Keluh-kesah marhaen.

Posted on Updated on

Tanggal 3 September 2013, maka berlakulah gegak gempita seluruh rakyat dan warga marhaen yang cintakan Malaysia dengan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak RM0.20. Dengan kenaikan ini mengakibatkan harga minyak RON95 menjadi RM2.10 seliter dan Diesel menjadi RM2.00 seliter. Ok ini fakta!!. Aku bukanlah pak menteri, ataupun pemodal mahupun cukong yang menangguk diair yang keruh. Aku warga dan juga rakyat marhaein yang melihat ini dari perspektif yang rasional. Sebelum aku teruskan, istilah rakyat dan warga berbeza, rakyat ialah rakyat yang membolehkan seseorang itu untuk mengundi, manakala warga ialah secara keseluruhannya menjadi warganegara Malaysia dibawah naungan Yg Dipertuan Agong. Ini pendapat aku dan kita boleh berbeza mengenainya, ianya tidak menjadi masalah.

images– Gambar hiasan –

Baik, berbalik kepada isu minyak tadi, kenaikan minyak sebanyak RM0.20 itu sedikit sebanyak mengundang pelbagai implikasi dan bukan lagi persepsi tapi ianya realiti. Kenaikan harga minyak memungkinkan kenaikkan harga barangan yang lain seperti gula, tepung, ikan, ayam tambang bas dan sebagainya sehingga dari sekecil barang ke sebesar-besar barang. Menurut, perangkaan yang dikeluarkan laporan Kajiselidik Belanja Isi Rumah Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) bagi tahun 2009/2010, kenaikan harga minyak paling memberikan kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

15988068-oil-prices-increasing-illustration-design-concept-over-white– Gambar hiasan –

Mungkin ada rasionalnya kerajaan menaikkan harga minyak pada kali ini setelah ianya tidak mengalami kenaikan dari dec 2010. Kata PM ialah untuk tujuan rasionalisasi subsidi dan pengukuhan ekonomi oleh kerajaan (baca sini), wallahualam.

Apa yang aku ingin perkatakan disini ialah:
1. Dengan kenaikkan minyak ini maka akan menyulitkan lagi rakyat dan warga marhaein yang berpendapatan rendah disaat taraf hidup kian meningkat.
2. Kesempatan akan diambil oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan seharian.
3. Subsidi rakyat tidak harus dipotong sebaliknya subsidi korporat kepada pemodal-pemodal (dalam bentuk subsidi gas kepada industri dan penjana bebas) spt IPP harus distruktur semula.
4. Dikenakan harga durian runtuh pada setiap syarikat spt IPP dengan setiap kenaikan harga minyak global yang mana ia mampu untuk membawa pulangan semula kedlm Negara.
5. Kenaikkan minyak akan mengakibatkan kenaikkan inflasi diwaktu RM sedang mengucup ditambah pula dengan keadaan timur tengah yang masih bergolak.

Pemberian BRIM dari satu sudut memang diakui mempunyai kebaikkan namun, jika ianya sebagai alternative untuk meringankan bebanan rakyat dengan kenaikkan harga minyak itu, sepatutnya ianya dikaji dan diteliti kerana kita ialah sebuah Negara pengimport minyak bukannya sebuah Negara pengeksport minyak. Dengan yang demikian, harga minyak patut berada pada tahap kawalan dan harganya patut diturunkan.

Isu ini isu rakyat yang mengundi, turut tempiasnya ialah warga keseluruhannya, diharap janganlah ada sesiapa yang menuding jari antara satu sama lain dn cakap-cakap semberono dn primitive. Ianya harus dilihat dari perspektif yang positif, constructive comments, dan sebagainya. Aku hanyalah rakyat dan warga Malaysia yang hanya memberi pandangan dan sekiranya pandangan aku itu tersasar maka ianya tidak semestinya dituruti dan diamati, jika salah buang ia jauh terus dari kotak memori anda. Wallahualam.

Harapkan anak, buta mata sebelah, harapkan org, buat mata kedua-duanya

Abu Husna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s