Hijrah itu pengorbanan.

Posted on Updated on

Hijrah itu adakalanya amat memeritkan sehinggakan ada diantara kita yang tidak mahu berhijrah. Bukan hanya berhijrah tempat tinggal ataupun kediaman walhal hijrah perubahan diri juga masih ramai yang gagal. Kerana apa? Kerana dalam hidup ini ada sesuatu yang lebih susah daripada yang susah iaitu berhijrah mahupun berubah. Bagi kita umat islam contoh yang paling hampir dengan kita ialah hijrahtul Nabi SAW dari mekah mukaramah ke yathrib ataupun madinah itu ialah satu contoh hijrah yang paling baik untuk dihayati oleh kita kerana hijrah itulah Nabi SAW membina kekuatan empayar islam. Itu hal yang paling basic untuk kita hayati iaitu hijrah tempat. Lain pula halnya hijrah yakni berubah dari satu sifat ke sifat yang lain, dari perangai yang buruk kepada perangai yang baik itu hijrah juga, malahan kita digalakkan untuk hijrah ataupun berubah daripada yang negative kepada yang positif. Kerana bagi kita hanya perubahan ini akan menghasilkan kejayaan yang hakiki diakhirat nanti. Bagi kita umat islam, tidak ada lagi pilihan samada syurga ataupun neraka jika baik syurgalah kita, jika buruk nerakalah kita, tidak ada bagi kita syurga setinggan, maka yang demikian kita harus mengikuti mereka2 yang hebat, seperti Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib. Mereka-meraka inilah orang yang berhijrah yakni berubah menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat. Itu halnya hijrah.

Aku disini tidak terlepas fasa penghijrahan aku, berkentalkan semangat, doa ibu ayah, harapan, amanah dan tawakal kepada Allah SWT aku berhijrah. Kali ini ialah hijrah yang besar dalam hidup yang dapat kurasakan. Ianya hijrah aku, isteri dan anak kesayanganku ke negeri dihujung tanah air. Penghijrahan ini aku positifkan supaya ianya menjadi pembakar semangat untukku teruskan kehidupan seharian. Ya ianya sesuatu yang amat susah dalam hidup. Masakan tidak tanggungjawab dan amanah yang dipikul amatlah besar terutamanya pada kerjaya dan juga family tercinta. Aku hanya berbekalkan setiap firman Allah SWT dalam surah az zumar:9 dalam meneruskan penghijrahan ini. Amat malanglah jika aku berasa lemah dan putus asa kerana firman Allah SWT dalam surah Yusuf:87

“Dan jgnlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. sesungguhnya tiada yang berputus asa drpd rahmat Allah kecuali kamu yang kafir”.

Aku yakin setiap apa janji Allah SWT pada hamba-hambaNya tidak ada satu pun yang mesti aku ragui mengenainya, aku yakin disetiap tadbir hijrah dan berubahku ini pasti akan kutemui bahagia daripada Allah SWT, In sha Allah.

Isteri dan anak.

Aku amat menghargai juga peranan isteriku yang tercinta, yang sanggup berhijrah dan melakukan satu perubahan yang besar dalm hidup untuk sama-sama berhijrah denganku. Percayalah setiap apa yang kita lalui ini ianya telah termaktub dan telah ditentukan oleh Allah SWT secara hikmahnya. Percayalah kita hambaNya hanya menulusuri jalan itu, yakni jalan kehidupan yang telah ditetapkanNya. Allah SWT tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan kadar kemampuan kita sahaja. Ingatlah usaha mendidik anak nusa bangsa, adalah satu pekerjaan yang sangat mulia bermulanya dari akar umbi, sehinggalah mereka menjadi buluh yang dapay diguna pakai. Cintailah kerjaya yang baru itu dengan hati yang tulus ikhlas, niat kerana Allah moga segala kebaikan kita dibalas setimpalnya diakhirat kelak, dunia hanya sementara kehidupan bermula setelah mata terpejam rapat, ketika pisahnya nyawa dan badan. Itulah kehidupan kita yang bermula yang hanya ada ganjaran tidak ada lagi amalan.

Kepada isteriku selamat memulakan kerjaya yang baru moga ianya akan mendapat rahmat serta berlipat gandanya ganjaran diakhirat kelak. In sha Allah

Anak inilah hari-hari yang selalu aku impikan iaitu melihat dia membesar dihadapan mataku selalu, tangis, tawa, riang gembira segalanya pengubat hati jiwaku yang lara…anak, moga dirimu membesar dengan jalan paduan yang terbaik doaku hanya minta engkau menjadi anak yang solehah, dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT selalu, In sha Allah.

Pembelajaran sepanjang hayat

Selagi nyawa ini terus dikandung badan, ilmu akan ku tuntut lagi dan lagi sehinggalah aku tiada lagi, kerana ilmu penyuluh dikala kegelapan, ilmu ibarat pelita yang menerangi dirinya dan sekelilingnya, pembuka cahaya untuk laluan kejayaan disini dan disana, kejayaan hakiki dunia dan akhirat, itulah ilmu, kejayaan fisiologi dan biologi bukan hanya  diukur dengan kemewahan semata. Tidak pula aku ukur kejayaan itu apabila aku telah ada rumah sendiri, kereta sendiri, kerja yang gaji berpadanan dan sebaginya. Jika demikian, pemikiran kita harus dirombak secara total!!!!.

Sekian dulu, pembicaraan ini, artikel ini khusus untuk kami sekeluarga yang sedang mengalami hari-hari dengan fasa penghijrahan, moga hijrah kami ini ialah hijrah berdasarkan keputusan oleh Allah SWT, moga hikmah itu akan jelas terus terpancar buat kami sekeluarga. In sha Allah, amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s