Hari Konvokesyen Nurhidayah Husna

Posted on Updated on

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya aku masih bernafas dimuka bumi Allah ini. Dengan kasih sayangNya juga, hari ini adalah hari yang bermakna untuk aku dan isteri kerana anak kesayangan kami Nurhidayah Husna telah bergraduasi/hari konvokesyen dari prasekolah SRK (M) Stella Maris, Kangar, Perlis.

Apakah yang dimaksudkan dengan hari konvokesyen?

convocation (from the Latin convocare meaning “to call/come together”, a translation of the Greek ἐκκλησία ekklēsia) is a group of people formally assembled for a special purpose, mostly ecclesiastical or academic. (Wikipedia).

Ao0Ls2HAlP6ZPnbHDqlLoT3J9JwZPY6yS3sHftQ3b2i7

Secara dasarnya pembelajaran anak aku dipra-sekolah bolehlah dikatakan cemerlang, kerana sukatan pelajaran 3M (Membaca, mengira dan menulis) telah dikuasai oleh anak aku ini. Namun yang demikian, tidaklah aku merasa lega dan selesa dengan pencapaian anak aku ini, kerana apa yang aku inginkan belum kesampaian. Aku dapatkan rasakan masih ada bakat yang masih belum ditonjolkan oleh anak aku ini. Aku ingin melihat dia berfikir secara luar biasa dari berfikir secara biasa oleh kebanyakkan anak-anak lain yg bersekolah di pra-sekolah. Lantas ini, aku masih meneliti lagi potensi sekolah untuk anak aku meneruskan persekolahanya bagi tahun 1 2016.

Bagi aku apa yang penting ialah anak aku mampu untuk berfikir dan tidak hanya mengikut apa sahaja yang diberikan dan apa yang penting bagi ku markah atau keputusan peperiksaan itu jatuh ke nombor dua. Anak-anak perlu diberikan didikan awal yang tidak hanya dinilai secara keputusan peperiksaan semata-mata, ini amatlah penting kerana rata-rata kita akan bertanya “periksa dapat nombor berapa”?, maka akan wujudlah persekitaran belajar hanya untuk lulus dalam peperiksaan semata. Bukan hanya setakat anak-anak yang kecil, inilah hakikatnya yang berlaku dirata-rata univeriti kita.

12239863_10203864135083031_3341772244010792726_n

Walaupun demikian, membina karakter bukanlah satu perkara yang mudah dan bukan hanya dengan memetik pada ibu jari, ianya memerlukan pengembelingan semua pihak ibubapa, pihak sekolah dan sebagainya. Saya juga berterima kasih kepada wife saya tidak putus-putus memberi tunjuk ajar kepada anak diwaktu kesibukan saya mencari ilmu keseluruh pelusuk dunia, terima kasih sayang dalam menjadikan anak kita seorang yang hebat.

AlFQiSSZqY19kbn1M-NZl1swDWpD50YNvdnSjwRRjwam

ArgIzfu9y8OHYjFLBf4x16vO9JNl4VU3fIo4NMlP9sj7

Akhir kata, tahniah anakku dan abah doakan moga kakak akan terus berusaha seterusnya menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Ingatlah anakku hanya dengan pendidikan sahajalah yang mampu mengubah segalanya. InshaAllah

TAHNIAH KAKAK, ABAH SAYANG KAKAK DUNIA AKHIRAT !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s