Perkahwinan itu ialah daripada corakkan kita.

Posted on Updated on

Perkahwinan itu ialah sunnah yang sangat besar dalam setiap kehidupan insan. Perkahwinan mendatangkan kebahagian bagi mereka yang benar-benar menghayati erti perkahwinan sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan sebenar itu? Ya, ianya ialah perkahwinan yang berlandaskan syariat hukum Allah SWT dan mengikut sunnah Nabi SAW, bukannya perkahwinan yang semberono yang hanya utk kepuasaan nafsu serakah diatas katil lantas mengabaikan segala tanggungjawab duniawi dn ukhrawi.

Perkahwinan juga ialah bertujuan untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah azali diciptakan oleh Allah SWT, dengan jalan perkahwinan ini Allah telah menghalalkan bagi manusia iaitu hubungan bersama berlainan  jantina. Ianya ialah bertujuan untuk memperolehi kedamaian, ketenangan serta mengelakkan berlakunya penzinaan seterusnya merosakkan keturunan manusia itu sendiri.  Allah juga telah menggantikan pelbagai alternatif lain sekiranya sesuatu perkara itu dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT contohnya: Diharamkan riba digantikan dengan sedekah, diharamkan zina digantikan dengan berkahwin, diharamkan judi digantikan dengan zakat dan sebagainya. Allah SWT tidak pernah mengharamkan sesuatu dan tidak pula menggantikan dengan sesuatu yang lain pula.

Firman Allah SWT dalam surah al maidah:87 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Apa erti kita berkahwin

Mengapa kita perlu berkahwin? Ianya adalah sunnah yang besar sebagaimana sabda Nabi SAW ““Aku shalat malam tapi juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka, dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkahwin akan melahirkan zuriat-zuriat yang terbaik dikalangan mereka-mereka yang terbaik. Ianya juga ialah jambatan hati untuk beroleh ketenangan jiwa jika ikatan perkahwinan itu sememangnya tulus dan ikhlas, firman Allah SWT dalam surah ar rum:21 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”

Bukanlah aku berkata melebihi lajak daripada lajunya, artikel ini juga sekadar untuk aku mengucapkan tahniah kepada adikku mohammad rizam yang telah menghidupkan sunnah yang besar dalam hidupnya bersama pasangannya yang tercinta. Moga jambatan kasih ikatan padu yang termetri antara kalian berdua akan terus segar dan lestari sehingga kepenghujungnya. Sekadar nasihat untuk diri sendiri dan renungan kita bersama “dalam kehidupan ini ada sesuatu yang lebih susah daripada yang susah iaitu berubah” hinggakan ada mereka yang kecundang daripada berubah dan lebih rela untuk tidak berubah dan terus ditakuk yang lama. Reset kembali minda, scan semula keperibadian reboot pemikiran yang negative supaya kita lebih positif dan responsif dari hanya defensive. Wallahualam.

k1

Selamat pengatin baru….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s