Wasatiyah: Kolektif ulama-umara, rakyat dan umat islam

Posted on Updated on

Tidak pernah dinafikan bahawa Islam ialah agama yang telah banyak memberi ruang dan peluang kepada setiap bangsa dan agama. Islam tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa pun atas dasar bangsa mahupun agama. Lihatlah sejarah itu sendiri bagaimana islam telah membenarkan bangsa yahudi utk hidup aman semasa pemerintahan islam seperti dizaman pemerintahan khalifah umar al khattab sewaktu kota palestin berjaya ditakluki. Mereka dibenarkan untuk beribadat, berjual beli dan sebagainya. Sehinggakan kegemilangan bangsa yahudi  ataupun disebut sebagai golden ages bermula di Baghdad dibawah pemerintah Islam. Islam itu adil, saksama, sederhana serta bertolenrasi antara bangsa dan agama. Islam telah menempuh kegemilangan yang lalu dengan begitu cemerlang, bersama pemimpin yang cemerlang, pemerintah yang cemerlang, namun kemana hilangnya kecemerlangan kita itu? Islam tetap cemerlang, tetapi ruh kecermelangan itu makin pudar dalam diri umat islam hari ini. Kita umat yang Allah nyatakan dididalam surah Al Baqarah 143:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (143) ,

Dimanakah keadilan kita dalam ayat diatas? Al Quran benar, Sunnah benar, tetapi dimanakah ruh kebenaran dalam diri umat Muhammad? contoh yang jelas lagi mudah betapa diskriminasinya kita, cuba lihat, jika seorang cina memasuki islam dia perlu tukar namanya kpd islam ataupun arab,(wlpn sbnrnya tidak perlu) tetapi yg demikian juga nama melayu seperti awang (bukan nama arab) tidak perlu pula ditukar kepada nama arab? Bukankah kita mendiskriminasi disitu, bukankah tidak adil kita? Kita bukanlah umat wasatho jika sedemikian rupa, umat wasatiyah itu adil, saksama, sederhana dn sebagainya.

Keperluan pemikiran.

Saya merenung dan melihat serta berfikir sejenak, keadaan kita umat melayu islam, sinonimnya melayu selalu dikaitkan dengan islam walhal adakalanya ianya tidak sedemikian. Perlunya kita berfikir dengan mendalamnya keadaan kita umat ini, setiap tindak tanduk harus dimulakan dengan berfikir, amat malanglah jika kita hanya semberono dlm setiap perbuatan dengan meletakkan pemikiran dibelakang dan akhirnya menyesali perbuatan tersebut? Dalam keadaan politk tanahair hariini segalanya kacau bilau, setiap perkara ada unsur politik, sehinggakan agama turut mennjadi mangsa pemainan politikus murahan ini. Antaranya isu amanat haji hadi 1981, isu lama ditimbulkan kembali dikala hampir tibanya hari pilihanraya umum ke-13, menampakkan ketandusan isu sehinggakan isu lama ditimbul hanya untuk meraih undi, walhal pemberi amanat itu masih hidup. Dicerca, diherdik, ditibai, dibahas tanpa batang tubuh pemberi amanat turut bersama, adilkah kita? Umat pertengahankah kita? Sebaliknya berpolitiklah kita secara matang, politk idea untuk mebangunkan negara serta ummah, serta mensyiarkan kembali islam seperti dahulunya.

Begitu jugalah dengan isu penggunaan nama Allah oleh masyarakat kristian didalam bible alihan kebahasa melayu yang digembar gemburkan ketika ini, sementelahan ianya ditimbulkan pula oleh orang cina iaitu Lim Guan Eng. Disini, kita cuba renung dan fikir dlm konteks Al Quran walaupun aku bukanlah mahir, didlam surah Al Ankabut:63

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (63)

Ini jelas, jika kita tidak mahu penggunaan nama Allah didalam bible katakana sahaja ianya bercanggah dengan perlembagaan, kerajaan tidak benarkan atas dasar kekeliruan, keamanan dan sebagainya. Namun jangan ia disebut sebagai penggunaan nama Allah eksklusif hanya untuk orang islam. Allah SWT ialah tuhan untuk semua makhluk, jika demikian ada selain Allahkah sebagai tuhan yang berhak disembah? Perlukah kita mengatakan kepada orang-orang cina, hindu dn sebagainya ada tuhan lain selain Allah?!!!… contoh jika muthu menziarahi kita di rumah, tatkala kita sakit, moga tuhan Allah bagi kesembuhan dengan cepat, perlukah kita ckp aik, muthu u jgn ckp tuhan Allah ha,  itu tuhan org islam, u ckp tokong u la…bolehkah begitu? Syirik kita!!!..

Diakhir penulisan saya ini, saya mengharapakan agar kita kembali kepada based kita yang sebenar iaitu Al Quran dan sunnah, berfikiran terbuka, lapangkanlah hati untuk menerima setiap teguran tidak kira samada kerajaan, pembangkang, ulama mahupun umara. Pengembelengan untuk kita menjadi sebuah umat yang wasatho, ataupun pertengahan, ianya bukanlah tugas eksklusif mana-mana pihak, tetapi ianya ialah kolektif ulama-umara, rakyat dan umat islam itu sendiri kerananya ia harus dibincang, difikir, dirancang dan dilaksanakan bersama. Seharusnya ianya ialah kejayaan bersama dalam memberi keadilan itu kepada yang hak. Sesungguhnya kejayaan umat sangat ditentukan oleh penyertaan ulama dan keterbukaan umara, serta ketaatan setiap rakyat.

Akhir kata; Tidak ada kebaikan bagi umat yang tidak ada para penasihat ditengah mereka dan tidak ada kebaikan bagi umat yang tidak mahu menerima nasihat”. (Amr Khalid, 2005:254).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s