Ikhlaskah kita untuk kehidupan ini?

Posted on Updated on

Aku pernah menulis artikel berkaitan protocol apakah ini yang berkisarkan perangai manusia sejagat yang pelbagai. Hari ini aku menulis lagi perihal tersebut namun ianya bukan lagi bersifat kearah negative malahan ianya menjurus kearah yang lebih positif. Artikel ini mungkin menyentuh perihal erti keikhlasan dalam sesuatu perkara. Apa yang dikatakan dengan ikhlas itu ianya menjurus kearah yang lebih berserah dan bertawakal semata-mata perkara yang dilakukan itu hanyalah kerana Allah SWT. Bukan ianya untuk menunjuk-nunjuk, memberitahu kehadiran kita dlm sesuatu hal, minta untuk dipuji dan sebaginya. Dengan ikhlas dalam setiap amalan kita ianya mampu lagi meningkatkan produktiviti, 100% kecekapan, output yang sangat berkualiti daripada hanya kuantiti yang lebih dari sepatutnya. Maka dengan ikhlas maka kita secara tidak langsung telah beriman dengan hari akhirat.

Allah menilai kita dari sebesar hinggalah sekecil zahrah atas setiap amal perbuatan yang kita lakukan. Kita manusia hanya mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT, tanpa kita membna jalan yang baru kerana setiap yang berlaku itu telah termaktub. Maka islam menggariskan arah tuju dan panduan tersebut dalam menusuri jalan kehidupan ini dengan ikhlas.

Adakalanya aku persoalkan keikhlasan sesame kita, baik yang belajar, yang bekerja, yang beramal soleh dan yang lebih ketara ialah ahli-ahli plitik yang memerintah Negara ataupun sebaliknya. Setiap projek-projek, setiap sumbangan, setiap bantuan, setiap janji dan segalanya diwar-warkan secara bermegah-megah, secara mewah sehinggakan dari sekecil-kecil projek sehinggalah yang mega. Apakah maksud dan tujuan tersebut? Ianya retorik mahupun politik yang sempit?

Tatkala kita mengejar kuasa, ekonomi serta kestabilan jangan dilupakan keikhlasan kita kepada yang empunya segalaNya ini, dikhuatiri kelu lidah, terpaku untuk menjawab dimahkamah agung rabbul jalil.

Sesungguhnya punca terjerumus hamba Allah SWT ke lubuk neraka di akhirat nanti adalah kerana masalah keikhlasan dalam setiap perjuangan mereka di dunia. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang pertama kali disoal pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah, maka Allah memperlihatkan kenikmatan-Nya dan dia pun mengenal kenikmatan itu. Allah bertanya: kenapa engkau berbuat demikian?

Dia menjawab: Aku berperang kerana Engkau hingga aku mati syahid. Allah berfirman: Kamu dusta! Kamu berperang kerana ingin disebut sebagai pahlawan, maka Allah memerintahkan malaikat untuk mengheret dan memasukkan orang itu ke dalam neraka. Selepas itu orang yang mempelajari agama dan mengajarkan al-Quran dihadapkan kepada Allah, maka Allah memperlihatkan kenikmatan-Nya dan dia pun mengenal kenikmatan itu. Allah bertanya: Kenapa engkau berbuat demikian?/p

Dia menjawab: Aku belajar dan mengajar ilmu serta membaca al-Quran kerana Engkau. Allah berfirman: Kamu dusta, kamu belajar dan mengajar kerana mahu disebut sebagai ulama dan membaca al-Quran kerana mahu disebut sebagai qari, maka Allah memerintahkan malaikat mengheret orang itu ke neraka. Yang terakhir orang yang kaya dihadapkan kepada Allah dan Allah memperlihatkan kenikmatan-Nya dan dia pun mengenal kenikmatan itu. Kemudian Alah bertanya: kenapa engkau berbuat begitu?

Dia menjawab: Aku tidak meninggalkan satu jalan pun melainkan aku berbelanja di jalan-Mu. Allah berfirman: Kamu berdusta! Kamu berbuat itu kerana ingin disebut sebagai dermawan, maka Allah memerintahkan malaikat untuk mengheret orang ini ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Beratnya amanah ditanggung mereka yang mahu berjuang di jalan Allah, jika jalan politik yang menjadi medan perjuangan itu apakah mereka bersedia untuk disoal siasat di mahkamah Allah SWT nanti?

Moga apa yang kutulis ianya adalah nasihat buat diri sendiri dan semua yang membaca agar sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan kerana yg ikhlas itu pasti ganjaranya ialah pahala yang lebih baik dari ganjaran didunia yang penuh tipu daya ini. Tidak perlu keikhlasan kita diketahui oleh manusia yang belum pun kita tahu keikhlasan dia kepada kita, pepatah lama ada mengatakan manusia itu rambutnya sama hitam tapi hatinya berbeza-beza. Renunglah kedalam hati bukalah minda, lapangkan lah dada, berpolitiklah secara ilmiah iaitu politik idea, politik membina, bersaing mencari redha Allah, bukan mencari rebah kedalam neraka. Akhir kata, bersama kita memeprhitungkan diri, hisablah diri kita sebelum kita dihisabkan. wallahualam

Tinta, -MrCB-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s