Berapa Ramai IbuBapa Yang Berterima Kasih Kepada Anak?

Posted on

Alhamdulillah sebaik-baik perkataan yang dapat ku lafazkan tatkala menyambut kelahiran anak sulung ku yang kuberi nama Nurhidayah Husna. Dia dilahirkan oleh isteriku dalam keadaan normal Alhamdulillah, walaupun pada hakikatnya isteri aku itu mempunyai asma (asthma). Hari ini genaplah sudah umurnya 3tahun 10bulan. Usianya pada ketika ini mungkin hanya tahu bermain, menangis, minum, makan dan sebaginya. Tidak pernah terlintas dihati sanubariku untuk menghantar dia kesekolah seawal usianya sebegini. Namun itulah qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, Tuhan bagi sekalian makhluk dan alam yang telah menentukan perjalanan hidup ini, yang mana setiap hambanya itu hanya menulusuri jalan yang telah ditetapkan itu. Alhamdulillah, lagi ucapan yang aku zahirkan dimulut dihadirkan bersama batinya daripada hati nurani ku kerana anakku telah boleh mengenal ABC, Alif Ba Ta, perkataan-perkataan didalm buku  beserta gambarajah serta yang paling manis dia telah pun mengetahi  kaedah dan turutan untuk mengambil wudhuk setelah kami sekolahkan dia.  Alhamdulillah.

Jangan dipandang ringan pada hal berwudhuk, krn Firman Allah SWT;

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!”(QS.5:6).

Dalam hadis sahih pula memperjelaskan hal wudhuk dengan “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk”. (H/R: Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Apa yang aku cuba nk perkatakan disini ialah, dengan semua ilmu yang kita berikan kepada anak, dengan segala lengkap pakai, adakah kita pernah berterima kasih pada anak kita? Ya, ibu bapa adakalanya menganggap merekalah yang menyediakan segalanya untuk anak mereka, maka untuk apa lagi kita hendak berterima kasih kepada mereka? Sepatutnya merekalah yang patut berterima kasih kepada kita atas budi dn pertarungan maut antara hidup dan mati ketika melahirkan mereka. Jika inilah apa yang difikirkan oleh ibubapa keatas anak mereka maka kita adalah ibubapa yang berideologi yang salah. Ya, tidak dinafikan itu semua ada kebenaranya namun dari sudut pandangan yang berbeza, jika diamati ibubapalah yang banyak menyebabkan kerosakkan aqidah anak kita sendiri. Kerana apa?

Ianya kerana ketika diluh mahfuz, roh telah berbicara dan berjanji dengan Allah SWT, untuk kita menelusuri jalan yang telah ditetapkan, namun ianya telah dinafikan oleh kebanyakkan ibubapa. Sebagai contoh kerosakkan akhlak, keruntuhan minda, gejala social itu segalanya bermula dari rumah lagi, pepatah ada mengatakan bahawa “Anak adalah hasil daripada corakkan kita”.

Apa yang aku cuba sampaikan disini lagi ialah anak yang dilahirkan itu, lahir bersama rezeki daripada Allah SWT untuk kita dari segala sudut, bak kata rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Ini pernah terjadi pada seorang hamba Allah diwaktu saat lahirnya seorang puteri beliau, yang mana pada ketika itu dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyambut kelahiran orang baru, apa yang dilakukannya hanyalah berdoa dan mengharapkan bantuan drpd Allah SWT, Tuhan yang Maha Kaya, dengan tidak semena-mena, dipendekkan cerita dan pengalaman ini, tika dan waktu lahirnya puteri tersayang, dengan tidak semena-mena duit beliau ada di dalam bank akaun simpanan, wang itu tidak putus-putus pula untuk membantu isteri yang berpantang dan sebagainya. Walhal yang demikian, aku tetap percaya rezeki itu ketentuan Allah SWT, mungkin apa yang berlaku pada beliau itu asbab diatas kifarah doa dn solat beliau. Wallahualam.

Apa yang penting disini, tatkala kita membesarkan anak, kita digalakkan untuk menjadi role model, mengajar anak erti kehidupan sebenar berlandaskan al-quran dan sunnah. Kita ibubapa digalakkan mengajar anak dengan keyakin yang luar biasa iaitu yakin dahulu baru lihat. Sebagai contoh, Allah SWT memerintahkan kita supaya melakukan solat, kita harus ingat solat itu satu perbuatan yang jelas, namun ganjaran tidak disini, baik, Allah SWT menyuruh kita melakukan solat supaya kita yakin dahulu dengan solat bahawa ganjarannya selepas hari kita dibangkitkan selepas kita dimatikan. Disana hanya ada ganjaran tidak ada lagi amalan seperti disini (dunia) iaitu ada amalan dan ganjaran. Ganjaran itu adakalanya Allah SWT zahirkan lagi didunia dengan kehidupan yang tenang, sihat, rezeki yang cukup dan berkat dan sebagainya. Kita umat islam harus yakin yang kukuh bahawa adanya hari selepas kehidupan ini, dan kita juga percaya dengan rukum iman iaitu percayakan hari kiamat.

Aku nk perjelaskan sedikit perjalanan kita dengan mempercayai dan beriman dengan hari akhirat. Bagi yang defensive, mereka tidak akan memikirkannya lain pula jika kita berfikiran proaktif, rupa-rupanya beriman dengan hari akhirat itu menjadikan kita lebih aktif, amanah, produktif, agresif dan sebagainya. Kenapa ya? Jawapannya ialah dengan  beriman dengan hari akhirat itu kita yakin dengan keyakinan yg luar biasa iaitu kita yakin dulu sebelum melihat ganjaran disana. Disana (akhirat) tidak ada lagi amalan hanyalah ganjaran. Allah SWT menilai dan melihat setiap apa yang kita kerjakan disini untuk ganjaran hari kemudian. Ini hebatnya Islam.

Aku suka bawakan contoh apa yang telah Nabi SAW ajarkan kepada para sahabat iaitu  pada ketika berlakunya perang khandak (parit), ketika sahabat berdukacita dan bersedih, maka Nabi SAW tenteramkan jiwa dan minda mereka dengan kaedah keyakinan yang luar biasa. Apa yang Nabi SAW sabdakan ialah satu hari kota konstantinopel akan berjaya dibuka atau ditakluki oleh umat islam. Pembukaan kota konstantinopel itu ialah seorang pemimpin yang terbaik dari kalangan umatku, yg mana rakyatnya dan juga tentera juga dari golongan yang baik yang akan membuka kota konstantinopel tersebut.

Analoginya seperti berikut:

Menteri Belia dan sukan yang baharu dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin dalam bercakap sewaktu simbolik penyerahan tugas oleh YB Shabery Chik di Putrajaya, mengatakan beliau disarankan untuk membawa Malaysia ke piala dunia. Kita anggaplah pada 2018. Ini misi yang sukar dan meragukan diwaktu prestasi pemain-pemain Negara yang terumbang ambing dan tidak konsisten. Tapi ini tidak mustahil, InshaAllah.

Analogi tersebutlah juga merakamkan apa yang Nabi SAW cuba menghilangkan keraguan dan kegelisahan para sahabat dengan mengatakan bahawa satu hari kota konstantinopel akan berjaya dibuka oleh umat islam. Akhirnya, setelah 800tahun berlalu, setelah setiap kegagalan itu dikaji, pada tanggal Mei 1453, kota konstantinopel telah berjaya dibuka oleh seorang pemimpin yang bernama Sultan Muhammad Al –Fateh.  Inilah rentetan apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita umat baginda yang sangat baginda kasihi dengan keyakinan yang luar biasa daripada biasa.

Oleh yang demikian, berterima kasihlah dan didiklah anak kita dengan didikan keyakina yang luar biasa, InshaAllah. Nasihat ini kutujukan khas untuk diri aku sendiri dan seluruhnya. Wallahualam.

“jika kita tidak tahu apa mkasud untuk kita mati, maka kita tidak perlu untuk hidup”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s