Suara dari kerusi empuk.

Posted on Updated on

Kerancakkan pilihanraya umum ke-13 bagi Negara Malaysia kian terasa bagi wakil-wakil yang akan bertanding dari setiap parti di seluruh pelusuk tanahair baik parlimen mahupun dewan undangan negeri ataupun DUN, termasuk jugalah rakyat yang akan membuang undi pada 05/05/2013 nanti. Bagi penulis, ya tidak dinafikan ianya ialah ibu segala pilihanraya mungkin, (mother of election) ianya kerana keputusan pilihanraya ke-12 yang lalu menyaksikan parti yang dominan dinafikan hak 2/3 diparlimen bahkan 4 negeri turut tumbang ketangan kerajaan Pakatan rakyat. Kita mesti adil dalam ayat tersebut.

– Gambar Hiasan –

Penulis sekali lagi menegaskan episode pilihanraya kali ini penulis akan teliti dan analisa secara rasional berkaitan pemilihan calon dan parti apabila sampai waktu untuk membuang undi. Kita bercakap demokrasi, demokrasi yang adil, demokrasi yang bersih, demokrasi yang aman dan sebagainya. Namun apakah erti sebenar demokrasi itu jika setiap pihak dinafikan haknya. Media yang berat sebelah, dinafikan hak bagi parti lawan, penggunaan harta benda awam walaupun telah terbubarnya kerajaan serta fakta – fakta yang disampaikan oleh setiap mereka yang bertanding menampakkan tidak adanya keikhlasan. Yang lebih parah ialah ingin menjatuhkan karier politik lawan dengan cara yang sangat mengaibkan, memalukan serta fitnah yang berleluasa. Dahulunya mungkin sama-sama dalam setiap parti namun tika dan saat ini menampakkan hanya satu parti yang lebih cenderung dan lebih dominan dalam melakukan kegiatan yang terkutuk itu. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6:

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Golongan cerdik pandai.

Penulis tidak pernah menafikan golongan-golongan yang cerdik pandai dalam memberikan pendapat, pandangan mereka melalui proses pilihanraya kali ini. Mereka-mereka ini tentu sekalinya ialah dari golongan professor-professor, penganalisis politik, pengerusi-pengerusi bank, pucuk-pucuk pimpinan bekas kerajaan, pengerusi wartawan dan sebagainya. Adakalanya, mereka hanya bercakap dari dimensi kerusi empuk yang hanya mereka pandai duduk sahaja. Menilai, memberi komen serta pandangan yang hanya menampakkan berat sebelah, faktanya juga auta, tersasar dari politik yang segar dan lestari. Golongan cerdik pandai ini, sepatutnya memainkan peranan yang sangat besar dan amat penting dalam pilihanraya ini iaitu dengan cara memberi ilmu dan pencerahan kepada rakyat untuk memilih, mengundi dengan cara yang mereka sendiri telah ketahui fakta yang sebenar, berhak dengan berita yang asli lagi maklumat yang disampaikan itu benar. Bukan diomong-omong, digembar gemburkan oleh fakta bahawa negara akan kucar kacir, negara tidak aman, pelabur akan berpaling tadah dan sebagainya. Penulis rakyat marhaen perlu diberikan hak sebagai pengundi berdasarkan maklumat yang tidak berat sebelah. Setelah kebenaran terserlah dan ilmu itu telah diperolehi, maka pengundi pasti bijak memilih dan menilai yang mana intan yang mana kaca. Pengundi akan tentukannya disetiap peti undi.

– Gambar Hiasan –

Firman Allah SWT dalam surah an Nisa:58;

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58)

Sambungan daripada ayat ini ialah;

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (59)

Berdasarkan ayat dari surah an Nisa:59 itu ianya hanya menjadi modal bagi ahli politik yang kotor akalnya, busuk hatinya hanya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Golongan ilmuan ini tentu sekalinya berbeza dengan golongan intelek pencerahan (intelec enlightenment). Kerana apa?….

Filsafat Tokoh.

Seorang ilmuan mencari kenyataan, seorang intelek pencerahan mencari kebenaran. Ilmuan hanya menampilkan fakta sebagaimana terdapat, intelek pencerahan memberi penilaian sebagaimana seharusnya. Ilmuan berbicara dengan bahasa universal, intelek pencerahan – seperti para nabi – berbicara dengan bahasa kaumnya. ilmuan bersikap neutral dalam menjalankan pekerjaannya, intelek pencerahan harus melibatkan diri pada ideologi.”Cukuplah kata-kata Ali Shariati, yang menjelaskan peranan intelek pencerahan (rausyanfikir) yang berbeza dengan ilmuan biasa.

Seorang pemikir Itali, Antonio Gramsci, para intelek seharusnya menjadi ‘intelek organik’ yang hidup berpaksikan kebenaran serta jauh dari pengaruh kuasa kerajaan, rejim, penjajah mahupun syarikat-syarikat perniagaan.

– Ganbar Hiasan –

Kesimpulan untuk penulisan pada kali ini ialah, rakyat harus bijak menilai dan memilih secara aman dengan telah diberikan ilmu dan kebenaran oleh para intelektual dalam proses membuang undi nanti, janganlah rakyat diperbodohkan kerana suara dan undi rakyat ialah suara dan undi keramat. Jika perlu diubah, ubahlah ketahap yang lebih baik, berpaksikan Al Quran dan sunnah. Berpolitiklah secara matang, politik tidak pernah menipu, yang menipu hanyalah orang yang berpolitik, kerana politik yang sebenar ialah dalam erti kata falsafahnya ialah the arts and science of government atau “siasah” dalam bahasa arabnya berasal dari kata dasar yang bermakna to lead, to guide, to conduct, and to direct. Jika politik dilihat dari dimensi ini, maka sudah tentunya isu berpolitik dalam masjid tidak akan kedengaran oleh suara-suara sumbang, tidak akan ada politk lucah, rasuah, Machiavelli (1527), ketirisan dan sebagainya kerana politik ialah amanah Allah SWT. Wallahualam.

One thought on “Suara dari kerusi empuk.

    aman said:
    May 21, 2013 at 05:48 pm

    ini lah baru reformasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s