebuah organisasi. Jika ini dah berlaku maka sukarlah bagi pihak atasan untuk mengembalikan atau memulihkannya kepada keadaan asal tambah pula mereka-meraka yang memang suka diampu, maka lagi parahlah keadaan sesebuah organisasi tu.

Cuba ditanya pada hati kecil kita ini, manakah yang harus diutamakan diantara takutkan Allah mahupun manusia? Cuba renung kedalam jiwa iman kita, berapa ramai yang hadir ke masjid sebelum pun masuk waktu 30 minit lebih awal, atau 1jam lebih awal? Melainkan tok2 siak yang memang sentiasa melakukan kerja meraka dimasjid, dimana pula kaki ampu ini? Inilah kita yang saban hari menjadi lemah ibarat buih dilautan, kita ramai, tapi kita lemah, kita lesu dan tidak bermaya, kerana apa kerana agama telah menjadi No.2 dalam kehidupan kita. Walhal agama memimpin kita menuju kebahagian disepanjang jalan bukan hanya dipenghujung jalan. Ubahlah wahai umat, kadangkala orang yang terpelajar, disebabkan sikap sebegini maka yang terpelajar itu menserlahkan kebodohannya lebih tinggi dari apa yang dipelajarinya.  Muhasabah la diri kita, reboot kembali cara pemikiran kita, scan jiwa kita moga kita beroleh hidayah, In sha Allah.

 

One thought on “Protokol Apakah Ini?

    Ikhlaskah kita untuk kehidupan ini? « .::WebBlog MrCB::. said:
    February 13, 2013 at 01:51 am

    […] pernah menulis artikel berkaitan protocol apakah ini yang berkisarkan perangai manusia sejagat yang pelbagai. Hari ini aku menulis lagi perihal tersebut […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s