Singapore’s Trip (6/11/2015)

Posted on Updated on

Alhamdulillah, diberi peluang sekali lagi oleh Allah SWT untuk berpijak kaki ini dibumi Singapura atau dulunya dikenali sebagai Temasik. Travelogue kali ini disertai sekali oleh ayah, mak, isteri dan anak kesayanganku. Selepas hampir 60 tahun singapura telah menjadi sebuah negara yang sangat hebat dan membangun dengan begitu pesat walaupun mereka tidak mempunyai sumber bumi yang banyak. Inilah hasilnya jika diurus dan ditadbir dengan baik sesebuah negara itu pasti ianya akan membuahkan hasil yang sangat menarik.Itu cerita politiknya.

20151105_054622[1]

 

Travelogue kami bermula pada 5-7/11/2015 dengan hanya bermalam di Johor Bahru, iaitu di Aman Sari Express Hotel. Hotel ini tidaklah terlalu mewah tapi amat sesuai dan selesa selain ianya turut menyediakan sarapan pagi untuk tiga orang. Perjalanan satu hari ke singapore dimanfaatkan sebaiknya untuk kami melawat dan melihat keindahannya. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah:-

  1. BUGIS STREET
  2. ARAB STREET
  3. ORCHARD ROAD
  4. MERLION PARK
  5. GARDEN BAY THE BAY
  6. SENTOSA ISLAND (USS GLOBE)

Kami bertolak dari pagi jam 9:15 am sehinggalah 6:30 pm. dengan menaiki Alza untuk menjelajah keseluruh singapore. Memang terbaik juga travel guide kami dengan umur yang masih muda dan sangat bagus. InshaAllah moga ada rezeki bolehla lagi kami jejakkan kaki ke singapore lagi.

20151106_131155[1]

Jumlah perbelanjaan juga tidaklah mahal sekiranya persiapan rapi telah pun dibuat sebelum melangkah kaki ke bumi singapore ini. Pd ketika ini, nilai matawang ialah RM 1 = SGD 3.08.

Dengan ini, setakat ini dulu entri ini, harapan moga saya akan terus menulis inshaAllah.

Tinta,
Abu Husna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s